GAMBAR seorang gadis bertudung membonceng motosikal sambil menunjukkan isyarat lucah pada hari pengundian di Permatang Pauh telah disifatkan netizen sebagai ‘Picture Of The Day’ di media sosial.
Wanita terbabit yang membonceng motosikal sambil membawa bendera parti politik dilihat galak menunjukkan ‘jari tengahnya’ sekaligus menggambarkan betapa kecohnya Permatang Pauh hari ini.
Dilaporkan dua kumpulan peraih undi Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa disuraikan oleh pihak polis di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa sekitar jam 9.40 pagi tadi.
Namun persoalan bermain di fikiran kebanyakan kita, pastinya di manakah nilai akhlak seorang gadis Islam yang mencemarkan imej agamanya sendiri?
Pada masa sama, imej yang dipaparkan gadis ini sebenarnya cuma memalukan parti yang diwakilinya.
– MYNEWSHUB.CC
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|