CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Jepun Cemerlang Spm

3-3-2015 04:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9012| Komen: 67

Warga Jepun Cemerlang Spm




Langkawi: Seorang pelajar warga Jepun Saaya Harada, 18, membuktikan kejayaan pasti menjelma sekiranya berusaha dengan gigih tanpa mengenal erti jemu.

Gadis berkenaan yang menjejakkan kaki ke negara ini tanpa boleh bertutur bahasa Melayu mampu memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang diumumkan hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang yang kini boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan adalah calon tunggal sekolah itu yang mendapat A bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Anak bongsu daripada tiga beradik berasal dari Yamaguchi, Jepun itu tiba di Langkawi pada 2007 kerana mengikut ibu bapanya yang bekerja di sini.

"Saya langsung tidak boleh bercakap sepatah pun bahasa Melayu tapi sekarang gembira apabila lulus cemerlang dalam bahasa itu dalam SPM.

"Kejayaan ini amat menggembirakan dan saya bercadang melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dalam bidang perubatan," katanya ketika ditemui selepas mengambil slip keputusan SPM di sekolah itu, hari ini.


“Saya memperoleh A+ dalam Matematik, manakala bahasa Melayu, Inggeris, Sejarah, Kimia, Matematik Tambahan dan Biologi (A) dan Pendidikan Moral serta Fizik (A-),” katanya.
7

Bagus
14

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iskans 3-3-2015 03:46 PM
Baguslah, ada kemahuan untuk belajar. Semua mampu....
Quote znuyul 3-3-2015 03:48 PM
usaha tangga kejayaan..
Quote ib-instaforex 3-3-2015 03:49 PM
tahniah diucapkaN
Quote jakunta 3-3-2015 04:02 PM
Dia duduk malaysia beberapa tahun dah boleh bertutur dalam BM, tapi ada sesetengah warga malaysia yang tak fasih BM

Quote AbukRokok 3-3-2015 04:07 PM
jakunta replied at 3-3-2015 04:02 PM
Dia duduk malaysia beberapa tahun dah boleh bertutur dalam BM, tapi ada sesetengah warga malaysia ya ...

sama2 sepet plk tu
Quote dodolgemok 3-3-2015 04:10 PM
tahniah laa warga jepun...kebanggaan sekolah tersebut
Quote yellowfin 3-3-2015 04:10 PM
Puak sepet jer tanpa segan silu pelat cakap BM mcm baru 2 hari landing... bukan pendatang kononnnn....
Quote Lorra2411 3-3-2015 04:17 PM
tetiba nak tgok gambar dia
Quote deananie 3-3-2015 04:19 PM
tahniah dik.

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

semoga terus sukses.
Quote jakunta 3-3-2015 04:19 PM
Lorra2411 replied at 3-3-2015 04:17 PM
tetiba nak tgok gambar dia

klik aje link kat atas tu. Tak lawa mana pun. Biasa aje.

Quote AbukRokok 3-3-2015 04:20 PM
jepun blh dpt A bahasa melayu
yg melayu C pun ada juga yg dpt..... fail pun ada
Quote penjejak_awan 3-3-2015 04:20 PM
aku tabik warga jepun...depa ni pembersih dan berdisiplin...x cam puak pendatang pelahap babi yg satu lg...
Quote Suchi 3-3-2015 04:23 PM
dia sekolah kebangsaan oklah tu mmg kuat semangat selalunya sek international kan..
Quote jakunta 3-3-2015 04:23 PM
AbukRokok replied at 3-3-2015 04:20 PM
jepun blh dpt A bahasa melayu
yg melayu C pun ada juga yg dpt..... fail pun ada

Haha sad but true. btw hang dulu spm dapat berapa subjek BM?
Quote miabebe 3-3-2015 04:26 PM
Cmne nk sangkal lg org jepon mmg bijak bestari
Quote NURMIMIE 3-3-2015 04:27 PM
AbukRokok replied at 3-3-2015 04:20 PM
jepun blh dpt A bahasa melayu
yg melayu C pun ada juga yg dpt..... fail pun ada

anak ai A+ english.. A- BM
Quote jakunta 3-3-2015 04:29 PM
NURMIMIE replied at 3-3-2015 04:27 PM
anak ai A+ english.. A- BM

Tahniah mod
Subjek lain dpat berapa? Bagi aku kalau dapat A tu kira baguslah. tak kisahlah A+ ke A- ke..

Quote kokocrunch 3-3-2015 04:31 PM
tahniah diucapkan..
Quote NURMIMIE 3-3-2015 04:36 PM
jakunta replied at 3-3-2015 04:29 PM
Tahniah mod
Subjek lain dpat berapa? Bagi aku kalau dapat A tu kira baguslah. tak kisahlah A+  ...

masalah nya, aku sangat tekankan dia penggunaan BM yang betul.. walaupun kadang2 BM aku ke laut.. tapi aku yakin, aku antara staff gomen yang menggunakan BM dengan baik..

aku agak cerewet tentang beza + - ne..

subjek lain boleh laaaa.. result agak cemerlang lah kiranya sebab dia amik result atas pentas bersama rakan2 lain yang diwartakan cemerlang.. walaupun aku blom rasa result dia "cemerlang" ikut standard aku..

bagi anak aku pula, dia awal2 dah cakap, dia problem ngan kima dan sejarah.. suruh gi tusen tak nak.. so belajar ngan kawan2 saja.. tak sangka pula sejarah A dan kimia A- juga.. biologi subjek kegemaran dia memang pulun A+..

sekarang ne dok tanya2 aku nak buat apa lepas ne?.. aku pun tak tau nak bagi idea pada dia.. tengok esok lusa tanya jah lah kat forum..

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.063542 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top