CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Toyota Hilux Revo menanti detik penampilan perdana

12-5-2015 12:56 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3035| Komen: 0



Toyota Thailand telah menayangkan video pengenalan buat model pikap Hilux 2016yang turut digelar “Hilux Revo”.


Bakal melakukan penampilan perdana peringkat global pada 21 Mei ini, Hilux Revo ini dikatakan bakal dipadankan dengan enjin baharu seperti mana yang pernah didedahkan di Vienna Motor Symposium 2015.


Enjin Economy dengan Superior Thermal Efficient Combustion (ESTEC) akan membariskan pilihan enjin seperti 2.4 liter dengan kuasa 160 hp dan tork setinggi 400 Nm. Manakala enjin 2.8 liter pula menghamburkan kuasa sehingga 177 hp dan tork 450 Nm. Ia turut dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan.


Sebelum didedahkan secara terperinci menjelang 21 Mei, Toyota Thailand dikatakan akan membocorkan rahsianya sedikit demi sedikit. Apa pun kenalah tunggu tarikh keramat berkenaan untuk mengetahui selanjutnya mengenai Hilux 2016 ini.

infokereta.com



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.061521 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top