Anggap Caj Perkhidmatan Di Hotel, Restoran Seumpama Tips Caj perkhidmatan yang perlu dibayar oleh pengguna di restoran dan hotel adalah kekal walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada 1 April ini. Ini kerana caj berkenaan adalah seumpama tips yang diberikan pengguna kepada pekerja-pekerja. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, bagaimanapun Kementerian Kewangan mahu nama caj perkhidmatan itu ditukar kepada caj restoran dan caj hotel. Malah, katanya satu perundangan digubal supaya caj berkenaan diagihkan oleh restoran dan hotel bukan sebagai pendapatan kepada peniaga. "Perkara ini akan dibincangkan esok dalam satu mesyuarat GST bersama Perdana Menteri," katanya semasa sesi soal jawab pada taklimat GST anjuran Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia di sini. Malah, beliau berkata, Kementerian Kewangan mahu mencadangkan satu tindakan paling keras termasuk memenjarakan peniaga yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya pada mesyuarat tersebut. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, sudah sampai masanya kerajaan bertindak sedemikian untuk memastikan peniaga tidak membuli pengguna berikutan pelaksanaan GST pada April ini. Ketika sesi berkenaan, Ahmad berkata, rakyat yang menolak pelaksanaan GST kerana tidak tahu mereka telah membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) selama 43 tahun. Jelas beliau, GST bukan cukai baru tetapi menggantikan SST iaitu satu cukai berangkai daripada peringkat pengilang, pemborong, peruncit kepada pengguna antara lima hingga 10 peratus. Manakala cukai perkhidmatan yang dikenakan sebanyak lima peratus. "Cuba bandingkan SST yang dikenakan 10 + 5 peratus berbanding 6.0 peratus bagi GST, mana lebih banyak?" tambahnya.
|
9
Bagus |
11
Marah |
9
Terkejut |
20
Sedih |
3
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aHoi83 replied at 25-3-2015 01:05 AM
eh bukan hari tu kata pengguna berhak untuk taknak bayar ke service caj tu?
Ketika sesi berkenaan, Ahmad berkata, rakyat yang menolak pelaksanaan GST kerana tidak tahu mereka telah membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) selama 43 tahun.
Jelas beliau, GST bukan cukai baru tetapi menggantikan SST iaitu satu cukai berangkai daripada peringkat pengilang, pemborong, peruncit kepada pengguna antara lima hingga 10 peratus.
Manakala cukai perkhidmatan yang dikenakan sebanyak lima peratus.
"Cuba bandingkan SST yang dikenakan 10 + 5 peratus berbanding 6.0 peratus bagi GST, mana lebih banyak?" tambahnya
ultra78 replied at 25-3-2015 08:07 AM
Rakyat malaysia masih bimbo dengan service charge?
Dah berzaman bayar benda tu tapi baru se ...
ADVERTISEMENT