CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gst: Mufti Dan Ahli Akademik Sindir Ahmad Maslan

27-4-2015 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14144| Komen: 73

GST: Mufti dan ahli akademik sindir Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR: Ahli akademik Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof menyindir Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang membuat kenyataan memperkecilkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menerusi Facebook peribadinya, Dr Mohamad Agus meminta supaya debat di antara Dr Mahathir dan Ahmad diadakan untuk mencari siapa sebenarnya yang tidak faham dalam isu GST.

"Apabila Datuk Ahmad Maslan cakap Tun Mahathir tidak faham GST, saya fikir ada baiknya kedua-dua pemimpin ini berdebat secara terbuka.

"Saya ingin melihat siapa yang lebih faham.

"Yang pastinya saya tidak rasa GST menyebabkan harga barang turun seperti mana dakwaan Datuk Ahmad Maslan. Jadi, siapa sebenarnya yang tidak faham?" tulis beliau.


  Tulisan Dr Muhamad Agus di laman Facebook peribadinya



Selain Dr Mohamad Agus, mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyindir Ahmad dalam isu yang sama.

"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak dibandingkan Tun M?" soal beliau menerusi laman Facebooknya hari ini.

Dr Mohamad Agus dan Dr Mohd Asri mengulas kenyataan Ahmad yang mendakwa Dr Mahathir masih belum memahami sepenuhnya maksud GST sehingga dilihat mahu mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang jelas lebih tinggi cajnya kepada rakyat.

Dalam nada yang lebih sinis, Dr Mohd Asri berkata mereka yang dilihat oleh rakyat sebagai kurang cerdik tidak sepatutnya diberikan tugas penting.

"Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik), tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri. Persoalannya, apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?

"Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?" soal Dr Mohd Asri.


  Tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abdidin di laman Facebook peribadinya.



6

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingTomey 26-4-2015 04:47 PM
mad maslan ni hantar tuner kereta kawan saya yag dok kat putrajaya tu pun bole
Quote tepisket.. 26-4-2015 04:48 PM
Dia ni kuat sgt kipas lecturer kot time blaja. Biasa aku tgk kaki kipaas ni mmg berjaya sesangat. Berjaya jadi macai
Quote all4rez 26-4-2015 04:51 PM
Safee = bodoh dan kurang cerdik... jadi Safee Sali?
Quote airfilterkotor 26-4-2015 05:01 PM
Menteri Kewangan sorang ni meme kerja dia jaga GST saja kaa?

Heran sungguh aku pada dia ni.
Quote bungarose 26-4-2015 05:18 PM
Zahid hamidi tak nk ambil tindakan ker atas komen peribadi thadap menteri maslan
Quote annehuda 26-4-2015 05:21 PM
sape sbnrnye yg faham GST? yg lhdn paham tiap2 bulan kutip cukai 6%. rugi rakyat jugak
Quote obelisk 26-4-2015 05:24 PM
Reti jugak prof agus ketawa bunyi huhuhu.. aku igt huhuhu tu ketawa budak bbnu
Quote ultra78 26-4-2015 05:24 PM
Menteri Kewangan I jaga 1MDB
Menteri Kewangan II jaga GST

Dua-dua melingkup

Quote bangcak 26-4-2015 05:25 PM
airfilterkotor replied at 26-4-2015 05:01 PM
Menteri Kewangan sorang ni meme kerja dia jaga GST saja kaa?

Heran sungguh aku pada dia ni.

elok bijan bukak satu post baru
"menteri gst"
supaya tak menjejaskan tugas asasi menteri kewangan
Quote apam 26-4-2015 05:26 PM
Lerr,,,,,ingatkan prof finance/akaun ke yg bersuara, rupanya prof selebriti dgn tok mufti serba segala semua tahu major in taxation katanya............
Quote protonpersona 26-4-2015 05:28 PM
hari2 org kutuk bodoh...berkat maki hamun rakyat...mmg betul2 jadi bodoh menteri sorang ni
Quote HOHA 26-4-2015 06:07 PM
Aku rasa AHmad Maslan ni patut ditangkap sebab membuat serangan pribadi keatas diri sendiri. dengan bercakap benda tak cerdik.
Quote Esmiria 26-4-2015 06:32 PM
ultra78 replied at 26-4-2015 05:24 PM
Menteri Kewangan I jaga 1MDB
Menteri Kewangan II jaga GST

Awwwww...... nice info. i love this.
Quote Esmiria 26-4-2015 06:32 PM
tepisket.. replied at 26-4-2015 04:48 PM
Dia ni kuat sgt kipas lecturer kot time blaja. Biasa aku tgk kaki kipaas ni mmg berjaya sesangat. Be ...

Cgpa????????????
Quote akubest 26-4-2015 06:56 PM
aku rasa mad maslan ni patut dikenakan charge under akta hasutan...
menghasut orang menjadi bodohhh...wakakakkakaa
Quote sgbuloh 26-4-2015 07:06 PM
dr muhamad agus tu pun macam tapir gunung jugak otak dia.

apa kelas nak bwk ahmad maslan debat dengan mahathir?
Quote ice_sky92 26-4-2015 07:21 PM
Selayaknyalah Ahmad Maslan diperli.....

Aku tak dapat bayangkan perasaan keluarga Ahmad Maslan nak hadapi semua ni. Satu Malaysia meyumpah kot dengan kenyataannya yang bodoh....

Patutlah makin bodoh ye...Dah satu Malaysia cakap benda yang sama......
Quote lavaswitch 26-4-2015 07:23 PM
ice_sky92 replied at 26-4-2015 07:21 PM
Selayaknyalah Ahmad Maslan diperli.....

Aku tak dapat bayangkan perasaan keluarga Ahmad Maslan na ...

jum mahgrib...

jangan jadi bodoh tinggal tinggalkan solat..


wasalam.






Quote nenekglamer 26-4-2015 07:35 PM
Urm.. aku ingat aku sorang tak paham GST (napa harga tak turun ponn???) but then, aku bukan economist.

So, erm.. I am not alone I guess...

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 1.194093 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top