Gambar contoh hahaha KUANTAN - Sebanyak 19 premis makanan ditutup dalam tempoh lima bulan tahun ini ekoran tidak menepati tahap kebersihan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan MPK, Haslinda Hassan berkata, dalam operasi membabitkan 939 premis itu sebanyak 250 premis diberikan kompaun atas kesalahan premis kotor. Menurutnya, sebanyak 33 premis diberikan notis pembersihan premis dalam pemeriksaan yang dilakukan. “Premis makanan yang mempunyai tahap penarafan bintang 3 ke bawah telah diberi notis untuk pembersihan. "MPK akan memastikan pemilik premis makanan mematuhi peraturan dan tahap kebersihan yang ditetapkan,” katanya.
Selain itu katanya, sebanyak 556 ekor tikus berjaya ditangkap oleh Unit Kawalan Tikus dalam tempoh sama. Haslinda berkata, lokasi di Pasar Besar Kuantan merupakan indeks tertinggi tikus disebabkan sumber makanan yang banyak. "Terdapat 11 kawasan di pusat bandar yang menjadi tumpuan namun Pasar Besar adalah paling tinggi. "Justeru, kita mengingatkan peniaga supaya menguruskan sisa buangan dengan baik bagi mengelak kehadiran tikus,”
|
MengkuduMasam posted on 9-6-2013 08:30 PM
authority kat mesia xstrict....
kat KL nih byk je yg kotor... buat xtau je...
ADVERTISEMENT