|
Asus Chromebook Flip Diumumkan – Komputer Riba ChromeOS Dengan Dua Gaya Penggunaan Asus sedia menawarkan beberapa komputer riba berasaskan Windows yang hadir dalam beberapa rekabentuk, termasuk jenis dua-dalam-satu, flip dan sebagainya. Kini, dengan kerjasama mereka bersama pihak Google, Asus turut hadir dengan satu lagi variasi Chromebook dibawah mereka. ![]() Dinamakan sebagai Chromebook Flip, ia membawakan dua kaedah penggunaan, iaitu seperti komputer riba biasa, ataupun melipatnya dan menggunakannya sebagai tablet dengan sokongan skrin sentuh. Dari segi spesifikasi, Asus Chromebook Flip ini hadir dengan skrin bersaiz 10.1-inci, cip Rockchip 3288, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Google mengatakan ia akan dijual pada harga $249 (~RM923) di pasaran kelak. kredit:www.amanz.my
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
23-2-2026 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.270235 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.