Kedai nasi ayam yang dikenakan notis oleh KPDNKK kerana menjual makanan lebih mahal daripada harga sepatutnya.
SEREMBAN – GST umpama pesta naik harga bagi segelintir peniaga. Tinjauan Sinar Harian di sebuah pasar raya semalam mendapati beberapa kedai makan di medan selera pasar raya tersebut, menaikkan harga makanan mereka sesuka hati dengan alasan GST. Di sebuah gerai nasi ayam dan mi 'clay pot' jelas harga baharu dipampangkan, padahal itu tidak sepatutnya berlaku. Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Mohd Salleh Ma’mor, beras tidak dikenakan GST, begitu juga dengan produk harga kawalan lain. “Melalui pemeriksaan, harga lama nasi ayam ini adalah RM5.90 tetapi harga baru yang dikenakan kepada pelanggan RM6.30. “Sepatutnya harga baru ini selepas ditolak cukai perkhidmatan sebanyak 10 peratus, adalah lebih murah, bukan lebih mahal," katanya. Beliau berkata, atas kesalahan itu, KPDNKK memberi notis kepada peniaga di gerai itu untuk beri alasan kenaikan dalam tempoh tiga hari. Katanya, jika gagal mereka boleh dikenakan tindakan dan disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Sementara itu, seorang pembeli, Norhayati Syarif, 57, berkata, dia kecewa dengan sikap segelintir peniaga yang sengaja ambil kesempatan, sehingga beri kesan kepada pengguna. http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/nasi-ayam-pun-naik-harga-1.375311
|
1
Bagus |
6
Marah |
6
Terkejut |
2
Sedih |
3
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rospinki replied at 2-4-2015 09:51 AM
the chicken rice shop tu tknak saman ke..situ pun rege tahahapa2 mahal.
c.c: KPDNKK
rospinki replied at 2-4-2015 09:51 AM
the chicken rice shop tu tknak saman ke..situ pun rege tahahapa2 mahal.
c.c: KPDNKK
Anak_Nogori replied at 2-4-2015 09:59 AM
Ciken rise shop tu peferet keluarga aku tu..nanti nak gi makan .kalau dia naikkan harga..kompom ak ...
qronaldo7 replied at 2-4-2015 10:06 AM
tu kes lain sis hehe jual brand
btw apa rasional nasi ayam naik harga?
rospinki replied at 2-4-2015 10:14 AM
tak kisahla jual brand ke apa..mahal sikit takpe, nasi ayam nk buat mcm crs ni agak payah sikit da ...
pittjie replied at 2-4-2015 10:18 AM
kalau kt CRS tu aku suka sambal (sambal ke?) halia dia. mesti mintak extra. tau tak pinki acaner n ...
Anak_Nogori replied at 2-4-2015 09:59 AM
Ciken rise shop tu peferet keluarga aku tu..nanti nak gi makan .kalau dia naikkan harga..kompom ak ...
rospinki replied at 2-4-2015 10:09 AM
aah AN tolong tengok2an ya..saya pun suka makan sana..sesekali jah, kalu rege naik kasi komplen bi ...
rospinki replied at 2-4-2015 10:26 AM
aisehh..pagi2 ckp pasal nasi ayam crs ni kan..tetiba lak lapar.
sambal dia sedap kan..sambal hali ...
rospinki replied at 2-4-2015 10:26 AM
aisehh..pagi2 ckp pasal nasi ayam crs ni kan..tetiba lak lapar.
sambal dia sedap kan..sambal hali ...
Anak_Nogori replied at 2-4-2015 11:04 AM
Cuba rebus dulu ayam tu...lepas tu...air rebusan tu masak dgn beras tu..boh majerin..tu yg nampak ...
lavabutang replied at 2-4-2015 11:13 AM
berapa lama lu kacau cili tu sebelum lu naik minyak...??
ADVERTISEMENT