CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

[Sejarah Tercipta] Aaisyah Dhia Rana retis termuda

28-3-2015 10:41 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 17895| Komen: 62



COMEL... Aaisyah Dhia Rana kini berusia lima bulan. - Foto BHOnline


KUALA LUMPUR: Anak selebriti popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lima bulan menjadi artis pertama menyertai syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.


Malah bayi popular kegilaan ramai itu menjadi artis termuda menaungi syarikat pengurusan popular yang sudah lima tahun beroperasi.

Bahkan Zain turut membuat keputusan untuk bersama pengurusan LOL yang dimiliki Afeeq Abd Wahab dan penyanyi Dafi sejak awal tahun ini.

"Saya senang bersama pengurusan LOL dan sejak tiga tahun dengan syarikat ini, saya percaya kepada kredibiti LOL sebagai antara syarikat pengurusan popular tanah air.


AAISYAH Dhia Rana menjadi artis pertama menyertai syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment. - Foto BHOnline

"Jadi dalam hal anak, saya biarkan yang lebih arif untuk mengatur apa yang sewajarnya untuk dia. Tambahan pula rezeki anak saya kian murah dan mendapat perhatian syarikat yang berkeinginan menjadikannya sebagai duta," kata Rozita Che Wan yang kini berada di Narita, Jepun untuk penggambaran program Primadona.

Sementara itu, Zain berkata beliau turut senang melihat bagaimana LOL selama ini menguruskan kerjaya isterinya.

"Jadi kenapa saya tidak menerima tawaran mereka untuk menguruskan saya sekali termasuk anak," kata Zain.
LOL bakal menyambut ulang tahun kelima pada 15 Jun depan.


2

Bagus

Marah
4

Terkejut

Sedih

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nh83 28-3-2015 10:36 AM
Gerammmmnyaaa tgk baby aaisya!!
Quote pngky 28-3-2015 10:37 AM
alhamdulilah tu sudah rezeki Aaisyah
Quote kelip2_07 28-3-2015 10:38 AM
Murah rezeki si tembam aaisya..
Quote miabebe 28-3-2015 11:23 AM
Miabebe jika d izin kn Allah mia nk baby secantik aaisyah ni 12org...6laki 6ppuan
Quote CincinKristal 28-3-2015 11:27 AM
yg pasti baby ni sgt2 comel
Quote Felycya 28-3-2015 12:22 PM
miabebe replied at 28-3-2015 03:23 AM
Miabebe jika d izin kn Allah mia nk baby secantik aaisyah ni 12org...6laki 6ppuan

WoWwW !!!!
Quote miabebe 28-3-2015 12:23 PM
Felycya replied at 28-3-2015 12:22 PM
WoWwW !!!!

Bhahahahahaha

Nape wowww fel...miabebe terlebih ka sudah?hihihi
Quote Felycya 28-3-2015 12:29 PM
Anggun jelita cantik menawan
Sungguh kurniaan allah yg satu ni.

Murah rezeki baby aisyaa...
Quote mommymonster82 28-3-2015 12:34 PM
Masyaaallah...comel sgt... tahniah aisyah...
Quote Felycya 28-3-2015 12:39 PM
miabebe replied at 28-3-2015 04:23 AM
Bhahahahahaha

Nape wowww fel...miabebe terlebih ka sudah?hihihi

Xlah...

Fel kagum je tadi tuu....
Quote aku_spek 28-3-2015 12:49 PM
1 je nk tanya, gelang emas kiri kanan tgn baby comel ni mmg emas tulen ke? Besau bebenor.   jgn hencap iols
Quote CrowneGlory 28-3-2015 12:54 PM
Job makin lebat elokla ada yg manage profesionally...
Quote CrowneGlory 28-3-2015 12:57 PM
aku_spek replied at 28-3-2015 12:49 PM
1 je nk tanya, gelang emas kiri kanan tgn baby comel ni mmg emas tulen ke? Besau bebenor.   jgn  ...

Takkan la zhulian... Bmw abg mak mampu beli takkan gelang mak kasi fake...tp dr segi tu mcm x kena plak baby besar tu dh pakai gelang gedabak mcm rantai basikal...
Quote bazinga 28-3-2015 12:59 PM
Pandai senyum , so cute
Quote masz83 28-3-2015 01:11 PM
aku_spek replied at 28-3-2015 12:49 PM
1 je nk tanya, gelang emas kiri kanan tgn baby comel ni mmg emas tulen ke? Besau bebenor.   jgn  ...

Ye tulen... Habib kasi
Quote cik_ted143 28-3-2015 01:11 PM
suka tgk Aaisyah ni...comel yg amat!!!!!
geram. rasa nak cubit2 je pipi tu.....
Quote noraidil_06 28-3-2015 01:14 PM

bertuanye esah. dpt hadiah sana-sini.dah la comel sgt2.
Quote Orix 28-3-2015 01:43 PM
besonye gelang
Quote lonely_surina 28-3-2015 01:46 PM
aku_spek replied at 28-3-2015 12:49 PM
1 je nk tanya, gelang emas kiri kanan tgn baby comel ni mmg emas tulen ke? Besau bebenor.   jgn  ...

emas btl laa tu..
rezeki anak dara che tak..
pakat2 lah nikah kokusen kalo nak dapat anak camneh

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.074916 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top