CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Akan Kaji Dan Mengkaji Impak Gst

27-3-2015 03:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6361| Komen: 39

Kerajaan Akan Kaji Dan Mengkaji Impak Gst


PUTRAJAYA 26 Mac - Kerajaan akan mengkaji impak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap penjawat awam termasuk dari segi gaji dan elaun bermula Julai ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata, kerajaan perlu melihat terlebih dahulu pelaksanaan GST bermula 1 April ini untuk mengetahui impaknya sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kerajaan tidak pernah ketepikan kepentingan penjawat awam, jadi jika ada hasil yang bertambah penjawat awam juga akan dapat menikmatinya.

"Antaranya dari segi kenaikan gaji atau elaun, tetapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk bincangkannya," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan ke-33 Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 30 peratus bagi menghadapi GST.

Sementara itu, Ali berkata, Puspanita boleh memainkan peranan membantu kerajaan menjayakan dasar-dasar seperti GST dan menangani kos sara hidup dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah.

"Selain itu, ahli-ahli Puspanita juga boleh menjadi ejen kerajaan dengan melaporkan kepada pihak berwajib perbuatan peniaga yang mengenakan harga yang tinggi dan tidak munasabah ke atas barangan jualan mereka," katanya.

Beliau juga menghargai usaha Puspanita menjalankan beberapa program meningkatkan kesedaran pengguna, khususnya melalui taklimat GST di seluruh negara melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).- BERNAMA

20

Bagus
13

Marah
8

Terkejut
14

Sedih
10

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 26-3-2015 10:45 PM
Kannn....
Quote mikasa 26-3-2015 10:46 PM
Wujudkan elaun GST utk kakitangan awam berdasarkan gred diorg
Quote tomatome 26-3-2015 10:49 PM
standarla tu.. keje nya mengkaji jerla.. tapi sampai situ ajela kaji dan kaji
Quote sabbath_shalom 26-3-2015 10:53 PM
Dah la nak angkat call tanya pasal GST lembab...minta kerajaan kaji masalah hidup diorg pulak...

Kerajaan dan kakitangan nya sama2 bodoh tolol.:
Quote kecimpret 26-3-2015 10:57 PM
Dah buat br nak kaji...wakaka
Quote estrelle 26-3-2015 11:05 PM
lawaknyela haii..x sampai seminggu je lg nak kaji pebendanye
Quote xAthenax 26-3-2015 11:05 PM
aiyo..
implement dulu baru kaji kah ?
bangsat sangat hokeh
Quote ctaz 26-3-2015 11:05 PM
hanya kaji utk penjawat awam jer........?????
yg swasta..........pegi mampos.....






Quote dodolgemok 26-3-2015 11:08 PM
Kajian yg lepas2 apa citer.sikit2 kaji je muak pulak aku dgar malam2 buta ni rase nak hempok je pala orf
Quote R2D2 26-3-2015 11:21 PM
kerajaan tak pernah dgr ke atau pura2 tak mendengar apa itu 'Change Management' ?
Quote munchkin 26-3-2015 11:35 PM
baru nak kaji?????
Quote jonedoe 26-3-2015 11:48 PM
dia bukan nak kaji impak gst pada penjawat awam sebagai pengguna. dia nak kaji duit masyuk melalui gst tu ada lebey tak? kalu ada, dia kasi la sama penjawat awam. kongsi-kongsi kelebihan.

yg kekurangan kat org lain tu apa nak buat. collateral damage dlm usaha kerajaan memperbetulkan sistem percukaian negara.

korang nak sistem cukai yg betul atau yg salah? mesti la nak yg betul kan kan kan

*aku tak sokong gst tapi kjaan kena teruskan jugak. kalu batal/tangguh kang nampak takdak pendirian dan nampak terang2 menipu dok kata gst bagus.
Quote spiderman80 26-3-2015 11:57 PM
Kan betul cakap Encik Mah Bin Chai, kerajaan BN sentiasa mendengar hati rakyat?
Quote kerunai 26-3-2015 11:58 PM
Quote kerunai 27-3-2015 12:04 AM
cuksi naik ...tarif elektrik ...bil ..harga barang ...sama jugak tak berubah

tang mana yag tak membebankan rakyat ?

tang mana yg nak cepat jadi negara maju kalo rakyat makin lama makin bangkrap

policy maker ni

sebelum buat apa2

main game la dulu



berapa kerat PTD n policy maker lepas main game ni ?



Quote revolusi_30 27-3-2015 12:14 AM
kerunai replied at 27-3-2015 12:04 AM
cuksi naik ...tarif elektrik ...bil ..harga barang ...sama jugak tak berubah

tang mana yag tak me ...

Akak dah main dulu ... Dgn yg Crusader punya.
Quote raxief 27-3-2015 06:05 AM
belum ada satu kategori barang yg penting lg yg aku dengar harganya akan turun..

at least kalau dh ada 2-3 jenis kategori tu, nmpk sedap jugak la gst ni, tapiiiiiii.....
Quote nour2001 27-3-2015 06:32 AM
kaji, mengkaji, kajian, mata kaji...
Quote chaintea 27-3-2015 07:14 AM
Baru nk kaji?

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.064950 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top