CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Shah Rukh Khan Mengaku Hisap 100 Batang Rokok Sehari

26-2-2015 09:50 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2162| Komen: 0

LadyLista - Aktor Shahrukh Khan diketahui umum mempunyai masalah ketagihan merokok yang sukar dikawal. Sejak kariernya bermula di Bollywood, dia cuba untuk berhenti merokok namun sehingga kini masih gagal.

Malah lebih mengejutkan aktor kelahiran New Delhi itu mengaku mampu menghabiskan 100 batang rokok sehari dan bukan sebuah rekod yang perlu dibanggakan dirinya.

Namun ayah kepada tiga orang anak ini sedang berusaha berhenti merokok. Meskipun masih belum berhenti sepenuhnya, jumlah Shahrukh Khan menghisap rokok sudah mula berkurangan.

“Saya sukar untuk tidur dan mampu merokok sehingga 100 batang sehari. Dan tabiat merokok membuatkan saya lupa untuk makan,” ujar Shahrukh Khan kepada pihak media.

Terbaru, menerusi Twitternya Shahrukh Khan telah memuat naik sekeping foto yang memulakan kempen berhenti merokoknya sendiri iaitu “We Don’t Talk To People Who Smoke”.

Kempen tersebut mendapat reaksi positif peminat-peminatnya yang percaya ianya memberi kekuatan buat aktor kesayangan mereka itu untuk menjalani kehidupan yang sihat tanpa rokok kelak. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.030811 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top