CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Koma diserang mat rempit

11-6-2013 09:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4567| Komen: 13

Ipoh: Seorang juruteknik kini bertarung nyawa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas cedera parah di kepala, muka dan dada akibat diserang sekumpulan mat rempit ketika berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat, awal pagi kelmarin.

Mangsa, B Pathmaraj, 28, dari Simpang Pulai, dekat ini, kini koma dipercayai dipukul dengan topi keledar oleh puluhan mat rempit yang menyamunnya berhampiran Jalan Raja Di Hilir, di sini. Sebelum kejadian, mangsa bersama dua rakan dikatakan menaiki kereta untuk pulang ke rumah selepas minum di sebuah restoran di Greentown, di sini, kira-kira jam 4 pagi.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang, kereta dipandu Pathmaraj dikepung sekumpulan mat rempit yang kemudian bertindak menyamun dan memukul mangsa.

Rakan mangsa, K Yogan, 32, berkata, dia bersama Pathmaraj serta seorang lagi rakan terkejut apabila tingkap kereta diketuk sekumpulan mat rempit ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Menurutnya, dia dan mangsa terpaksa menurunkan cermin kereta kerana bimbang diserang mat rempit berkenaan.

“Secara tiba-tiba, seorang mat rempit meminta kami menyerahkan telefon bimbit jika tidak mahu dicederakan.

“Bimbang dicederakan, kami terus menyerahkan telefon bimbit sebelum mereka beredar. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, mereka kembali semula mengepung kami dengan kumpulan lebih ramai,” katanya ketika ditemui di pekarangan HRPB, di sini, semalam.

Katanya, suspek bertindak lebih ganas apabila menendang pintu kereta selain memaksa mereka menyerahkan barangan berharga lain termasuk wang tunai.

Yogan berkata, dia dan Pathmaraj serta seorang lagi rakan enggan menuruti kemahuan kumpulan mat rempit itu sebelum mereka bertindak memukulnya.

“Kami bertiga diserang dan dipukul dengan topi keledar sebelum semua cermin tingkap kereta dipecahkan, malah mereka turut memanjat bumbung kereta.

“Pathmaraj cuba menyelamatkan diri, namun gagal dan dibelasah hingga tidak sedarkan diri,” katanya. terpaksa keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri, tetapi dia berjaya ditangkap sekumpulan mat rempit itu sebelum dibelasah teruk. Saya dan seorang rakan lain tidak berani keluar sebaliknya berada di tempat duduk masing-masing,” katanya.

Katanya, dia bersama rakan keluar dari kereta setengah jam kemudian selepas suspek beredar dari lokasi kejadian.

Yogan berkata, dia terus mendapatkan mangsa dan mendapati rakannya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri selain cedera teruk di kepala.

Menurut Yogan, Pathmaraj dibawa ke HRPB kira-kira jam 5 pagi sebelum menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala jam 8 pagi ini (semalam). Bagaimanapun, Pathmaraj masih tidak sedarkan diri selain dilaporkan kritikal.

Sementara itu, bapa mangsa, M Balakrishnan, 60, yang ditemui semalam melahirkan kekesalan terhadap apa yang berlaku dan meminta pihak polis bertindak segera menyiasat insiden menimpa anaknya itu.

2

Bagus
2

Marah
12

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bidacool 11-6-2013 09:00 AM
menyusahkan je mat rempit .... mati tak nak.. semak donia jek
Quote ell768 11-6-2013 09:01 AM
ntah2 di provoke nyer budak2 rempit tu...
Quote cmf_kunyit 11-6-2013 09:03 AM
ell768 posted on 10-6-2013 07:01 PM
ntah2 di provoke nyer budak2 rempit tu...

btol tu..selalunya setiap bende berlaku pasti ada sebabnya..
Quote Djagur 11-6-2013 09:06 AM
xde angin masakan pokok leh goyang bai!!! keeelingg kalau ckp jgn 100% percaya sgt...
Quote cammie1711 11-6-2013 09:10 AM
Puluhan mat rempit nak menyamun sebijik keta?? Jgn nak menipu la kaliang oiii
Quote tupaiterbang 11-6-2013 10:17 AM

pukul 4 pagi dok kat rumah tido lagi best la.....
sapa suruh hang pi merayau time tu....

Quote Acong 11-6-2013 10:21 AM
cmf_kunyit posted on 11-6-2013 09:03 AM
btol tu..selalunya setiap bende berlaku pasti ada sebabnya..

mungkin dah mabuk, baling tin beer san miguel?
Quote cmf_kunyit 11-6-2013 10:30 AM
Acong posted on 10-6-2013 08:21 PM
mungkin dah mabuk, baling tin beer san miguel?

mungkin jugak la toh, time mabuk mcm-2 kata-2 longkang kuar..
acom minum san miguel ke,mana sedap ngn tiger beer?
Quote mohdcrow 11-6-2013 10:30 AM
macam berbau ikan sahaja berita diatas
Quote freebird 11-6-2013 10:46 AM
Betul tu...musti salah hindu tu...
Hidup Mat Rempit! Hidup Melayu!
Quote prettyuglybabe 11-6-2013 10:49 AM
dua-dua berlagak macam jalan tu dorang yang punya.. amik la
Quote Cakkkk....aaaa 11-6-2013 11:28 AM
beribu ribu taniaaaaaa...

mat rempit berjayaaAAAaaaAAAaaaaaaaa......
Quote dragger 11-6-2013 11:52 AM
kalau berkumpulan bole la mat rempit ni naik tocang.. cuba one by one.. mau menyorok punai dia

mgkin mach ni ada buat sesuatu yg membuatkan mat sempit tu naik angin ker

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.170090 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top