CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tak Goyang Akidah Hanya Pandang Salib'

20-4-2015 03:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 33962| Komen: 204

'Tak Goyang Akidah Hanya Pandang Salib' - Haniza Mohd Talha



Akidah umat Islam tidak akan goyah dengan hanya memandang lambang salib, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, Haniza Mohd Talha.

Katanya, tindakan sekumpulan orang menunjuk perasaan membantah sebuah gereja baru di kawasan berkenaan adalah "keji" dan menghina umat Islam, khususnya di kawasan itu.

"Mereka beranggapan akidah umat Islam sungguh rapuh. Hanya dengan ada gereja di kawasan itu dan menggantung salib akan membuatkan penduduk Islam berpaling dari Islam.

"Sikap keterlaluan itu telah memberi persepsi negatif terhadap Islam dan muslim. Kini, muslim dilihat sebagai taksub dan ekstrem sehingga menghalang orang bukan Islam mengamalkan agama masing-masing," katanya.

Kenyataan Haniza itu dikeluarkan ekoran tindakan beberapa orang mendakwa penduduk Taman Medan mengadakan protes terhadap sebuah gereja baru di kawasan berkenaan.

Mereka menuntut pihak gereja berkenaan menurunkan lambang salib pada bahagian luar bangunan itu kerana ia dibuat tanpa berunding dengan mereka.

Gereja itu dibuka tiga hari lalu di kawasan didakwa didiami majoriti penduduk Melayu beragama Islam.

Penunjuk perasaan juga mengencam Haniza dan menuduhnya "tidur" kerana gagal menangani isu berkenaan.

Media melaporkan, pengurusan gereja terbabit bersetuju dengan tuntutan itu selepas mengadakan perbincangan.

Haniza berkata, protes semalam itu juga adalah amalan politik sempit dan perkauman Umno.

"Tunjuk perasaan itu diadakan ahli Umno.

"Seorang daripada mereka ialah Munaliza Hamzah yang menjadi calon BN menentang saya dalam pilihan raya umum lalu," katanya.

Seorang lagi, kata Haniza, yang memperkenalkan dirinya sebagai ketua kampung, Abdullah Abu Bakar melakukan penipuan.

"Tidak ada kampung di Taman Medan.

"Dia adalah seorang pemimpin Umno di bahagian Petaling Jaya Selatan," katanya.

12

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
5

Sedih
9

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote the_killer 20-4-2015 12:04 PM
kat sumatera ada Medan....majoriti penduduk medan adakah keturunan dari indon sumatera? indon boleh klaim taman medan la ni...
Quote sarahmirza 20-4-2015 12:04 PM
Makcik tunjuk perasaan  tak menutup aurat.
Quote tebuanharimau 20-4-2015 12:06 PM
setuju dgn pandangan beliau
Quote scarflicious 20-4-2015 12:08 PM
Kesian umno. Dah x ada modal.
Quote MelahJanda 20-4-2015 12:10 PM
aku rasa baik tunggu penjelasan org yg buat church tu
Quote cmf_kunyit 20-4-2015 12:11 PM
merepek la semua ni, dah kering modal la tu...
Quote sarahmirza 20-4-2015 12:11 PM
Bila non-muslim komplen speaker kuat masa laung azan dan berceramah, ramai yang sibuk jadi jaguh kampung nak membela "Islam". Bila non-muslim bina gereja, gantung salib, ramai yang sibuk jadi jaguh kampung, pun membela "Islam" katanya.

Hujung-hujung, diri sendiri pun tak berapa nampak Islam, tanggungjawab pada keluarga pun lintang pukang, melayan anak isteri dengan baik pun tak mampu buat, tutup aurat pun tak sempurna tapi kecoh nak membela Islam macam dia sahaja orang Islam.

Memalukan.
Quote MelahJanda 20-4-2015 12:12 PM
kalo ko melayu ada 3 buah rumah je
tetiba ko buat surau kat kawasan kosong
perumahan ramai india cina

ko rasa berjaya ke tidak nak buat surau siap ada azan bagai?

sama je k...mesti ada suara suara sumbang yg takut tergugat
Quote gaara_X 20-4-2015 12:15 PM
depend ler......
Quote rawahah 20-4-2015 12:24 PM
dah tafaham aku..

kawasan majoriti cina, kalau azan kuat depa bising takpe,

dah kawasan majoriti islam, org islam marah salib besar2, nak back up pulak puak2 kapir tu.. sayang betul mereka ni kat pengundi kafir yek..

aku rasa betul dah penduduk membantah gereja kat kawasan islam.. tapi tu la, kalau dah campur dengan puak politaik...
Quote dodolgemok 20-4-2015 12:27 PM
Umno dan bimbo berpisah teda...nmpak salib terus murtad no wonder iman begitu rapuh smpai rasuah kanan kiri xpeduli
Quote jofizo 20-4-2015 12:28 PM
ehhh adun nih kt situ kan namanya kampung medan xkan tak tau....
Quote miabebe 20-4-2015 12:33 PM
Jgn woo..pandang berhala gold kt batu caves pon bergegar arash Allah..k..jgn la pandang n elak kn...lebeh baik pandang miangbebe
Quote cucumberkl 20-4-2015 12:34 PM
tengok muka makcik2 ni dh bole tau macai umNGOK
@Anak_Nogori xmo join ke demo geng pprt neh
Quote ajinomotonosuga 20-4-2015 12:39 PM
Edited by ajinomotonosuga at 20-4-2015 12:41 PM

ni bukan soal akidah

ini bab macam mana nak bersihkan pemikiran masarakat melayu islam dari terlalu banyak daki daki IMAGINARY

kene tau camna cara manusia end up jadi ORANG PERCAYA

kita seme tau bangsa melayu banyak kepercayaan karut or imagine bukan bukan

kita tau melayu kuat berangan sampai ada hikayat mat jenin

kita tau melayu kuo perumpamaan di sangkakan hantu rupanya tunggul

melayu dulu walo ustaz percaya kalo bewak lalu depan masa kuo umah itu bad omen or tanda sial

kita tau melayu ada ibadat puja pantai yang di amalkan satu masa dulu

dan ntah beribu macam lagi kepercayaan yang berasal dari MEMBAYANGKAN or imagining mende belum jadi or bukan realiti

1 percent aje idup seorang melayu berkisar bab realiti manakala lagi 99 percent soal khayalan or fantasi

masuk zaman moden mende cam ni terusan jadi PROGRAM MINDA melayu, mind conditioning cara moden misal alat media television wayang hiburan moden seme tu..peralatan aje berubah tapi SUBSTANCE tetap sama

yakni memberi BAYANGAN itu lebih indah dari realiti so jangan hidup dalam realiti, hidup saja dalam alam fantasi

itu yang sebenar merangkum hidup masarakat melayu baik kuno mahu pun moden

itu yang buat kismis jampi laku, perobatan cara islam laris dan percaya tukang halau jin dan mende cam histeria terusan berleluasa di kalangan budak melayu

mende ni aku ibaratkan daki yang melekat di otak masarakat melayu berkurun lamanya

makin buruk bila melayu baru or moden masih tak faham mende cam nih..lagi suka campak mende cam brim dari suruh rakyat dia keje kerassssssss keje kerasssss rajinkan diri usaha kerasssss save duittt jimattt etc

mende macam KETUANAN MELAYU itu pun halusinasi gak, angan2 fantasi khayalan gak

realiti nya tuan jadi drebar cina, jadi kuli bukan melayu dan jadi pak gad..apa jenis TUAN nih?

so kenapa tadak usaha bebaskan melayu dari pemikiran yang boleh buat depa 'otomatik' jadi paranoid, jadi phobia dengan REALITI hidup di mana bukan melayu lebih kaya berada pandai dan kuat bekeje dari depa?

kalo orang islam sepatutnya depa ada kelebihan pasal tuhan dah janjikan kelebihan itu seme dalam quran

tapi pasai pa sebaliknya jadi negatif? tang mana silap nya

sapa paling suka cite dan buat pelem seram? dok sampai ada muzium hantu? konon nya paranormal

berlomba2 buat cite hantu kendian takut pada BAYANG BAYANG sendiri..bukan ke keje bodoh namanya?

pasai pa nak takut salib walo beso godzila? tu cuma kayu or besi aje

pasai pa nak takut hantu? itu cuma syaitan dok nak pedaya keturunan adam a.s.

kalo kalo kepala otak penuh khayalan fantasi imagine mende bukan realiti yang belum di alami..lama2 mende tu jadi real lah, jadi pengalaman yang bakal kita tempohi, tu yang tunggul pun di sangka hantu

kene ugut kene gertak kene cakap skit mula goyah mula kendur mula MUDAH TERPEDAYA

pasal otak tu penuh karat..tadak self development membersihkan karat2 dalam otak, aturcara or program baru yang lebih baik dan tambah nilai pada positif diri
Quote R2D2 20-4-2015 12:39 PM
harap2 geng2 demo tu imarahkan masjid/surau berdekatan
Quote batmana 20-4-2015 12:47 PM
patutnya mufti wilayah pi turun, pastu tampar je set2 yg buat demo ni..
malukn umah aja..
Quote ajinomotonosuga 20-4-2015 12:53 PM
rawahah replied at 20-4-2015 12:24 PM
dah tafaham aku..

kawasan majoriti cina, kalau azan kuat depa bising takpe,

bukan nak bek up kapir..kalo depa cuma 10 oang dalam 1 juta penduduk kampung tu orang islam pun, depa nak letak salib beso kingkong DUIT DEPA SENDIRI biiaq pih lantak depa..kalo seme prosidur majlis bandaran dah di patuhi..kalo di luluskan di benarkan

kalo bantah hanya alasan takut rosak akidah..baik oang islam pi study lagi apa natang akidah tuh

kita hidup bukan jenis ikut sapa pun..kita ada quran dan sunnah

zaman nabi hidup pun di madinah ada majusi, ada yahudi, ada nasrani..depa nak buat apa suka ati depa laa dah itu kepercayaan depa

kalo depa nak dakwah sebar kepercayaan depa pun lagi bagus..baru ada peluang dapat berdiskas pasal ketuhanan

kalo ada nak murtad nak ikut kepercayaan depa pun..biaq pih, biaq Allah swt yang setel, asalkan jaga hubungan kemanusiaan

kalo depa yang murtad dok serang dengan bentuk perang minda or psikoloji warfare terpaksa lah orang islam kene ikut kekdah yang sama, sebab itu perintah quran

tapi kalo ko dah percaya hanya kepercayaan ko aje benar dan ko sanggup mati dalam hal ini kenapa ko nak takut apa pun , tunggul di sangka hantu, takut pada bayang sendiri dan terbukti sebenar nya diri kita yang lemah segala nya

toksah cite lemah iman lemah batin seme tu..lemah pelajaran lemah kewangan lemah harta benda jugak..segalanya lemah zahir batin lemah..dan masih nak tunjuk kuat hanya sebab itu tanah tok nenek kita so kene berlagak kuat tapi sebenarnya lemah segala..

itu realiti sebenar melanda melayu islam, bukan salah sapa pun dan bila kita mula tuding orang lain yang salah maka bermula ler segala negatif sampai berperang berbunuhan macam di syria tuh

aku kasik soalan mudah je nak faham, misal ada tentera bukan islam berperang tentera islam so tentera bukan islam dok guna semua kekdah yang ada malah depa bunuh budak kecik oang tua pompuan di rogol habis dan semua penduduk kampung orang islam habis kene MASSACRE so bila tentera islam berperang depa kene ikut cara cam tu gak kah?

itu namanya ujian Allah swt, itu yang aku kata orang islam hari ni NAK JADI TUHAN, tuhan yang sesatkan dan kasik hidayah kat sapa dia kehendak tapi manusia or orang islam mesia tau sapa rosak akidah dan depa nak jaga akidah manusia lain so depa buat peraturan macam2 konon nak pertahan akidah so pantang nampak salib, nampak babi, nampak anjing mula depa rasa lebih suci dari segalanya

tak btui ka aku cakap seme nih?
Quote sabbath_shalom 20-4-2015 12:55 PM
Kahkahkah...setuju dgn akak Haniza...

Siapa la yg termurtad pandang salib atau hati tu yg busuk?

Lawak la...

Lihat semua komen(204)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.138885 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top