CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditangkap Basah Masih Sempat Makan Nasi Campur?

17-2-2015 10:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14923| Komen: 76

Ditangkap Basah Masih Sempat Makan Nasi Campur


Lelaki ini ditahan bersama teman wanitanya ketika sedang makan nasi di dalam sebuah bilik bajet hotel, pagi kelmarin.


CHANGLOON – Hasrat sepasang kekasih mahu memadu asmara di sebuah hotel bajet tidak kesampaian apabila diserbu pihak berkuasa dalam satu operasi yang diadakan, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan Pejabat Agama Islam Darah Kubang Pasu itu, pasangan berusia 25 dan 19 tahun itu mengambil masa kira-kira 10 minit selepas pintu bilik mereka diketuk.

Ketika pintu dibuka, lelaki berkenaan cuba membuat aksi selamba dengan memakan nasi tanpa menghiraukan kehadiran pihak berkuasa.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Syeikh Mohd Radzi Abdul Mutalib berkata, pemeriksaan dijalankan ke atas pasangan itu mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan sah.

Menurutnya, siasatan mendapati lelaki tersebut berasal dari Johor dan seorang kakitangan awam yang bertugas di Kedah.

“Manakala wanita tersebut berusia 19 tahun berasal dari Tunjang, Jitra. Kita mengambil tindakan dengan menahan pasangan ini kerana bersekedudukan dan disyaki berkhalwat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Syeikh Mohd Radzi berkata, pasangan tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

“Dalam operasi kali ini kita membuat serbuan di enam hotel bajet sekitar Kubang Pasu yang menjadi tumpuan dijadikan lokasi maksiat,” jelasnya.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang remaja bawah umur dicekup berdua-duaan dengan kekasihnya yang juga seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) di sebuah rumah sewa di Taman Siswa II, Jitra, pagi kelmarin.

Dalam serbuan jam 9 pagi itu, remaja lelaki berusia 19 tahun itu mengambil kesempatan membawa pulang teman wanitanya berusia 16 tahun yang masih bersekolah ke rumah ketika ketiadaan rakan serumah lain.

Bertindak atas maklumat orang awam, penguat kuasa Pejabat Agama Islam Darah Kubang Pasu membuat serbuan ke atas rumah sewa penuntut IPTA itu.

Sheikh Mohd Radzi berkata, pihaknya mengambil tindakan menahan pasangan ini mengikut Seksyen 25 Enakmen Jenayah Syariah kerana disyaki berkhalwat. 

5

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 16-2-2015 02:34 PM
Dah sempat main belum?
Quote fifie_olin 16-2-2015 02:36 PM

dh le tu...sbb tu blasah nasi...abis tenaga dh
Quote cmf_blingblings 16-2-2015 02:38 PM
Changlun tu ramai Siam, cuba check IC betul-betul
Quote cammie1711 16-2-2015 02:38 PM
sekohok......
Quote mattzzx 16-2-2015 02:39 PM
fifie_olin replied at 16-2-2015 02:36 PM
dh le tu...sbb tu blasah nasi...abis tenaga dh

oooo bukan baru nak tambah tenaga sebelum main??

Quote Orange_7491 16-2-2015 02:40 PM
tgok gaya dan muka yang diblur tu mcm bukan 25 tahun mcm 45 pun ada ..
Quote biskutsusu 16-2-2015 02:40 PM
orang2 ni pun bodow benar
dah tau hotel bajet selalu kena serbu
pegi jugak buat apa

koman koman pegi la hotel 4 bintang
tade la kena serbu
Quote bluehedgehog 16-2-2015 02:41 PM
byk betul pelakon2 bangsa melayu
Quote chinta89 16-2-2015 02:44 PM
adoii.. komen2 yg menggelikan anak tekak i je di siang hari.
Quote bellaa 16-2-2015 02:47 PM
kelakar betoi.
Quote fifie_olin 16-2-2015 02:52 PM
biskutsusu replied at 16-2-2015 12:40 PM
orang2 ni pun bodow benar
dah tau hotel bajet selalu kena serbu
pegi jugak buat apa
tu je yg mampu...tu pon share2 ngn awek...
Quote gula_tebu 16-2-2015 02:53 PM
selamber bang selamber.
Quote fifie_olin 16-2-2015 02:53 PM
mattzzx replied at 16-2-2015 12:39 PM
oooo bukan baru nak tambah tenaga sebelum main??
x ksh la mn2 pon....denda tetap sama....

Quote boyagombak 16-2-2015 02:55 PM
Babak Pertama

Hrmmmmmmmm arghhh arghhh arghh

Babak Kedua

Tok! Tok! Tok!

babak Ketiga

Nyum nyum nyum
Apa ni tok, saya tgh maman ni, mana ada main-main

Babak Terakhir

Balai Ceritalah

Quote mattzzx 16-2-2015 02:56 PM
fifie_olin replied at 16-2-2015 02:53 PM
x ksh la mn2 pon....denda tetap sama....

Betul tu......pandai

Quote GhostWalking 16-2-2015 02:58 PM
Pulun makan nasik sorang2 pulak tuh.kalau gentleman bawak pi dinner ka apa ka.Ni hang isi perut hang macam hang sorang ja nak kerja keras.Apa punya turrrrr
Quote ice_sky92 16-2-2015 02:58 PM
lmao...........
Quote bazinga 16-2-2015 03:00 PM
tak menahan bro tu posing...hahaha
Quote mixieleo 16-2-2015 03:01 PM
tak menahan iyalll tgk si lelaki tu duduk makan bersimpuh... cam jilakeee!!

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.151674 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top