CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Rm6.80 Untuk Telur Tidak Munasabah?

26-3-2015 11:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16367| Komen: 129

Harga Rm6.80 Untuk Telur Tidak Munasabah?

                      

         
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyifatkan harga RM6.80 bagi sepuluh biji telur ayam adalah tidak munasabah.

Timbalan Menterinya,  Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pihaknya memerlukan bantuan agar pengguna membuat aduan kepada kementerian supaya tindakan dapat diambil.

"Saya setuju harga barang itu tidak munasabah. Contoh kalau telur, sepatutnya dalam RM3 hingga RM3.50 bukan RM6.50 dan sardin dari RM2 jadi RM5.

"Ini adalah harga yang tidak munasabah. Sebab itu, kita perlukan kerjasama Yang Berhormat untuk buat aduan. Supaya kami dapat buat penguatkuasaan kerana saya sendiri rasa harga itu tak munasabah," katanya ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan dari Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) yang mendakwa terpaksa membayar RM6.80 bagi 10 biji telur ayam ketika menemani isterinya berbelanja.

"Saya teman isteri belanja barang dapur. Dia kata harga telur ayam RM6.80 sepuluh biji. Maknanya sebiji telur 68 sen. Kemudian, beli sardin kecil yang dulunya berharga RM2.50 sekarang RM5.50 setin.

“Harga ini belum GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Umumnya harga sudah naik sebelum GST. Selain mekanisme biasa, apa mekanisme yang luar biasa yang boleh difikirkan kementerian?," ujarnya.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) yang menyentuh soal persediaan kementerian berdepan GST, beliau mengesahkan pihaknya telah bersedia menanti pelaksanaan GST, 1 April ini.

"Kita telah bersedia menghadapi GST. Walaupun kita tahu banyak cabaran. (Sebab) apa juga permulaan yang akan bermula, (pasti) banyak cabaran.

"Tapi kita dah bersedia insya-ALLAH kita akan cuba atasi. Pegawai penguat kuasa telah ditambah, persediaan lain seperti bilik gerakan...tempat menerima aduan juga telah disediakan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/harga-telur-ayam-rm6-80-tidak-munasabah-1.372694


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lindarafee 26-3-2015 09:54 AM
ye ke. pagi tadi beli telur masih RM4. maknanya 40 sen sebijik
Quote fire_place 26-3-2015 09:58 AM
Sardin pun mahal.menteri berwajib sila beri sardin..dulu murah..skrg sardin cekik darah.

Xda ke wakil rakyat yg sudi hidup sbgai rakyat marhein.dgn gajin yg minimum utk tempoh masa sebulan.bg rasa sikit.smlm g pasaraya bnyak dh naik brg
Quote axl_bach 26-3-2015 09:59 AM
gila ke hapa telur naik smpi double.......mati laaa aku camnih sebulan aku ratah telur saja 300 biji, dah jadi RM6.50 x 30 = RM195 untuk diet telur saja....

blom masuk salmon, protein powder, roti, ayam....adoyaiiiiiii nih ini boleh mendatangkan marah
Quote bellaa 26-3-2015 09:59 AM
Asal telur orang murah sangat.

Bella dapat free pon buley..
Quote rospinki 26-3-2015 10:03 AM
bellaa replied at 26-3-2015 09:59 AM
Asal telur orang murah sangat.

Bella dapat free pon buley..

free pasal memang tkde rege..dia kena byr kt bella
Quote rospinki 26-3-2015 10:05 AM
axl_bach replied at 26-3-2015 09:59 AM
gila ke hapa telur naik smpi double.......mati laaa aku camnih sebulan aku ratah telur saja 300 biji ...

umah akak 3 kret sebulan..migu lepas beli kt 99 10.80 size b kecik sikit..kalau c lagi kici juga. tapi tak bole jadi la macamni..telo adela sumber makanan yg paling efefktip utk ibu2 malas masak dinner..
Quote supernaturalee 26-3-2015 10:07 AM
last week 10 biji rm4.50
dh lm harga ats rm4
Quote dino 26-3-2015 10:10 AM
axl_bach replied at 26-3-2015 09:59 AM
gila ke hapa telur naik smpi double.......mati laaa aku camnih sebulan aku ratah telur saja 300 biji ...

wah bina otot2 ka?
jgn lupa selfie letak kat twitter
Quote dino 26-3-2015 10:11 AM
rospinki replied at 26-3-2015 10:05 AM
umah akak 3 kret sebulan..migu lepas beli kt 99 10.80 size b kecik sikit..kalau c lagi kici juga.  ...

klau mahal sgt moh la beralih diet telur penyu plak
Quote bellaa 26-3-2015 10:12 AM
rospinki replied at 26-3-2015 10:03 AM
free pasal memang tkde rege..dia kena byr kt bella

Hamboi.. Noty kaka nih.

Kaka selalu masak menu apa pakai telur?
Share lah sikit. Nak yg simple2.

Kwn chinese dorang taruk halia,cincang nipis2.
Kemudian campak dlm telur.
Quote jofizo 26-3-2015 10:13 AM
nasib bela ayam kt kg......
Quote rospinki 26-3-2015 10:15 AM
dino replied at 26-3-2015 10:11 AM
klau mahal sgt moh la beralih diet telur penyu plak

gila apo..mana sama telo penyu.
Quote axl_bach 26-3-2015 10:15 AM
rospinki replied at 26-3-2015 10:05 AM
umah akak 3 kret sebulan..migu lepas beli kt 99 10.80 size b kecik sikit..kalau c lagi kici juga.  ...

apa barang makan gred B or C.....cari yg AA laaa baru protein tinggi.....huhuhuhuhuhu

Quote axl_bach 26-3-2015 10:23 AM
dino replied at 26-3-2015 10:10 AM
wah bina otot2 ka?
jgn lupa selfie letak kat twitter

hahahahaha, biasa laa bro hobi masa lapang sblom beristeri nnt......kena bina otot padat2 sket baru isteri sayang....wakakakakakakka

giler ke hapa nak berselfie, dah laa aku anti dgn org selfie, pastu twitter pun aku xder....lol

Quote rospinki 26-3-2015 10:24 AM
bellaa replied at 26-3-2015 10:12 AM
Hamboi.. Noty kaka nih.

Kaka selalu masak menu apa pakai telur?

hehe..kaka pun rajin jumpa telo org mintak kutip
ni pasal telo tu kan..resepi simpel ada..kaka pangil "3 princess from heaven"..simpel dan delises.

kau tarok minyak lebih skit dlm kuali, agak panas bella massukla telo pecahkan sebijik2 ikutla nk mesuk 4-5 bijik pon bole dia jadi melekat2 side by side..nampk dh masak sikit..bhgian kuning dia msih cair tau, cepat angkat. jgn bgi telo tu pecah masa bel angkat.

letak dlm mangkuk leper..pastu goreng hirisan bawang besar /halia+cili merah/cili kering potong kici2..goreng jgn garing sagt angkat then letak atas telo tu tadi. , tambah kicap lemak manis cap kipas udang+lada putih+hirisan daun bawang..siap..masa makan tu telo tu leleh dgn kuah dia ..perghhh


Quote rospinki 26-3-2015 10:28 AM
axl_bach replied at 26-3-2015 10:15 AM
apa barang makan gred B or C.....cari yg AA laaa baru protein tinggi.....huhuhuhuhuhu

tahuka anda telo gred AA mengandungi bahan2 yg kurang vitamin berbanding telo gred b/c..fakta ni.

cu kau pecah telo gred AA..penuh air..dan kuning telo tu tak statik, masud dia putih telo dia kandungan air lgi byk dari protin. kalu telo b/c kau tengok kuning tu statik cantik dan monggel.
Quote Toppaz 26-3-2015 10:33 AM
Ok lah tu.. aku suka telur Nutriplus Omega-3 mahal pun xpa sbb aku suka egg yolk yg kaler oren, telur sihat.. haha
Quote dino 26-3-2015 10:37 AM
axl_bach replied at 26-3-2015 10:23 AM
hahahahaha, biasa laa bro hobi masa lapang sblom beristeri nnt......kena bina otot padat2 sket bar ...

yela nak gado gadis2 kena tyg otot skit hahaha
teringat kwn dulu... bina otot skali order telur rebus... 10 biji.... makan telur putih.... telur kuning suh aku makan
Quote axl_bach 26-3-2015 10:41 AM
rospinki replied at 26-3-2015 10:28 AM
tahuka anda telo gred AA mengandungi bahan2 yg kurang vitamin berbanding telo gred b/c..fakta ni.
...

iyo laaa tu............lol

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.062763 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top