CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

10 Lelaki Kacak Ini Sebenarnya Dilahirkan Perempuan

16-4-2015 12:21 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 7037| Komen: 2

Secara biologi mereka ini dilahirkan sebagai seorang perempuan. Namun selepas mereka membesar, mereka merasakan terperangkap didalam jasad dan tubuh wanita dan setiap hari berperang dengan keinginan menjadi lelaki. Kali ini LadyLista kumpulkan antara 10 lelaki kacak yang kesemuanya dilahirkan sempurna sebagai seorang wanita.


1. Buck Angel

Pembikin filem lucah dan juga seorang transeksual Buck Angel merupakan ikon untuk komuniti LGBT. Mula merasakan kelainan pada diri sewaktu berusia 16 tahun, ia merupakan suatu perjalanan yang sukar buat Buck. Masih kurang ilmu mengenai penukaran jantina, dia sempat menjadi model profesional sebagai seorang wanita sebelum keinginan yang mendalam untuk menjadi lelaki. Kini,dia sekarang bekerja sebagai seorang pensyarah, penulis dan menguruskan syarikat produksinya sendiri.


2. Balian Bushbaum [Yvonne Buschbaum]


Dilahirkan pada 1980, dia merupakan seorang bekas atlet lompat tinggi German. Namun dia meninggalkan acara yang paling digemarinya kerana kecederaan yang dialami. Selepas itu, dia yang sememangnya tomboi nekad untuk menjalani pembedahan untuk menukar jantina dan turut menukar namanya.semasa dia menjalani pembedahan tersebut, dirinya bangga kerana alat sulit yang selama ini diidamkan telah menjadi miliknya. Menurut pihak hospital, Balian lulus kesemua ujian untuk menentukan Balian sesuai untuk menjadi seorang lelaki. Nah! selepas pembedahan tersebut, Balian seolah-oleh telah memiliki alat sulit lelaki secara semulajadi kerana pengendalian yang tidak kekok.

3. Loren Cameron

Loren Rex Cameron merupakan seorang jurugambar, penulis dan aktivis transeksual. Dilahirkan pada 1959, dia digambarkan oleh bapanya seorang tomboi kerana suka mengusahakan ladang milik keluarganya dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh lelaki. Dia juga menerbitkan buku berjudul (Body Alchemy and Man Tool: The Nuts and Bolts of Female-to-Male Surgery) yang banyak menampilkan gambarnya menerusi proses pertukaran.

4.Ian Harvie

Merupakan seorang stand-up komedi. Dia sentiasa menggunakan kisahnya sebagai material semasa lakonan. Kacak kan?

5.Lucas Silveira

Dilahirkan di Canada pada 1979, dia bukan asing dikalangan industri muzik. Ini kerana dia merupakan transeksual pertama secara terbuka menganggotai kumpulan rock dibawah beberapa record label yang besar. Dia merupakan seorang vokalis dalam kumpulan The Clicks dan suaranya memang tak sangka. Sungguh lelaki.

6.Rocco Kayiatos

Dikenali sebagai Katasrophe, merupakan seorang rapper. Sekali imbas memang tiada ciri-ciri wanita dalam dirinya.

7.Thomas Beatie

Pernah menjadi perhatian apabila dia menjadi lelaki pertama yang dilihat mengandung. Dilahirkan wanita, dia menjalani kehidupan sebagai seorang wanita sehingga pertengahan 20-an. Selepas itu, dia mula mengambil pil hormon untuk kelihatan sebagai lelaki namun dia mengambil keputusan utntuk mengekalkan alat kemaluan wanitanya. Dia mengandung hasil daripada penderma sperma tempatan dan sehingga kini hidup bahagia dengan 3 orang anak yang dilahirkan dan kembali mengambil hormon lelaki.

8. Ryan Sallans

Dilahirkan sebagai Kimberly Ann Sallans, dia kini seorang aktivis LGBT dan juga juru cakap yang mengembara ke seluruh US untuk menukar tanggapan masyarakat mengenai LGBT. Dia melalui beberapa siri pembedahan sehingga tampil lengkap sebagai pakej 'lelaki' pada 2005. Selepas itu dia kerap muncul di majalah dan beberapa label terkemuka sebagai logo.

9.Andreas Krieger

Merupakan atlet spot putter yang bertanding sebagai wanita mewakili negara German. Sewaktu remajanya, dia diberikan anabolic steroid tanpa pengetahuannya yang menyebabkan di menjadi lebih maskulin dari segi penampilan dan perwatakan. Krieger bersara pada 1991 dan terus menjalani pembedahan penukaran jantina. Walaupun mengaku suka dengan jantina barunya namun dia sedih kerana diberikan hormon lelaki tanpa pengetahuannya. Ini kerana dia lebih selesa untuk memilih siapa dirinya yang sebenar tanpa bantuan hormon tanpa sedar.

10.Chaz Bono

Dilahirkan sebagai Chastity Bono, merupakan anak perempuan kepada penyanyi Sonny dan Cher. Menjadi perhatian selepas menyedari dirinya seorang lesbian pada usia 25. Dia sekarang bahagia dengan jantina yang telah lama diidamkan dan pernah menjadi peserta dalam rancangan Dancing With the Stars. -LadyLista


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote putehkundor 17-4-2015 06:32 AM
Balian Bushbaum [Yvonne Buschbaum] paling hensem...tergoda i
Quote DayangKirana 16-4-2015 05:14 PM
mmg major transformation..
memang takde ciri2 feminin langsung..

setomboi2 Loren Rex Cameron, pakai jugak dangling..aku tetap tak suke pakai..rimas..

Lihat semua komen(2)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.054056 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top