CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahmad Maslan Dedahkan Bukan Kerana Gst Barang Naik

22-4-2015 06:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23167| Komen: 194

Ahmad Maslan Dedahkan Bukan Kerana Gst Barang Naik


Datuk Ahmad Maslan mendakwa peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan adalah peniaga yang menyokong pakatan pembangkang.

Timbalan Menteri Kewangan itu mendakwa, peniaga pro pembangkang sengaja berbuat demikian supaya rakyat marah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, tindakan peniaga itu hanyalah bertujuan mahu mengagalkan hasrat baik kerajaan BN melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Peniaga-peniaga yang sokong pembangkang tidak akan jayakan inisiatif baik kerajaan BN. Mereka suka ‘sabotaj’ ekonomi negara ini,” katanya di status Facebook.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, pelaksanaan GST adalah telus kerana ia dimasukkan dalam resit tiap kali membeli berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang tidak telus kerana ia telah termasuk dalam harga barang harga yang rakyat Malaysia tidak perasan.

“Rakyat Malaysia tiba-tiba menjadi tambah celik kewangan bermula (1 April). Dulu tidak pernah simpan resit barang-barang yang dibeli, sekarang dibaca, disimpan dan di WhatsApp ke seluruh dunia,” katanya.

Ahmad Maslan sekali lagi menegaskan, tidak semua barang dikenakan GST, apabila peniaga yang pendapatan kurang RM500,000 setahun tidak dikenakan GST, malah perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, sewa rumah dan urusan kerajaan juga sifar GST.

Tegas Ahmad Maslan, beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya beliau berhenti bercakap dan menghapuskan GST, kerana tindakan sedemikian akan memberikan kemenangan kepada pembangkang untuk terus merosakkan minda rakyat.

“Saya tidak akan berhenti menjelaskan yang GST lebih baik daripada SST. Anda boleh ikuti penjelasan GST saya dlm twitter ,” katanya.


Sumber

19

Bagus
15

Marah
34

Terkejut
42

Sedih
25

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (168 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rantaikendoq 22-4-2015 05:10 PM
hahahaha.....very very funny man....muntri tu muntri...
Quote halimi78 22-4-2015 05:13 PM
Datuk Ahmad Maslan mendakwa peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan adalah peniaga yang menyokong pakatan pembangkang.


aritu dah salah peniaga cina... peniaga melayu maksum...
arini salah peniaga yg sokong pembangkang...
so.. what next? kad apa lg nk main?
Quote kikuri 22-4-2015 05:15 PM
dah dah la dok memaslan kan rakyat.
Quote fairy_fairy 22-4-2015 05:18 PM
Kesian okeh dengan peniaga2 yang income less than 500k tu. Diorang beli barang2 ada GST. Bayar electric and sewa kedai pun dah ada GST. Bila naikkan harga, kena maki pula oleh customers. Two uncles di kampung ni dah ada ura2 nak tutup..
Quote ryer25 22-4-2015 05:18 PM
sebenarnya ni suma salah tun m
Quote funnyTONE 22-4-2015 05:22 PM
pakcik masuk la MLM tahun ni...sy sanggup undi
kompom menang sbb sentiasa n tak pnh gagal memberikan statement yg lucu
Quote Madel 22-4-2015 05:23 PM

Aku pegi gunting rambut pun kena caj gst%..otak dia
Alasan aunty tu electric, sewa kedai kena gst..
Quote degurlz 22-4-2015 05:28 PM
aku sebagai peniaga tak setuju dengan kenyataan menteri Ahmad Maslan ni..
Ini bukan soal sokong pembangkang atau kerajaan..ini soal untung dan rugi.kalau barang input dh kena GST ..sudah semestinya barang output pun kena GST.


Remark: Aku baru smlm pi kursus GST lagi untuk kali kedua untuk tambah ilmu (tp blur2 lagi)
Quote bellaa 22-4-2015 05:28 PM
Madel replied at 22-4-2015 05:23 PM
Aku pegi gunting rambut pun kena caj gst%..otak dia
Alasan aunty tu electric, sewa kedai ken ...

nampaknya awk kena tipu dengan tokey kedai..

3 april aku p rebonding & kaler rambut.. xde gst pon..

siap tokey saloon cakap
' kami bukan jual barang mentah. kami jual perkhidmatan saja '

Quote ANTUGIGI 22-4-2015 05:35 PM
bangangnya statement...

tak tau lak aku TNB tu sokong pembangkang..hahahha

da dorang kena bayar GST, dorang caj la kat pengguna cam kita ni.

contoh MIL aku meniaga kedai runcit, kilang naikkan harga keropok. takkan mil aku nak jual harga lama, mesti la kena jual harga baru. maslan ni bodoh bangang abadi la. memang la kilang tu leh claim balik kat kastam, tapi pesal harga naik tu dia kata gst? abis tu MIL aku peniaga kecik tu kena tangung GST tanpa boleh claim kat kastam pastu jual harga murah. baik MIL aku tutup kedai je.

akal tarak la orang tua maslan ni. nasib baik bukan bapak aku. kalau bapak aku. da lama aku kunci uma jangan keluar bagi sttment bangang.
Quote dewi 22-4-2015 05:41 PM
byk tul penyokong pembangkang yer , semua TELCO tuh... TNB,  ASTRO, .....panjang lagi list nih






Quote straycat 22-4-2015 05:42 PM
Mudah sekali menuduh peniaga. Letaklah diri di tempat peniaga. Bukan sengaja-sengaja naikkan harga. Apa ingat GST tu tak incur cost pada peniaga? Alangkan sistem cashier tu pun kena keluar duit untuk upgrade sistem mesra gst. SOP bertambah. Kerja siapa nak kira berapa gst nak kena bayar pada kerajaan, berapa nak kena claim. Semua ini kos, wak! Sudahlah claim setahun sekali, tapi gst kena bayar tiap2 bulan. Habis, camne nak rolling duit? Susah hati peniaga kecil taaauuu....
Quote apitkl 22-4-2015 05:43 PM
memaslankan diri btuiii dia nih haahahaha
Quote zidane_ziege 22-4-2015 05:44 PM
nk lepaskan tekak..salahkan peniaga..senang buat duit..
Quote straycat 22-4-2015 05:45 PM
Roti Gardenia naik 5 sen tau, Wak. Syed Mukhtar Bukhari pun penyokong pembangkang ya, Wak? :::
Quote roy3 22-4-2015 05:45 PM
Cer beli kt station minyak .harga mmg naik based on gst.harga pn 4.03,2.98.sume pn sx genap..last2 5sen skang jd sgt laku
Quote kecimpret 22-4-2015 05:47 PM
digi maxis celcom sapot pembangkang rupanya



Quote yaminz 22-4-2015 05:51 PM
baru tau rupa nyer peniaga2 smua support pembangkang...
Quote sranua 22-4-2015 05:51 PM
Bila orang bodoh berbicara..bila brcakap tak boleh nak lawan bodohnya...

Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.211818 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top