Keputusan tersebut diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM 1). Chong Wei sebelum ini didapati gagal dalam ujian doping yang boleh menyebabkan kareer beliau digantung selama 2 tahun. Beliau yang diadili oleh panel Persekutuan Badminton Dunia (BWF) didapati bersalah selepas menggunakan bahan terlarang Dexamethasine ketika Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark pada tahun lalu.
Penggantungan ini,memberikan sinar baharu kepada negara kerana Chong Wei bakal beraksi dalam Piala Sudirman dan Kejohanan Dunia di Jakarta Ogos depan. - CARI Infonet |
ADVERTISEMENT