CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ular Seberat 100 Kilogram Ditangkap

20-4-2015 11:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9304| Komen: 48

Ular Seberat 100 Kilogram Ditangkap



Gambar yang dimuat naik ke Facebook JPAM menunjukkan anggota pasukan berkenaan mengangkat ular sawa dianggarkan seberat 100 kilogram yang ditangkap di Kampung Pudu, Segamat, hari ini.

SEGAMAT, 17 April: Seekor ular sawa yang keluar dari habitatnya untuk mencari mangsa, ditangkap sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di Kampung Pudu, pada Jumaat.

Reptilia seberat 100 kilogram itu ditangkap, selepas dikesan beberapa penduduk kampung, ketika ia sedang bergerak secara perlahan berhampiran sebuah rumah penduduk.

Pegawai JPAM Segamat, Staf Muda Mohd Nazlan Ruslan berkata, ular sawa betina itu ditemui penduduk kira-kira jam 3.30 petang.

Katanya, empat anggota digegaskan ke lokasi reptilia itu ditemui, selepas pengadu menghubungi talian kecemasan 999.

“Kita membawa kelengkapan yang sesuai untuk menangkap ular tersebut, ekoran aduan yang diterima menyatakan reptilia itu bersaiz besar.

“Kerja-kerja menangkap ular tersebut agak mudah, kerana reptilia berkenaan tidak bertindak ganas, seperti sudah keletihan dan dipercayai keluar dari habitatnya untuk mencari makanan,” demikian menurut catatan dalam Facebook JPAM.

Beliau berkata, operasi menangkap ular tersebut mengambil masa lebih kurang 10 minit dan anggotanya turut mendapat bantuan penduduk kampung untuk dimasukkan ke dalam sangkar yang disediakan JPAM.

“Ular ini merupakan tangkapan ular kedua terbesar di daerah Segamat sehingga April tahun ini.

“Sebelum ini, pada 1 Mac lalu, kami berjaya menangkap seekor ular sawa yang hampir sama besarnya di Kampung Sepinang.

“Pihak kami akan menyerahkan ular ini kepada Jabatan Perhilitan Segamat untuk tindakan selanjutnya dan saya nasihatkan orang awam jangan terus bertindak sesuka hati, sekiranya terserempak haiwan ini, kerana bimbang boleh mencederakan dan mendatangkan bahaya,” ujarnya.

11

Bagus
15

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 17-4-2015 11:24 PM
Ingat kat pudu KL.. Amran ckp kat pudu byk ayam..tu yg ular sawa bleh extraordinary membesar
Quote sambaldurian 17-4-2015 11:33 PM
Mak aih seriau lihatnye, tu pun ade gak org minat kasut, beg kulit ular
Quote budakshinchan 17-4-2015 11:40 PM
ciannya lapo.. dok letih x larat.. tambahan plak cuaca panas kot.. mesti anak anak dia dok tunggu naper la ulo ni x balik balik bawak makanan #hukkkk
Quote Artemesiaa 17-4-2015 11:45 PM
Mak aiii besau nyer ulau
Quote cmf_premierleag 17-4-2015 11:47 PM
Ingatkan area pudu kolompo tadi
Quote miabebe 18-4-2015 12:00 AM
Wowww beso nye ulo
Quote FOTHER-MUCKER 18-4-2015 01:14 AM
cmf_premierleag replied at 17-4-2015 11:47 PM
Ingatkan area pudu kolompo tadi

Ular lapar yang cari ayam kat pudu KL tu aku rasa paling panjang pun 8inci je
Quote enchikfitz 18-4-2015 01:20 AM
dapat kat restoran Cina ni mesti dah selamat buat sup
Quote enchikfitz 18-4-2015 01:20 AM
dapat kat restoran Cina ni mesti dah selamat buat sup
Quote bellaa 18-4-2015 03:58 AM
Besar dan panjang..

Tatot bella tengok!
Quote TuntungReturn 18-4-2015 05:42 AM
kan ari tu ade yg ular sawa mkn org kt johor.kawan die kot
Quote mak_wa95 18-4-2015 07:04 AM
geli la..

xsanggup nak beli hbeg/kasut kulit ular..
Quote stinger_attack 18-4-2015 07:12 AM
mak_wa95 replied at 18-4-2015 07:04 AM
geli la..

xsanggup nak beli hbeg/kasut kulit ular..

Kau memang setakat plastik pasaraya Giants ngan bedroom selipar jerk yang seswai......



Quote nebulagazer 18-4-2015 07:29 AM
budakshinchan replied at 17-4-2015 11:40 PM
ciannya lapo.. dok letih x larat.. tambahan plak cuaca panas kot.. mesti anak anak dia dok tunggu na ...

Tak silap aku ular tak jganak dia
Smua bdikari trus
Quote spenderterselit 18-4-2015 07:34 AM
Besarnya..ni klo dapat kat cina elok je siang wat lauk
Quote MelahJanda 18-4-2015 07:34 AM
Laa lapola ye sampai kesudah x mkn
Quote rospinki 18-4-2015 07:57 AM
budakshinchan replied at 17-4-2015 11:40 PM
ciannya lapo.. dok letih x larat.. tambahan plak cuaca panas kot.. mesti anak anak dia dok tunggu na ...

lahaiii..sedih pulak aku dibuatnya. ye kan..ular ni terpaksa keluar cari makan mungkin dh lama berlapar cuaca panas keting plak..
Quote ntohapehapentoh 18-4-2015 09:03 AM
nebulagazer replied at 18-4-2015 07:29 AM
Tak silap aku ular tak jganak dia
Smua bdikari trus

ye bener, namo pun ulor... part jaga anak pun ngulor
Quote tumpanglalu74 18-4-2015 09:17 AM




Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.084072 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top