Harga Terkini Gas Masak Kekal Rm26.60 Bagi 14 Kg Bekalan gas petroleum cecair (LPG) yang berkurangan antara 20 peratus hingga 30 peratus berbanding keperluan sebanyak 1.5 juta tan metrik setahun perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum kerajaan boleh menimbangkan untuk menaikkan harga bahan bakar itu. Langkah penstabilan itu perlu diberi keutamaan memandangkan bekalan LPG di pasaran semakin kritikal. Kenaikan kos dalam pengeluaran gas semakin meningkat dan 40 peratus daripada bekalan gas yang diimport pada kos juga tinggi menjadi punca kekangan bekalan. Lantaran itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata, bekalan gas perlu distabilkan supaya kerajaan dapat menentukan jumlah subsidi yang ditanggung jika berlaku kenaikan harga gas. Beliau berkata, kementerian itu mempunyai beberapa cadangan dalam usaha untuk menstabilkan bekalan dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi pada minggu depan. "Sehingga Majlis Ekonomi membuat keputusan, harga gas adalah kekal RM26.60 bagi 14 kilogram," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kad kredit-I platinum Bank Rakyat di sini. Hasan bagaimanapun enggan mengulas cadangan harga gas yang akan dinaikkan tetapi memberitahu harga gas tidak disemak sejak tahun 1983. Menurutnya, pada harga itu peniaga hanya mendapat margin keuntungan sebanyak RM3. Menjawab soalan, Hasan memberi jaminan harga gas tidak akan dinaikkan pada satu harga yang membebankan rakyat. "Kita faham situasi rakyat sebab itu jika berlaku, saya jamin kenaikan munasabah," katanya.
|
19
Bagus |
13
Marah |
14
Terkejut |
7
Sedih |
11
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT