CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahmad Maslan Saran Pelajar Uitm Memasak Elak GST

12-4-2015 03:36 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 32839| Komen: 180




-------------------

Pelajar universiti tak puas hati penerangan GST Ahmad Maslan


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan bercakap dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar kepada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam, hari ini. Bagaimanapun, pelajar tidak berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 11 April, 2015.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang hadir pada satu taklimat program cukai barang dan perkhidmatan (GST) hari ini, melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Datuk Ahmad Maslan yang disifatkan tidak menjawab persoalan mereka mengenai pelaksanaan cukai tersebut.

Tetapi sebaliknya kata mereka, timbalan menteri kewangan itu seperti menghentam pihak pembangkang pada sesi soal jawab bersama pelajar UiTM Shah Alam itu.

Pelajar Fakulti English Professional dan Communications, Maziah Mazli, 21, berpendapat, Ahmad tidak menjawab soalan yang dibangkitkan dan memberi penjelasan sebenar mengenai GST.

"Kerajaan mesti terangkan dulu (pada pelajar). Dia tak jawab soalan. Dia macam 'twist' (putar belit). Kami sebagai pelajar, kami nak tau apa sebenarnya GST. Kami tak dapat gambaran jelas apa itu GST.

"Sejak pelaksanaan GST, terasa sangat kesannya, terutamanya top-up (kredit telefon bimbit) dan makan. Kerajaan macam tak ambil kira semua aspek. Kami tidak ada kemudahan untuk masak.

"Jadi, betul-betul bergantung kepada makanan yang disediakan universiti," katanya yang mengulas saranan Ahmad kepada mereka supaya selalu memasak dan tidak makan di luar untuk mengelakkan GST.


Muhammad Shamil berkata GST membebankan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan susah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 11 April, 2015.

Seorang pelajar Fakulti Undang-undang, Muhammad Shamil, 20, pula mengatakan beliau tidak setuju dengan pelaksanaan GST dan jawapan Ahmad pula seperti menghentam pembangkang.

"Saya tengok menteri tadi lebih kepada nak hentam pembangkang daripada menjawab soalan. Masalah saya bukan GST, tapi pelaksanaan GST.

"Saya okey dia (Ahmad) datang ke sini, tapi dia tak menjawab soalan," katanya ketika ditemui selepas sesi itu yang diadakan di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pagi ini.

Muhammad mengatakan, GST membebankan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan susah.

Pada sesi soal jawab itu, Ahmad kerap menegaskan, sistem GST telus dan lebih baik berbanding sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diamalkan sebelum ini.

"Cukai perlu untuk tujuan ekonomi. Kalau bayar cukai, tolong pembangunan negara. Sistem SST yang dulu ada cukai atas cukai. Itu sebab kita buang SST itu, kerana ia membebankan.

"GST 6% tidak ada cukai atas cukai. Pengilang, pemborong dan peruncit boleh tuntut 6% tersebut kecuali pengguna," katanya.

Katanya, rakyat Malaysia kini menyedari yang setiap sen itu berguna apabila mereka mula menyimpan resit setelah membuat pembelian barang sejak GST dilaksanakan 1 April lalu.

Salah seorang pelajar bertanya kepadanya, mengapa cukai tersebut dilaksanakan sedangkan ekonomi yang sedia ada tidak stabil dan ramai berpendapat ia membebankan.

Ahmad bagaimanapun menyelar kenyataan pelajar tersebut, mengatakan sistem SST yang membebankan dan bukannya GST, dan terus menyelitkan topik yang tiada mengena dengan soalan yang diajukan.

"Yang membebankan ialah SST, bukan GST. Ekonomi Malaysia sekarang stabil, bukan negatif. Pertumbuhan 4.5% hingga 5.5%, maksudnya bagus. Salah peniaga yang tidak beretika dah lama menaikkan harga barang.

"Seperti juga PAS yang cerita pasal hudud 1990, tapi DAP tak pernah nak faham-faham sejak 25 tahun, apa itu hudud.

"Macam, ada juga yang bila dengar Barisan Nasional (BN) terus 'switch off' (tak mahu dengar)," katanya yang mengibaratkan peniaga yang menaikkan harga itu seperti sengaja enggan memahami konsep GST.

Pada masa sama, beliau juga bertubi-tubi diajukan soalan yang “pedas” daripada pelajar yang salah seorangnya bertanya saranan kerajaan kepada rakyat supaya berjimat, sedangkan kerajaan tidak berbuat sedemikian, terutamanya isu membabitkan pembelian jet peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas perkara itu, Ahmad berkata pembelian itu dibuat kerana jet kerajaan yang ada sering rosak dan kos membaikinya lebih mahal daripada kos pembelian jet baharu.

"Jet kerajaan itu kerap kali rosak. Kos penyenggaraan untuk baiki lebih tinggi. Jadi, beli (jet) baru untuk Agung, Sultan dan Najib. Bukan jet peribadinya (Najib)," katanya sambil memaklumkan yang harga pesawat MH370 ialah RM660 juta sementara harga jet baru itu RM400 juta.

Beliau juga menjelaskan, kerajaan menyokong GST kerana terdapat 169 negara melaksanakannya.

"Kerajaan buat apa yang baik dan betul. SST banyak kelemahan. Ada 169 negara yang melaksanakan (GST), sebab itu saya sokong," katanya. – 11 April, 2015.

10

Bagus
10

Marah
16

Terkejut
3

Sedih
8

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intriQue 11-4-2015 07:37 PM
Kalau duduk kolej, mana boleh memasak daaa....

p/s - tolong suruh dia ni makan kismis minda 10botol sehari, boleh?
Quote Firenzza 11-4-2015 07:40 PM
Dia ni nak bg crmh tentang gst ke ceramah politik? Dh xde modal kah spin pas hudud bagai? Org tnya knp brg naik lps gst jwblah....jgn tunjuk sgt ko to bodow :
Quote tightcherry 11-4-2015 07:41 PM
Semakin bebal muntri nih
Quote slavehunter 11-4-2015 07:45 PM
Kalau ko tgk anak menteri semua cam haram.jadah.com ..... last month terserempak dgn anak perempuan Kak Ijat berlagak giler beli bunga order dengan angkuh kat staff tu, aku tgk staff tu yang tersengeh sengeh melayan dia. What a Brat!
Quote matchstick 11-4-2015 07:57 PM
sapelah yg mengundi si dungu ni smpi bole jadi menteri
Quote sukacactus 11-4-2015 08:02 PM
Menteri bodoh terlampau dalam sejarah Malaysia
Bodohnya dikeluarkan semua sekali, tak simpan2 dah
Dia ingat budak UITM tu mcm budak sekolah rendah ke?
Quote mommymonster82 11-4-2015 08:06 PM
Duk hostel ipta kt malaysia ni mn boleh masak....nak duk luar karang jd mangsa rompak..pecah rumah pulak....
Quote dubuk 11-4-2015 08:18 PM
oohhhh terasa sempitnya hidup di bumi bertuah................................
Quote ice_sky92 11-4-2015 08:27 PM
Bimbonya kau Wak.
Quote lolipopmanish 11-4-2015 08:30 PM
nmpknya cgpa 3.85 pon tak dapat hubungkan sel2 otak ahmad maslan
Quote chazey 11-4-2015 08:32 PM
intriQue replied at 11-4-2015 07:37 PM
Kalau duduk kolej, mana boleh memasak daaa....

p/s - tolong suruh dia ni makan kismis minda ...

Baru nak taip benda yang sama.

Tak hairan la ramai rakyat pandang rendah dengan manusia ni.
Quote ladyone 11-4-2015 09:08 PM
statement tak beragak....
Quote lavaparia 11-4-2015 09:11 PM
wa bukan apa

belajar masuk universiti

sibuk menuntut kebebasan akademik

apa itu gst pun tk reti cari sndiri

henpon jenama samsung

laptop jenama apple

tp masih buduh tk reti cari dan kaji di internet

wa panggil lu mahasiswa kuota lu marah

wa gelak guling2 ja
Quote kelana36 11-4-2015 09:17 PM
dah tau mat maslan tu macam tu, cari la orang lain untuk bagi penerangan..

image.jpg
Quote caras 11-4-2015 09:21 PM
i tak suka pergi mana2 talk orang politik. mereka ni kalau dah diberi tajuk yang bukan berkaitan politik misalnya soal pendidikna pun sebokkkk nak kaitkan hal politik. memang tak membantu melahirkan minda kelas pertama lah kalau orang yang beri talk tu pun tak berfikiran kelas pertama. asyik dok sebokkkk mengapi opposition
Quote taikor 11-4-2015 09:22 PM
masak maggi campur kangkung
Quote EJALTI 11-4-2015 09:23 PM
Mungkin kah dewan bahasa akan come out dgn peribahasa yg baru?

"Bodoh seperti lembu" di ganti dgn
"Bodoh seperti Wak Maslan"......
Quote bambimo 11-4-2015 09:23 PM
Ingt lg..masak guna rice cooker...
Ttiba warden ketuk bilik...kena amaran
Quote albob90 11-4-2015 09:24 PM
Dlm kolej uni mana la blh masak2 ni. Maslan ni pnh masuk u ke tak pnh masuk u ni. Benda mcm ni pun tarak tau ka

Lihat semua komen(180)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.120111 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top