CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Bentukkan kaki anda supaya cantik

27-2-2015 03:58 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1866| Komen: 0


1. Dapatkan permukaan kaki yang licin
Kaki yang berbulu adalah perkara terakhir untuk dilihat! Bukan sahaja ia menjadikan permukaan kaki kelihatan tebal malah ia akan menjadikan warna kulit kaki anda lebih gelap. Untuk mengatasinya, gunakan kaedah waxing, pencukur razor mahupun hair removal cream yang selamat untuk digunakan. Ingat! Pastikan anda tidak mendapatkan krim yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia atau pencukur razor yang tumpul.
 
2. Amalkan diet makanan yang sihat
Pengambilan makanan yang berlemak dan tidak sihat hanya akan menambahkan lagi selulit di bahagian kaki selain kulit yang kering. Sebaliknya, amalkan memakan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan jus agar kandungan darah di dalam tubuh badan mampu menyerap vitamin dan mineral yang berkhasiat untuk disalurkan hingga ke bahagian kaki. Selain itu, pengumpulan lemak juga mampu dikurangkan dengan lebih berkesan!

 
3. Elak menggunakan lif, gunakan tangga
Kemudahan lif di kebanyakan pejabat dan pusat beli-belah tidak akan membantu anda untuk mendapatkan potongan kaki yang diidamkan. Tips terbaik, gunakan anak tangga untuk tiba ke aras yang dituju. Amalan ini bukan sahaja dijadikan senaman terbaik malah perjalanan darah menjadi lebih lancar sekaligus menyerlahkan lagi kesan toning di bahagian kaki.
 
4. Minum air sebanyak mungkin
Hampir setiap hari kita diingatkan supaya meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Fakta ini sebenarnya benar-benar membantu anda bukan sahaja untuk mendapatkan kesihatan yang optimum malah untuk mendapatkan kaki yang menawan. Amalan ini dapat membuang toksik, mengurangkan kesan kedutan, selulit juga mengekalkan tahap hidrasi di bahagian kaki anda.
 
5. Rehatkan kaki anda
Memakai kasut tumit tinggi sehingga berjam-jam akan menyebabkan kaki anda terasa sakit, penat dan lenguh. Jika dibiarkan tanpa rehat, tindakan ini akan mengakibatkan tekanan di bahagian kaki hingga mengganggu kelancaran aliran darah. Untuk itu, rehatkan kaki anda sekurang-kurangnyanya 10 hingga 30 minit sehari selain meletakkan kaki di atas permukaan lembut pada kedudukan yang lebih tinggi untuk memulihkan kepenatan di kaki.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.198667 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top