32.7 Peratus Rakyat Malaysia Ambil Garam Lebih, Hidap Darah Tinggi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, secara purata seorang dewasa mengambil sebanyak 8.7 gram sehari iaitu 1.7 kali ganda lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu lima gram atau sesudu teh sehari. Menurutnya, berdasarkan kajian yang dijalankan Institut Kesihatan Umum pada dua tahun lalu mendapati, pengambilan garam adalah lebih tinggi dalam kalangan lelaki berbanding wanita dan perkara ini disebabkan kurangnya kesedaran. Gambar hiasan “Dalam kajian yang sama, kicap soya didapati menjadi makanan utama yang menyumbang kepada kandungan sodium tinggi diikuti nasi goreng, nasi lemak, mihun goreng, mi sup dan sup. “Kebanyakan orang tidak sedar bahawa mereka telah mengambil garam secara berlebihan kerana kira-kira 75 peratus daripada garam dalam diet seharian datangnya dari makanan terproses,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Kempen Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2015 yang bertemakan ‘Makan di luar, kurang masin, pilihan sihat’ di kementeriannya di sini semalam.
|
15
Bagus |
13
Marah |
23
Terkejut |
14
Sedih |
12
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT