Ain dah 2 tahun kahwin. Bahagia je sebelum ni & tak pernah bergaduh sampailah Ain mula ada gerak hati suami berubah. Suka masuk tidur lambat & banyak tgk handphone. Setelah beberapa bulan Ain terdetik nak check hp suami dan terjumpa msg yang sgt mesra dengan seorg lelaki yg Ain tak pernah kenal. Trus Ain tanya hubby. Mula2 hubby kata tu kawan baik sejak lama dulu tapi saja la tak bgtau Ain. Hubby sangat marah Ain check phone dia. Kemudian suami mula berubah dan banyak berbohong utk berjumpa kawan lelaki tersebut. Siap pi tido rumah kawan lelaki tu & 2 kali bawak pi outstation sampai singapore. Ain nak ikut skali pun dia tak bagi. Ain dah berkali2 ajak nak jumpa dengan "kawan baik" dia tu tapi tak pernah dia bawak. Waktu bday kawan tu siap dia belanja tido hotel, beli parfum, pi tgk wayang & bagi syiling perak lagi. Tiap kali kawan tu turun airport, dia semangat nak pi ambik. kalau Ain dulu dia hantar kat kl central ja walaupun tgh pregnant. Akhirnya, Ain dapat tahu yg mereka baru kenal 4 bulan tapi boleh sangat rapat jadi macam tu. Rupanya suami Ain tipu konon2 kata dah kenal 7 tahun sebab tu kawan rapat dia. Sejak hari tu suami Ain dingin ja dgn ain. Selalu kata tak da mood. balik lambat. suka keluar tanpa family? memang lelaki perahsia macam ni ke? memang lelaki suka simpan kawan2 tak bgtau isteri ke? memang lelaki kalau kantai suka melarikan diri ke? memang lelaki tak pandai selesaikan masalah ke?
|
wds replied at 13-2-2015 10:05 AM
A`ah, sesuatu je. Biseksual atau kawan rapat tu adalah perempuan tapi diletakkan sebagai nama lelaki ...
ADVERTISEMENT