CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UM Keluarkan Hasil Kajian Terbaru Tentang Rokok Seludup, Dan Ia Amat Mengejutkan

20-3-2015 03:56 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 14859| Komen: 72


Kepada perokok yang menjadikan rokok seludup (atau rokok murah) sebagai sumber rokok harian, anda mungkin mahu teruskan membaca artikel ini sehingga penamat

Kita semua tahu bahawa semakin hari semakin ramai perokok membeli rokok seludup. Kenapa? Sebab harganya yang jauh lebih murah berbanding rokok yang sah.

Tetapi hakikatnya...

rokok yang diseludup masuk ke dalam negara ini adalah 3 kali ganda lebih merbahaya. Selain menjejaskan kesihatan, kandungan bahan kimianya yang terlalu tinggi juga mampu meragut nyawa seseorang.


Buktinya? Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah menjalankan satu kajian terhadap rokok seludup, dan hasil yang mereka dapat sungguh memeranjatkan.

Kajian terkini yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) telah mengesahkan tiga perkara iaitu:

1. Kandungan bahan kimia dalam rokok seludup melebihi had yang ditetapkan menurut undang-undang Malaysia.

2. Kandungan tar dan nikotin di dalam rokok seludup sebenarnya lebih tinggi.

3. Kandungannya mungkin telah dicemari bahan kimia atau produk bukan tembakau lain.



Tahukah anda kandungan bahan kimia di dalam sebatang rokok seludup juga adalah TIGA KALI GANDA lebih tinggi berbanding rokok yang sah? Ya, itulah kebenarannya!

Ini bermakna, menghisap sebatang rokok seludup adalah sama dengan menghisap 3 batang rokok yang sah!

Lima jenama rokok seludup yang telah dijadikan bahan ujikaji adalah Surya Gudang Garam, Nusantara Gudang Garam, Sampoerna, L.A. Lights dan Nusantara Menthol.

Secara amnya, kandungan tar di dalam kelima-lima jenama ini melebihi had yang dibenarkan, malah sampel rokok Surya Gudang Garam mengandungi lebih daripada 45mg tar di dalam setiap batang rokok.

Paras yang dibenarkan hanyalah 15mg di Malaysia.



Hasil kajian ini sungguh mengejutkan," kata Dr Chandran Somasundram, Profesor Madya Jabatan Bioteknologi (Institut Sains Biologi) dari Fakulti Sains Universiti Malaya

Sebelum ini, kajian dari Kementerian Kesihatan juga menemui hasil yang sangat membimbangkan.

2

Bagus
4

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
2

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FanTasyCreaTioN 20-3-2015 01:57 PM
rasa nya tak mengejutkan pun
bila murah
tentunya bahan2 unttuk membuat semesti nya murah
bila murah bukan nak kira pun
bawa maut ke apa

tak kira la
murah ke mahal ke
dua2 merbahaya kepada kesihatan

Quote pearl.silver 20-3-2015 02:03 PM
Hisap sebtg umpama 3btg rokok berlesen..
Ok laa tu..murah plak..
Baru laa berbaloi..

Indon yg kje kt kebun kata rokok malaysia xsedap...rokok suria dia jugak paling sedap..
Quote pfiza 20-3-2015 02:07 PM
pendapat masing masing, ada akal guna lah
Quote magnus 20-3-2015 02:10 PM
Apa yg nak terkejut sgt tu....nanti bila dah perokok ni dpt kanser paru paru barulah depa terkejut bosar
Quote akik 20-3-2015 02:10 PM
sampoerna sedap tapi pas beberapa bulan isap tekak asyik berkahak je
Quote wanawina 20-3-2015 02:15 PM
korang2 yg merokok, murah ke mahal, bawak2la berhenti. sedih weh witnessed pakcik2 abang2 masuk hospital sbb sakit paru2, lepas tu anak bini kena datang jaga hari2. kalau korang rasa korang merokok x susahkan org, korang merokokla. tapi kalau korang rasa yg korang dapat cancer, dapat COPD, and korang rasa korang x susahkan anak bini then go on.

Quote cmf_blingblings 20-3-2015 02:16 PM
HENTIKAN MEROKOK!!!
Quote TuntungReturn 20-3-2015 02:17 PM
rokok seludup gomen x dpt cukai.tu je....
Quote bangcak 20-3-2015 03:13 PM

rokok seludup je yg membahayakan kesihatan.
rokok yg tak seludup amalan sehat
Quote dragger 20-3-2015 03:16 PM
HARAMKAN je rokok.. orang yg tak merokok pun tak sakit hati tengok..
Quote ResellerMaxis 20-3-2015 03:23 PM
FanTasyCreaTioN replied at 20-3-2015 01:57 PM
rasa nya tak mengejutkan pun
bila murah
tentunya bahan2 unttuk membuat semesti nya murah

tah-tah syarikat-syarikat rokok yang sponsor kajian ni..supaya orang ramai membeli rokok bukan seludup semula.. kalau perokok ni pikir pasal kesihatan mereka..xder nya mereka nak merokok..
Quote supernaturalee 20-3-2015 03:35 PM
sape perokok di sini?
sila taip ya atau tidak
dgn smiley yg berkenaan

Quote fcl29 20-3-2015 03:39 PM
kwn aku plak... masalah asap penuh dlm ruang paru2... kene la admit utk buang asap2 tu... berenti merokok la dia akhirnya...
rokok kan haram? tp apa ade hal bg perokok2 ni... babi aje yg haram katanya...
Quote kjk_2006_256 20-3-2015 03:43 PM
fcl29 replied at 20-3-2015 03:39 PM
kwn aku plak... masalah asap penuh dlm ruang paru2... kene la admit utk buang asap2 tu... berenti me ...

Asap boleh berkumpul dlm paru2 ke??

Quote fcl29 20-3-2015 04:10 PM
kjk_2006_256 replied at 20-3-2015 03:43 PM
Asap boleh berkumpul dlm paru2 ke??

xtau ala ape yg menyebabkan tersumbat... doc kene tebuk lubang kat dada dia...
Quote gaara_X 20-3-2015 04:17 PM
hikhihhkhihkkkh......
Quote AbukRokok 20-3-2015 04:21 PM
nasi baik i xisap kelima lima rokok tu
Quote Aya_Osman 20-3-2015 04:27 PM
fcl29 replied at 20-3-2015 08:10 AM
xtau ala ape yg menyebabkan tersumbat... doc kene tebuk lubang kat dada dia...

tebuk lubang kat dada nak buang asap???...gerun jek bunyi...cam xlojik jek...paru2 dia xterbakar ke??
Quote fcl29 20-3-2015 04:31 PM
Aya_Osman replied at 20-3-2015 04:27 PM
tebuk lubang kat dada nak buang asap???...gerun jek bunyi...cam xlojik jek...paru2 dia xterbakar k ...

aku x igt tebuk kat dada ke kat celah ketiak ke, yg pasti mmg ada tebuk nk keluarkan asap2 tu... asap2 tu mmg dah memenuhi ruang paru2 dia... asap je pon, nk terbakar apanya... tp yg pasti, sbb rokok la...

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.282592 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top