CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MyWatch Papar Jam Tangan Mewah Ahli Politik

12-4-2015 03:47 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 55964| Komen: 246






RM350,000 Franck Muller
http://www.malaysia-today.net/apa-rosmah-mansor-pakai-jam-tangan-bernilai-rm350000/















.









https://www.facebook.com/SriSanjeevan/photos/pcb.620378581396932/620378138063643/?type=1







MyWatch papar jam tangan mewah ahli politik


Pejuang anti-jenayah R Sri Sanjeevan telah menerbitkan satu siri gambar dalam talian yang memaparkan jam tangan mewah yang dipakai oleh ahli-ahli politik.

Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) itu telah memuat naik beberapa gambar di laman Facebook MyWatch.

Sehingga jam 8.15 malam ini, post itu telah mendapat lebih 13,000 'likes' dan 25,000 'shares'.

Gambar-gambar itu menunjukkan pegawai kanan dan ahli-ahli politik yang memakai jam tangan mewah yang berbeza pada masa yang berlainan.

Antaranya ialah enam orang adalah dari BN dan tiga dari pembangkang.

Mereka ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas perdana menteri yang lantang bersuara, Dr Mahathir Mohamad juga dipaparkan.

Ia juga termasuk allahyarham bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan tuduhan liwat.

Bagaimanapun, tidak semua daripada mereka memakai jam tangan mewah. Jam tangan Lim hanya bernilai RM270.

Jam tangah Rosmah bernilai hampir setengah juta

Menurut hasil penemuan MyWatch, pemimpin Umno lebih gemar jam tangan mewah dan antara mereka, Najib, Rosmah, Zahid, Hishammuddin dan Khairy ada lebih daripada satu jam.

Gambar-gambar menunjukkan Rosmah mempunyai empat jam tangan dan jam tangannya Richard Mille Lady RM 007 nampaknya yang paling mahal antara semuanya, dan dalam postnya, MyWatch mendakwa ia bernilai RM486,000.

Jam tangan Rosmah yang lain yang di disiarkan di MyWatch, ialah Hublot BB Black Magic 114 (RM79,200), Hublot BB Black Magic 48 Baguette (RM225,000), dan Franck Muller Master Square Date Diamonds (RM153,500).



Menurut gambar-gambar tersebut, Najib, juga, mempunyai empat jam tangan hebat.

Dan yang paling mahal, menurut MyWatch, ialah Hublot Big Bang King Power 'Red Devils' Manchester United limited edition, edisi terhad 'Red Devils', yang menurut MyWatch berharga RM165,000. Najib dikenali sebagai peminat pasukan bola sepak Manchester United.

Jam tangan Najib yang selebihnya, menurut MyWatch ialah Audemars Piguet Royal Oak Offshore Carbon (RM120,000), Harry Winston Project Z2 (RM97,500), dan Hublot BB Black Magic Black Ceramics (RM50,000).

Gambar-gambar  MyWatch menunjukkan Zahid, Hishammuddin dan Khairy, masing-masing mempunyai dua jam tangan utama.

Menurut gambar tersebut, Zahid memakai jam tangan Richard Mille RM033 (RM293,000) dan yang 'murah' IWC Portuguese Perpetual Calander Ruang (RM180,000).

Ia juga menegaskan bahawa Khairy memakai jam tangan Patek Philippe Nautilus bernilai RM160,000 dan Jaegar Reverso, yang harganya antara RM27,000 dan RM180,000.

Manakala Hishammuddin mempunyai dua jam tangan Audemars Piguet, satu adalah Royal Oak Offshore Chronograph Black Ceramic Bezel (dianggarkan lebih RM70,000) dan yang kedua ialah Royal Oak, yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM50,000.

Namun, jam tangan Mahathir adalah Casio Protrek Triple Sensor Tide Graph PRG-130-1V, berharga RM1,020.

Anwar memakai jam tangan Tag Heuer CAF101A, yang bernilai RM7,650 dan Nik Aziz memakai Casio Prayer Compass WP-310 bernilai RM300.

Dan jam tangan Lim di dalam gambar adalah yang paling murah di kalangan mereka yang disenaraikan - Seiko Chronograph SND363.

Gambar itu menyatakan bahawa di eBay, ia dijual pada harga AS$81 atau RM270.


Ketika dihubungi Malaysiakini, Sanjeevan berkata ia adalah satu usaha yang dilakukan oleh mereka di MyWatch dan mereka mengambil masa lapan hingga sembilan bulan untuk mencapai misi itu.

Beliau berkata mereka telah mengambil gambar pegawai-pegawai kanan dan ahli-ahli politik apabila mereka memakai jam tangan mereka pada masa-masa yang berbeza dan membandingkannya dengan senarai harga di laman web beberapa pengeluar jam tangan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa ini tidak membawa maksud yang ahli-ahli politik berkenaan adalah 'super kaya' atau pun NGOnya mempunyai niat tidak baik terhadap mereka.

"Saya hanya mahu orang ramai tahu apa bentuk gaya hidup ahli-ahli politik ini. Sebagai contoh, Mahathir tidak memakai jam tangan dalam beberapa majlis, begitu juga dengan Nik Aziz.

"Tetapi lihatlah perdana menteri dan yang lain-lainnya. Pada majlis yang berlainan, mereka memakai jam tangan yang berbeza," katanya.

Apabila ditanya, Sanjeevan berkata beliau tidak memanggil sidang akhbar mengenai perkara ini.

"Saya tidak mahu perkara ini menjadi satu isu," katanya sambil berkata ia bukanlah satu pendedahan, tetapi hanya untuk 'pengetahuan am' dan tidak mahu mempolitikkannya.



15

Bagus
24

Marah
16

Terkejut
6

Sedih
13

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anak_Nogori 11-4-2015 05:39 PM
Soalnya..jam omega kat mana..kat kat mana?.
Quote kemaruk 11-4-2015 05:40 PM
orang miskin meroyan sebab tak mampu pakai jam mahal2

hahahahahha

tu la korang, hutang along 40k tapi guna untuk enjoy

sekarang duit hutang dah abis, bulan2 kena bayar 1k lebih kat along selama-lamanya

hahahahaha

padan muka
Quote batusembilan 11-4-2015 05:45 PM
Best ke jam hublot ni?
Quote cyberjaye 11-4-2015 05:47 PM
Edited by cyberjaye at 11-4-2015 06:00 PM

nilah yg best -- Franck Muller!

2.bp.blogspot.com_-9UHWpengCWM_UFtVmQwjWuI_AAAAAAAAlSo_AsS9dKitxTk_s640_Jam-Rosm.jpg
RM350,000 Franck Muller
http://www.malaysia-today.net/apa-rosmah-mansor-pakai-jam-tangan-bernilai-rm350000/
Quote lav10 11-4-2015 05:53 PM
pemimpin yang disegani @che det sukar dicari ganti
Quote honeybee1802 11-4-2015 05:55 PM
Owh jam derang ni melebihi pendapatan aku sethn....
Quote Maideen. 11-4-2015 05:59 PM
Anak_Nogori replied at 11-4-2015 05:39 PM
Soalnya..jam omega kat mana..kat kat mana?.

You ulang I saman!
Quote agusta 11-4-2015 06:00 PM
Tun M jgk yg simple..pakai jam yg harganya tak sakitkan hati rakyat
semoga panjang umo yer Tun M..



Pssstttt...jap g ada yg meroyan kata kita ni macai dok wa lu wa lu wa lu..
Quote alinone78 11-4-2015 06:01 PM
Pakai jam dinding beli kat Mydin j
Quote Anak_Nogori 11-4-2015 06:02 PM
Maideen. replied at 11-4-2015 05:59 PM
You ulang I saman!

You dari tv3 kannn.
Quote mamiayu 11-4-2015 06:05 PM
lawo jam kak mah
Quote Maideen. 11-4-2015 06:06 PM

You dah establish?
Quote miabebe 11-4-2015 06:06 PM
Sbb tu miangbebe suka Tun M
Quote famri7 11-4-2015 06:08 PM
Zuhudnya beliyau.
<3 che det
Quote peYno 11-4-2015 06:09 PM
kemaruk replied at 11-4-2015 05:40 PM
orang miskin meroyan sebab tak mampu pakai jam mahal2

hahahahahha

menteri kita pon kalau ikut gaji n elaun tu kita yg kerja swasta pon lagi mahal

tapi ye laaa
kalau harap gaji... tak tak mampu sebenarnya mereka

mungkin tokeh  cina bagi hadiahhhh
Quote Crystal_Apple 11-4-2015 06:10 PM
Anak_Nogori replied at 11-4-2015 05:39 PM
Soalnya..jam omega kat mana..kat kat mana?.

mane2 mane jam omega!
Quote mbhcsf 11-4-2015 06:16 PM


alaa... bak kata  encik shakespeare "A rose by any other name would smell as sweet"so dalam hal ini a watch by any other  would be seen as hmmmm...interesting too...'

hahahaha

adeh korang ni

anyway

i kinda love watch tdm  AND ZAHID...

Quote cyberjaye 11-4-2015 06:17 PM



[fbv]678389518937540[/fbv]
Quote myvios 11-4-2015 06:19 PM
jam casio with prayer compas

Lihat semua komen(246)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.068986 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top