Dalam Naza World Auto-Mania 2015 yang berlangsung pada hujung minggu lalu di Petaling Jaya, Cherolet Malaysia telah pun memperkenalkan model Colorado Sport Edition. Tampil dengan imej yang lebih agresif dan garang, pikap ini dijual pada harga atas jalan RM138,967.36, berserta insurans. Colorado Sport Edition ini dibina berasaskan model sedia ada Colorado 2.8 LTZ Muscle Edition (RM113,781.76 dengan GST) tetapi ditampilkan dengan sedikit elemen baharu termasuk tujuh bahagian kit badan (termasuk gerbang roda yang lebih lebar), rim 18-inci dengan tayar prestasi tinggi dan roll bar belakang yang lebih sporty. Padanan kit badan ini sekali gus telah menambahkan imej yang lebih agresif dan sporty buat Colorado Sport Edition ini. Bahagian kabinnya juga turut diberikan sedikit sentuhan lebih sporty dengan penampilan kulit upholstery SE. Malah kali ini, model Colorado turut dilengkapi dengan kamera undur. Tidak cukup sekadar gaya, Colorado Sport Edition juga hadir dengan pakej suspensi yang lebih sport, dimana keselesaan pemanduan dan pengendaliannya telah dipertingkatkan. Ini termasuklah ketinggiannya telah direndahkan sedikit, memberikan rupa yang lebig agresif. Bagi pakej Sport Edition ini, pembeli juga mempunyai pilihan untuk memiliki lampu nyalaan siang LED, roller cover untuk bahagian belakang serta pek prestasi. Colorado Sport Edition dijanakan oleh enjin 2.8 Duramax turbodiesel dengan kuasa 193 hp dan tork 500 Nm. kredit:www.infokereta.com
|
ADVERTISEMENT