CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Kisah Tragis Pengidap Aneroxia

30-4-2015 11:15 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4530| Komen: 7

1. Doktor kembar pengidap aneroxia tegar
Mereka merupakan doktor kembanr yang yang berpengalaman, namun mereka juga tidak terlepas daripada penyakit yang membunuh ini. Micheala dan Samantha Kendall lama berjuang mengatasi Aneroxia ini. Mereka merupakan pasangan kembar pertama yang menjadi perhatian selepas berusaha mengubah nasib yang menimpa diri mereka. Malangnya Michaela mati pada 1994 diikuti oleh Samantha yang membunuh diri pada 1997.

2. Model lelaki ini yang mati kerana aneroxia

Jeremy Gilitzer dahulunya merupakan seorang model lelaki yang sado. Dengan memiliki 6-pack dan rupa yang memukau, dia mampu untuk menarik perhatian ramai orang.Tapi sebenarnya ramai tidak mengetahui, disebalik tubuh yang gagah ini dia juga pengidap tegar aneroxia. Dia yang melalui regim latihan tanpa henti dengan kelaparan yang kronik, dia mengecut sehingga tinggal rangka. Dia mati pada 2010 dengan berat badan hanya 30kg.


3.Gadis ini yang berjalan selama 12 jam sehari untuk kurus
Walaupun berjaya mengatasi masalahnya aneroxia dan kembali normal, Lauren Bailey pernah berada di zaman kegelapan selama 10 tahun kerana aneroxia. Beratnya yang purata sama seperti budak berusia 5 tahun, hampir meragut nyawanya ketika dia berusia 26 tahun. Dia juga memberitahu dia akan berjalan dari pukul 6 pagi sehingga 6 petang semata-mata mahu kurus.

4.Disebalik badan yang menjadi kempen 'No Aneroxia'
Mungkin ada yang pernah melihat kempen yang di jalankan di US ini. Kenalkan namanya Isabelle Caro, seorang model berani untuk menggunakan badannya sebagai subjek betapa ngerinya menjadi seorang pengidap aneroxia. Dia sendiri yang mengidap aneroxia nervosa sejak berusia 13 tahun mahu memberi kesedaran kepada orang ramai bahaya yang bakal dihadapi oleh pengidap aneroxia. Namun, perjuangannya terhenti pada tahun 2011 setelah mati akibat terlalu kurus.

5.Ibu yang menderita 'pregorexia' giat menentang masalah berat badan
Sementara wanita lain yang mengandung menanti masa perut mereka menunjukkan 'baby bump', lain pula kisahnya bagi Maggie Baumann yang sememangnya merasakan ia mimpi ngeri buatnya.
'Sewaktu saya mandi, saya perasan perut saya membesar dan ini bukan suatu yang menggembirakan saya.Saya tak ingin bayi ini dan seboleh- bolehnya ingin menyorok bayi ini.'
Maggie pula gigih bersenam sehingga hatinya mengalami masalah serta hampir keguguran akibat daripada senaman yang keterlaluan. Sewaktu mengandung, Maggie melakukan aktiviti seperti berlari, berbasikal, bola tampar sehingga kandungannya mencecah 9 bulan.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote nuzulai 7-5-2015 01:20 PM
mayaBB: Cemane dorg bole nampak tulang tu seksi.. kalau tak kenapa la org xmakan tulang je.. buang isi.. huhu.. sakit otak la dorunk ni
dorunk tu ape.. hihi
Quote starbee 6-5-2015 11:50 AM
dorg terlalu taksub dgn berat badan... bayangkn naik 0.5 kg pon dh susah hati... then berhempas pulas nak kurus lg... mental sungguh... sekarang gemuk is owesome...
Quote mayaBB 6-5-2015 12:04 AM
Cemane dorg bole nampak tulang tu seksi.. kalau tak kenapa la org xmakan tulang je.. buang isi.. huhu.. sakit otak la dorunk ni
Quote kupuku 5-5-2015 10:54 PM
Kesiannn
Quote Natsu_Dragneel 4-5-2015 09:35 PM
mak aihhh
Quote slipar_jepon 3-5-2015 09:13 AM
gile nak kurus dorg ni.
Quote tightcherry 1-5-2015 08:55 AM
Kat msia jarang ada sakit mental mcm ni.. Byk yg mati sb terlebih mkn je.. Kencing Mans,Darah tinggi

Lihat semua komen(7)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.026722 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top