CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Toyota Hilux 2016 bakal lakukan penampilan perdana 21 Mei ini?

6-5-2015 11:34 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 2495| Komen: 0



Menurut sumber dari Thailand, Toyota Hilux 2016 bakal melakukan penampilan perdana secara rasminya untuk peringkat global pada 21 Mei ini.

Diproduksi dengan menggunakan platform yang baharu atau pun versi kejuruteraan semula bagi IMV (Innovative International Multipurpose Vehicle), generasi terkini pikap ini menggunakan enjin petrol yang sama dengan model sebelumnya, namun bagi varian diesel pula, enjinnya telah dipertingkatkan.


Varian diesel menawarkan enjin 2.4 liter empat-silinder dengan kuasa 164 hp dan tork 343 Nm (160 hp/400 Nm bagi transmisi automatik) dan 2.8 liter bersama kuasa sehingga 174 hp dan 420 Nm (450 Nm untuk A/T). Ia menggantikan enjin 2.5 liter dan 3.0 liter seperti mana model sebelumnya.


Buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan Hilux, Toyota turut menawarkan dua mod pemanduan iaitu Eco dan Power, di mana pemandu boleh memilih sama ada untuk mendapatkan penjimatan bahan api yang lebih efisien atau pun inginkan prestasi yang lebih memberangsangkan.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai generasi terbaharu Hilux ini, nantikan detik kemunculannya pada 21 Mei ini.

kredit:www.infokereta.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.981194 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top