CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Saya Ada Hak Untuk Tegur Najib’, Kata Tun M

13-4-2015 06:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6818| Komen: 25

‘Saya ada hak untuk tegur Najib’, kata Tun M


http://www.sinarharian.com.my/politik/saya-ada-hak-untuk-tegur-najib-kata-tun-m-1.379006

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan teguran beliau terhadap kepincangan kepimpinan negara merupakan hak beliau untuk membetulkan keadaan.

Bagaimanapun beliau berkata pihak yang ditegur itu juga mempunyai hak sama ada mahu menerima atau menolak teguran dilontarkan itu.

 "Kalau dia nak tolak apa-apa (teguran), dia boleh tolak, jika saya rasa dia (Najib) ada melakukan sesuatu yang salah, saya ada hak untuk tegur.

"Saya rasa dia akan menjadi penyebab Umno kalah dalam pilihan raya, percayalah saya," katanya dalam video yang dimuat naik di blog Din Turtle, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas serangan bertali-arus yang dibuatnya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak akhir ini termasuk meminta Presiden BN itu menjawab kepada rakyat tentang beberapa persoalan.

Antaranya, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian pesawat baharu kerajaan, pelaburan ratusan juta untuk filem "The Wolf of Wall Street" oleh anak tiri Najib, Riza Aziz dan kredibiliti ahli perniagaan bernama Jho Low dalam pengurusan AS$700 juta dari 1MDB.

Ditanya mengenai keupayaan Najib yang dipersoalkan dalam memimpin parti Melayu itu, beliau bagaimanapun menegaskan Umno sudah lama berpecah sejak beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti.

"Umno sudah pecah dah, Umno yang saya pimpin dulu agak kuat, kalau kita tengok dalam perhimpunan pun boleh tahu tak semangat cukup," ujarnya.

Dr Mahathir juga mendedahkan perpecahan Umno itu berpunca daripada kesetiaan kepada parti kerana harta dan kebendaan.

"Umno sekarang adalah sebab duit, ketua-ketua Umno setia sebab dia dapat sesuatu atau kontrak, yang dapat jawatan-jawatan itu semua dapat duit.

"Bila dia buat macam itu, dia pergi kepada ketua, yang lain semua macam mana? Akar umbi tau sokong saja," katanya lagi.

24

Bagus
11

Marah
23

Terkejut
12

Sedih
21

Lawak
44

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OmJualGas 13-4-2015 10:45 AM
betul la tu apa yang tun cakap...nasib baik ini orang yang masi ada ball dalam umono...
Quote sgbuloh 13-4-2015 10:56 AM
betul itu hak TDM. elok jugak dia yang menegur sebab dia ada 'Tun'

tapi cuba tengok kalau orang lain yang menegur, confirm kena punya
Quote atira 13-4-2015 10:58 AM
ada lagi 4 baldi pop corn utk drama minggu ini
Quote Syd 13-4-2015 10:59 AM
sgbuloh replied at 13-4-2015 10:56 AM
betul itu hak TDM. elok jugak dia yang menegur sebab dia ada 'Tun'

tapi cuba tengok kalau orang l ...

khenzz?

dari dapat Tun, pastu takde buat apa

then, hanya bercucuk tanam saja di rumah


Quote NIXAReturn 13-4-2015 11:12 AM
Tun mungkin ada point di sini...harap pihak yg ditegur tu dptlah menjawap dgn jelas...
Quote Madel 13-4-2015 11:15 AM
I second u Tun M
Quote EJALTI 13-4-2015 11:19 AM
atira replied at 13-4-2015 10:58 AM
ada lagi 4 baldi pop corn utk drama minggu ini

Ada sorang porumer cakap, pop corn pun kena gst...
Quote EJALTI 13-4-2015 11:21 AM
NIXAReturn replied at 13-4-2015 11:12 AM
Tun mungkin ada point di sini...harap pihak yg ditegur tu dptlah menjawap dgn jelas...

Itu yg rakyat marhein nak, jawab segala persoalan......
Jgn buat interview tapi tak jawab soalan, lagik rakyat marheim marah coz rasa macam di per maslan kan....
Quote NIXAReturn 13-4-2015 11:23 AM
EJALTI replied at 13-4-2015 11:21 AM
Itu yg rakyat marhein nak, jawab segala persoalan......
Jgn buat interview tapi tak jawab soalan, ...

sis tolong jgn sebut masalan..ahkak dah bosan...serata benang ada nama maslan....maslan...maslan....
Quote atira 13-4-2015 11:25 AM
EJALTI replied at 13-4-2015 11:19 AM
Ada sorang porumer cakap, pop corn pun kena gst...

tak nak gst pi tanam jagung sendiri
Quote EJALTI 13-4-2015 11:30 AM
atira replied at 13-4-2015 11:25 AM
tak nak gst pi tanam jagung sendiri

Tiket pi bulan kena gst tak?  Kalau tak, iols nak duduk kat bulan....
Quote BotakChinPeng 13-4-2015 11:33 AM
Zaman mahathir pm dulu ramai sangat rakyat tersepit akibat projek perumahan terbengkalai. Haram dia tak pernah peduli pun.  
Sibuk cadangan mengarut eaec. Pejadah
Quote tagas 13-4-2015 11:42 AM
atira posted on 13-4-2015 10:58 AM
ada lagi 4 baldi pop corn utk drama minggu ini

Tak abis2 dgn ko nyer pop corn..jajan n cekedis lain takde ke..
Quote offwhite 13-4-2015 11:49 AM
atira replied at 13-4-2015 10:58 AM
ada lagi 4 baldi pop corn utk drama minggu ini

tambah la lg dan lg...lg....
Quote snipersnake 13-4-2015 12:32 PM
alahai tun.. dia lupa zaman sapa yg start rasuah2 nih
Quote EJALTI 13-4-2015 06:20 PM
Kritikan Tun M terhadap Najib keterlaluan

http://www.sinarharian.com.my/po ... eterlaluan-1.379181

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menganggap kritikan Tun Dr Mahathir Mohammad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah keterlaluan.

"Kita boleh berkata apa-apa sahaja jadi sekiranya benar cuba buktikan kenyataan itu. Ini bukan perkara baharu kita diserang dalam parti, perkara ini dah lama berlaku namun disebabkan kekuatan dan kesepakatan kita masih mampu berdiri teguh," katanya.

Menurut Hishammmuddin, Najib sudah menjelaskan pelbagai perkara termasuklah dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun Dr Mahathir masih mempersoalkan kepimpinan Perdana Menteri itu.
Quote akusukaq 13-4-2015 06:38 PM
           Berpada pada lah Tun .
Quote EJALTI 14-4-2015 09:18 AM
Najib tak jawab soalan, kata Tun M


NIZAM ZAIN

14 April 2015

http://www.sinarharian.com.my/po ... kata-tun-m-1.379383

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan berasa bersalah jika kehilangan duit rakyat dan ketidakadilan terus disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Katanya, walaupun beliau bersendirian menuntut jawapan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam beberapa persoalan, namun ia menjadi tanggungjawabnya untuk bertanya.

"Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah. Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya.

"Hakikatnya wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ada di mana masih tidak dijawab, kata Datuk Seri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik," katanya dalam tulisan terbarunya bertajuk "Soal Tak Jawab" di blog Chedet, semalam.

Sebelum ini, Dr Mahathir dengan lantang mendesak supaya Najib menjawab pelbagai persoalan termasuk kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kontroversi 1MDB dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Selepas beliau membuat asakan berulang kali, Najib akhirnya muncul di kaca televisyen menerusi Soal Jawab Bersama Perdana Menteri pada Khamis lepas untuk menjawab kritikan tersebut.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir juga berkata, penjelasan Najib itu hanya menyebabkan rakyat bertambah keliru.

"Jika tidak ada di Cayman Islands, ada di mana? Dari mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.

"Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah RM2 billion? Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 juta?" soalnya lagi.

Bekas Presiden Umno itu juga turut mengulangi persoalannya tentang dalang di sebalik pembunuhan model Mongolia yang tidak dijawab Najib dalam wawancara di televisyen itu.

"Saya hanya bertanya siapa yang memberi arahan kepada Sirul yang dikena hukum bunuh. Saya tidak tuduh Najib.

"Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah. Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul. Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adil lah jika Sirul dibunuh," tegasnya.

Mengulas isu jambatan bengkok yang ditimbulkan Najib, beliau bagaimanapun berkata Ahli Parlimen Pekan itu cuba mengalih isu daripada menjawab persoalan sebenar.

"Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut peletakan Najib sebelum PRU 13. Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan," ujarnya.

Serangan ke atas Najib terus dilakukan Dr Mahathir dengan mendakwa sokongan kepada kepimpinan perdana menteri itu oleh beberapa pihak tidak mencerminkan sokongan dalam isu 1MDB.

"Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.

"Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk “I love PM” dan menyanyi “I M 4 U”, tapi dalam PRU13 kalah," katanya lagi.
Quote Equalizer 14-4-2015 09:28 AM
Tun tanya bijan buat apa...
patutnya kena tanya kat "laki" bijan...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.068301 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top