CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

Resepi Singgang Ikan Tongkol Ala Masakan Kelantan

16-4-2015 04:39 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4725| Komen: 0


Resepi Singgang Ikan Tongkol memang kebiasaannya menjadi kegemaran penduduk pantai Timur Malaysia amnya di Kelantan. Kepada sesiapa yang belum kenal apa itu masakan singgang atau ingin mencuba masakan ini. Disini ada resepinya. Jom cuba
 
Bahan-bahan ( 5 orang makan, 1 ekor ikan tongkol )

Bahan2 untuk perap ikan:
  • 1 ekor ikan tongkol (di potong 5,di bersihkan & ditoskan)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • -segenggam asam jawa
  • -sedikit cuka .
  • Bahan2 untuk membuat kuah:
  • 2 ulas bawang putih (diketuk kasar )
  • 6 ulas bawang merah (diketuk kasar )
  • 2 inci lengkuas ( diketuk kasar )
  • Sedikit belacan (dihancurkan )
  • Sedikit budu
  • Sedikit nise (gula melaka )
  • Sedikit gula putih
  • Air ikut suka ( tapi jangan terlalu banyak,nanti kuah menjadi cair )
  • bendi @ kacang mior.


Cara-cara
  • Asam jawa,cuka & garam digaul sebati.
  • Apabila sudah sebati barulah masukkan ikan & digaul rata.. ikan tadi di perap selama 1 malam didalam peti ais...
  • Setelah ikan diperap selama 1 malam,masukkan ikan ke dalam periuk
  • Kemudian masukkan semua bahan2 untuk kuah tadi ke dalam periuk ikan tadi,kecuali bendi...
  • Kemudian masakkan bahan tadi sehingga mendidih..apabila ikan agak masak,masukkan bendi,dibiarkan sekejap & tutup api...bolehlah dihidangkan...
 
P/s : SINGGANG IKAN LAGI SEDAP KALAU KUAHNYA JGN TERLALU BANYAK,KALAU KUAH TERLALU BANYAK SINGGANG AKAN MENJADI CAIR. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.023314 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top