Semalam antara berita yang hangat iaitu gembar gembur menerusi laman blog dan media sosial menyebarkan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO bersengketa dengan Timbalannya.
Dan sehinggakan dikatakan Muhyiddin bersepakat dengan beberapa menteri kanan termasuk Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Tun Daim Zainuddin dalam usaha menyingkirkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Menurut laporan Awani di sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang diadakan petang semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), beliau menyatakan pihak yang menyebarkan berita palsu itu akan kecewa kerana beliau langsung tiada masalah dengan Muhyiddin.
"Saya hargai idea-idea bernas dan sumbangan yang diberikan oleh timbalan presiden,” ujarnya.
Najib berkata, beliau sentiasa mengadakan perbincangan mendalam dengan Muhyiddin.
"Pagi ini pun saya adakan pertemuan hati ke hati dengan timbalan presiden," katanya.
Sehubungan itu, tegas Datuk Seri Najib dimana khabar angin yang mengatakan beliau tidak sehaluan dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sama sekali adalah rekaan cerita yang berkepentingan peribadi.
Katanya, anggota MT dalam mesyuarat hari ini menyatakan sokongan padu kepada presiden dan timbalan presiden.
Semua anggota MT UMNO mahu presiden dan timbalan presiden serta semua pemimpin tertinggi parti bekerja dalam satu pasukan untuk menangani cabaran, jelas beliau. - CARI INFONET
|
harkktuih replied at 12-5-2015 09:38 AM
20 Jun tahun ni? gila awal publish..
d'zeck replied at 12-5-2015 01:45 AM
hahaha
dah ada dalam skrip
cina led bean la tu
pearl.silver replied at 12-5-2015 09:30 AM
20 jun?
Berita tahun lepas ke..
d'zeck replied at 12-5-2015 01:45 AM
hahaha
dah ada dalam skrip
cina led bean la tu
ADVERTISEMENT