CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencarum Tak Minat 4 Cadangan Penambahbaikan Skim Kwsp!

22-4-2015 03:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13375| Komen: 102

Pencarum Tak Minat 4 Cadangan Penambahbaikan Skim Kwsp!


PETALING JAYA – Simpan sahaja cadangan anda, tunjukkan wang kami hanya ketika kami berusia 55 tahun!

Demikian pendapat majoriti pembaca The Star yang terlibat dalam undian terhadap empat pilihan yang dicadangkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Majoriti daripada mereka memberi maklum balas terhadap dua pilihan dalam cadangan pertama iaitu untuk menganjakkan umur pengeluaran penuh daripada umur 55 ke 60 tahun secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun.

200 rakyat Malaysia yang menjawab pungutan suara selama dua hari mahukan pilihan ketiga, iaitu menolak kedua-dua pilihan dan hanya berpegang kepada keadaan sekarang.

Tony M. Yong di dalam Facebooknya berkata KWSP tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan seperti itu.

“Siapakah anda untuk memutuskan bila kami boleh mengeluarkan wang kami sendiri? Anda hanya penjaga. Jadi jangan buat keputusan untuk kami, okey?” katanya.

Pada masa ini, pencarum boleh membuat pengeluaran separa KWSP pada umur 50 dan pengeluaran penuh simpanan selepas bersara pada usia 55 tahun.
“Kami tidak berminat dengan pilihan-pilihan anda. Biarkan saja pada usia 55,” kata Ranjeet Kaur Sandhu.

Napsiah Wan Salleh berkata pengeluaran pada usia 60 adalah tempoh yang terlalu lama untuk menunggu.

“Seseorang itu mungkin meninggal dunia ketika menunggu dan tak mendapat apa-apa. Jika kerajaan tidak mempunyai wang untuk membayar bahagian caruman, maka ia adalah satu keadaan yang buruklah,” tambahnya.

Seorang lagi pembaca, Kow Elainee, berkata KWSP sepatutnya membiarkan pencarumnya yang berhak membuat keputusan bagaimana untuk menguruskan wang mereka sendiri.

“Tolonglah, saya benar-benar memerlukannya. Jangan mengkucar-kacir dan mengubah semua peraturan. Tolonglah, KWSP,” katanya.

Bagi Mclare Ling, adalah sesuatu yang tidak kena apabila KWSP membuat pencarum merayu untuk mendapatkan wang sendiri’.

Walaupun ada sesetengah pencarum yang mahu membelanjakan wang hasil titik peluh mereka untuk bercuti, beberapa yang lain menyuarakan rancangan berlainan terhadap bayaran pencen sekali gus itu.

“Sudah pasti 55! Jadi saya boleh menyimpannya dalam Tabung Haji dan ASB!” Kata Asmah Mohd Zam.

Nick Teh berkata ia perlu dikekalkan pada usia 55 memandangkan ramai pencarum mempunyai banyak rancangan terhadap wang mereka.

“Ia adalah bertentangan dengan perjanjian yang dipersetujui pada hari pertama kita mencarum, iaitu pengeluaran penuh pada usia 55 tahun.

“Oleh itu, sebarang perubahan adalah sama dengan perlanggaran kontrak (tidak sah),” katanya.


Sithaletchemy Krishnaiyer meminta badan itu untuk mendengar permintaan rakyat.
“Kami adalah penyumbang, itu wang kami.

“Jika begitu bimbang tentang kami, mengapa tidak menganjurkan kursus pengurusan wang dan kursus pelan kekayaan?”

Oh Kean Aik mengambil pendekatan 1Malaysia kepada masalah ini dengan menyatakan jawapannya dalam pelbagai bahasa tempatan.

“55, fifty five, lima lima, wu wu (Mandarin), Anji Anji (Tamil)! Faham?” katanya.

Samuel Lai adalah antara 9.5% yang menyokong pilihan kedua dalam cadangan pertama, kerana pencarum masih dapat mengeluarkan wang yang mereka ada pada usia 55 sebelum simpanan mereka terkunci untuk selama lima tahun lagi.

“Lima tahun lagi, masih dalam senario yang sama, jika masih dalam pekerjaan,” katanya.

Seorang peguam bela, Ridzuan Abd Rahman, berkata dia dan isterinya mempunyai perancangan kewangan mereka sendiri menjelang usia 55 tahun.

Ramai yang menyifatkan cadangan ketiga KWSP sebagai mengarut di mana dividen akan terus dibayar kepada ahli-ahli yang memilih untuk menyimpan wang mereka sehingga mereka mencapai umur 100.

“Berapa ramai daripada kita akan hidup sehingga 100 tahun? Walaupun kita masih hidup pada usia ini, wang itu boleh digunakan untuk apa? Waktu itu sudah tidak boleh berjalan dengan betul, tiada gigi untuk menikmati makanan yang sedap-sedap,” kata Sally Ng.

Ada juga yang datang dengan cadangan-cadangan alternatif, seperti Abu Yazeed yang mencadangkan pengeluaran fleksibel dari peringkat umur 45 ke 55 tahun kerana kebanyakan pencarum sudah mahir dalam menguruskan kewangan mereka sendiri.

“Dan untuk kebaikan semua orang, melanjutkan pengeluaran kepada usia 60 tahun adalah satu langkah yang teruk dan bodoh,” katanya.
Maklumat mengenai cadangan dan pilihan boleh didapati di laman web myEPF di www.kwsp.gov.my.

mStar Online

7

Bagus
11

Marah
13

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NIXAReturn 22-4-2015 01:49 PM
anji  anji...../////
Quote mattzzx 22-4-2015 01:49 PM
UMur dah 55 tahun, cukup pandai dan berpengalaman utk menguruskan duit mereka sendiri...........
Quote dinamokiev 22-4-2015 01:52 PM
Yielek! Amma...
Quote nurul_akmar 22-4-2015 01:52 PM
umur 100???
Quote blastoff 22-4-2015 01:54 PM
“55, fifty five, lima lima, wu wu (Mandarin), Anji Anji (Tamil)! Faham?” katanya.


lawak betul la haih

Quote ais_kosong 22-4-2015 01:54 PM
sibuk nk manage duit org..
Quote julia5094 22-4-2015 02:00 PM
Anji..anji...kabe nehi...
Quote julia5094 22-4-2015 02:01 PM
55 yrs tu dah cukup terseksa nk tggu duit sundri...inikan pulak 60 taun...yillek2..
Quote haryatie 22-4-2015 02:04 PM
100.....
cam lawakk jerkkk...
Quote go_kart 22-4-2015 02:05 PM
seboookkk jer nk jaga duit org lain puiih
Quote pittjie 22-4-2015 02:08 PM
rasa2 kwsp (atau org2 yang berkenaan) nak ke dgr yg semua pencarum ni nak anji anji? yo yo oo suruh isi borang reseach ... kut ya keputusannya telus. karang tiba2 suka2 dia kata hasil kaji selidik .. pencarum yang nak umur pengeluran pada 60 tahun adalah lebih ramai berbanding yang nak pada umur 55. guano tu?
Quote krisp 22-4-2015 02:08 PM
Kalau 55 tahun tak tau manage duit, takkanlah extra 5 tahun tiba2 jadi bijak.
Quote anisania 22-4-2015 02:09 PM
haihhhh geram je dgr cadangan cadangan yang langsung tak berguna.... 100 tahun.. nape tak tulis terus 1000 tahun. upss lupa, tanda kecil kiamat dah banyak.
Quote apidural 22-4-2015 02:19 PM
Hmmmm....suka hati lah nak watpe dgn duit tu..kwsp patutnya cuma tolong simpankan
Quote gekkou 22-4-2015 02:22 PM
orang bagi amanah suh simpankan duit tu
tak suruh pn KWSP pandai2 letak syarat itu ini
suh staff KWSP aje yg simpan duit sampai 100 thn
itu pn ntah2 esok mati
Quote ctaz 22-4-2015 02:25 PM
Tony M. Yong di dalam Facebooknya berkata KWSP tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan seperti itu.“Siapakah anda untuk memutuskan bila kami boleh mengeluarkan wang kami sendiri? Anda hanya penjaga. Jadi jangan buat keputusan untuk kami, okey?” katanya.


Ayat paling WIN.....
Quote Vellfire 22-4-2015 02:29 PM
memang patut kekal kan aje yg diguna sekarang ni...

korang perasan tak... citer pasal kwsp ni dah tengelamkan citer GST
Quote CrowneGlory 22-4-2015 02:36 PM
Ramai bodo setakat 55...tetiba tadaaaa plus 5 yrs jd bijak pulak manage duit... Maslan betul...

tp komen kwsp sebg penjaga saja paling best...
Quote monyet02 22-4-2015 02:37 PM
sesuka hati je dia nak control duit kita

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.202819 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top