CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga asing monopoli 100 peratus

5-5-2015 12:20 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 8547| Komen: 50



  • Peniaga warga Bangladesh juga mengusahakan premis gerai makanan dalam pasar berkenaan.
                                                                           
  • Pelanggan pasar juga kebanyakannya terdiri daripada warga asing.



Pasar basah Taman Seri Muda yang hampir 100 peratus dikuasai peniaga warga asing.                                                                     


SHAH ALAM – Berkunjung ke dua buah pasar di Taman Seri Muda, Seksyen 25 boleh membuatkan pelanggan keliru memandangkan suasana dan persekitarannya tidak ubah seperti berada di Dhaka, ibu negara Bangladesh.

Tinjauan Sinar Harian di pasar basah dan pasar terbuka Taman Seri Muda sangat mengejut kerana hampir 99 peratus peniaga di situ adalah warga asing, terutamanya dari Bangladesh.

Bukan setakat peniaga, malah pengunjung juga terdiri daripada orang luar.

Kebanyakannya membuka perniagaan menjual ayam, sayur malah turut mengusahakan premis gerai makanan juga pakaian.

Ternyata suasana ini menyebabkan peniaga dan pelanggan tempatan berasa tidak selesa.


Lesen disewa kepada warga asing

Seorang peniaga tempatan yang mengusahakan perniagaan santan dan cili boh, Rosman Ibrahim, 47, berkata, kebanjiran peniaga warga asing ini berleluasa sejak enam tahun kebelakangan ini.

“Dah 18 tahun saya berniaga di pasar basah ini, keadaan sekarang tidak sama seperti dahulu.

“Kebanyakan pemilik gerai lebih gemar memajak atau menyewakan lesen perniagaan mereka kepada warga asing untuk diusahakan,” katanya.

Menurut Rosman, warga tempatan bertindak mengalibabakan lesen perniagaan kepada warga asing membuatkan suasana di pasar ini berubah wajah 100 peratus.

“Boleh dikatakan 99 peratus peniaga di sini warga asing manakala secara keseluruhannya cuma 20 peratus pemilik lesen berniaga, namun mereka masih menggaji warga asing sebagai pembantu.

“Pelanggan sering merungut, malah ada juga yang menyampah dengan situasi ini lantas memilih untuk berpindah keluar dari kawasan Seri Muda,” katanya.

Menurutnya, setiap kali Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan serbuan dan ‘spot check’, pemilik lesen iaitu warga tempatan pasti akan mendapat maklumat awal, jadi mereka bergegas datang ke pasar dan berlagak seperti peniaga biasa.

Manakala seorang penjual buah, Eddy Mohd Nor, 30, berkata, peniaga warga asing ini turut menggugat perniagaan orang tempatan kerana mereka menjual dengan harga rendah.

“Tindakan pemilik lesen ali baba ini merencatkan periuk nasi peniaga tempatan,” katanya.

Sementara itu, sorang penduduk, Ridzal Hashim, 36, turut merungut kerana dakwanya, dia pernah memohon lesen untuk menjalankan perniagaan di situ, namun ditolak MBSA sedangkan peniaga warga asing bebas berniaga.


MBSA akan tarik balik lesen

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA, Shahrin Ahmad berkata, MBSA tegas akan menarik balik lesen perniagaan dan menyenaraihitamkan peniaga yang memberikan pihak ketiga untuk menguruskan lot tapak mereka.

“Lesen yang dikeluarkan tidak boleh diberikan atau diserahkan kepada pihak ketiga termasuk warga asing untuk menguruskan lot mereka.

“Perkara ini akan dipantau oleh Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MBSA, malah kami turut mengingatkan peniaga supaya tidak menyerahkan urusan perniagaan mereka kepada lain,” katanya.


5

Bagus
19

Marah
7

Terkejut
15

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 5-5-2015 11:46 AM
salahkan pemegang lesen yg skdr goyang telo....
Quote BotakChinPeng 5-5-2015 11:50 AM
Bisnes caprut macam itu boleh la.
Quote fennec 5-5-2015 11:52 AM
Kepala k*** MBSA! Itulah 'side income' diorang!
Quote albedah 5-5-2015 11:53 AM
Salah ke peniaga asing jual murah? Apsal mereka boleh jual murah, kirang x boleh? Bodoh.
Quote bluehedgehog 5-5-2015 11:53 AM
mereka ni juga melayu la
melayu zaman akan datang
Quote zeed 5-5-2015 11:55 AM
masalahnya kalau buat raid diorang ni dah ada information dulu. polis, pegawai mbsa, ada yang dapat duit bulan-bulan dari warga asing ni.
Quote BotakChinPeng 5-5-2015 12:09 PM
Tukang pegang lesen yg banyak untung.  Peniaga kerja bagai nak rak tapi...
Quote cmf_acura 5-5-2015 12:23 PM
tangkap jer laa..dah sah2 warga asing tak boleh meniaga....haram jadah penguat kuasa!!!!
Quote Star_el 5-5-2015 12:25 PM
albedah replied at 5-5-2015 11:53 AM
Salah ke peniaga asing jual murah? Apsal mereka boleh jual murah, kirang x boleh? Bodoh.

kos rendah,bolehlah jual murah. Sama macam kes kenapa gaji diorg lg rendah,sebab takde komitmen kat negara ni,mak bapak famili semua kat negara asal yg kadar matawang lebih rendah. Tinggal macam sardin, satu bilik 12 org,cth (ingat2 lupa pulak kes 1 banglo didiami berapa puluh org tah dulu)
Quote tightcherry 5-5-2015 12:28 PM
Kat kl pon sama... Kedai runcit ingt meleis punyer..rupenyer banglaton
Quote chinta89 5-5-2015 12:40 PM
penguatkuasa sendiri yg ada org dalam..
Quote GhostWalking 5-5-2015 12:42 PM
MBSA lembab biar dah lama bertahun dah derang ni berniaga.Kalau buat spot check pun kat kedai2 yang disewa.Kalau gerai2 tepi jalan yang peniaga Indon dan Bangla derang biar je melata.Kenapa sekarang baru nak kecoh.Siap bukak mini market pun ada.
Quote kecimpret 5-5-2015 12:47 PM
pemilik lesen tu sah2 melayu la kannnnn...bila dikata pemalas tau lak marah


Quote haruslah 5-5-2015 12:56 PM
bleh x aku kata pemegang lesen tu adalah org2 dlm sendri???

dan org lain yg punya byk lesen gerai yg lain

jln mudah dpt duit bulan2....xyah keja dpt untung

bla ade tender tapak/lesen mula la berebut nak beli pdhal suma dah di reserve

bazar ramadhan x lame lg

isu yg same akan berulang

sewa dr majlis 1k...jual blk 4k....untong goyang kaki 3k....
Quote kudin66 5-5-2015 12:59 PM
Semua dah kena suap dengan duit
Quote zjen 5-5-2015 01:07 PM
iols x nak undi UMNO,   bangla dan indon semakin ramai juga satu punca nye
Quote spiderman80 5-5-2015 01:14 PM
Taman Sri Muda...memanglah. Yang peliknya, kenapa MBSA buat muka innocent seolah-olah fenomena ini baru saja berleluasa, sedangkan 15 tahun lepas dah kronik pun.
Quote chaintea 5-5-2015 01:15 PM
Tarik balik lesen..
Ni la namanya kaut untung atas angin

Quote Muntz 5-5-2015 01:17 PM
Inilah masalahnya bila rasuah berleluasa. Kalau semua org bekerja dgn telus tanpa buat kerja pelik2 spt jadi informer bagai, maka akan kuranglah aktiviti2 mcm nie.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.216167 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top