CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan setuju prabayar 'RM10 dapat RM10'

13-5-2015 06:50 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 6798| Komen: 34


Selepas kekusutan berkaitan harga selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kerajaan bersetuju dengan formula “beli RM10 dapat RM10” untuk harga tambah nilai prabayar telefon.

Jabatan Penerangan berkata kabinet bersetuju dengan cadangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu dan meminta syarikat telekomunikasi (telco) menurunkan tarif perkhidmatan.

“Kerajaan mahu pihak telco melaksanakan kaedah dan pendekatan ini sepenuhnya dalam tempoh enam bulan,” menurut tweet jabatan itu.

Jabatan penerangan juga menggesa telco menawarkan pakej mampu milik kepada golongan sasar seperti pelajar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kiri) pada 5 Mei lalu berkata beliau akan berusaha memastikan rakyat dapat menikmati pembelian tambah nilai prabayar telefon dengan formula 'beli RM10, dapat RM10'.

Ahmad Shabery, yang ditugaskan mengendalikan isu itu, mengakui wujud kekeliruan dan percanggahan kenyataan dalam isu itu, oleh yang demikian, beliau memohon maaf.

Pihak kastam sebelum ini mengarahkan telco menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April.

Namun, arahan yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Mei ditangguh selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat kenyataan bahawa agak mustahil perkara itu dilaksanakan kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula sistem bagi menyelaraskan harga jualan.


Sumber - malaysiakini
2

Bagus
3

Marah

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote liton 13-5-2015 05:07 PM
Kerajaan setuju, tapi masalahnya telco setuju ke tidak.
Quote mattzzx 13-5-2015 05:11 PM
apa kata ahmad maslan?
Quote chinta89 13-5-2015 05:14 PM

"saya org yg paling dibenci di Malaysia"-Wak Lan.

eh lari tajuk pulak
Quote mattzzx 13-5-2015 05:17 PM
chinta89 replied at 13-5-2015 05:14 PM
"saya org yg paling dibenci di Malaysia"-Wak Lan.

eh lari tajuk pulak

tajuk lari tapi maksud yang sama..........

Quote Esmiria 13-5-2015 05:27 PM
chinta89 replied at 13-5-2015 05:14 PM
"saya org yg paling dibenci di Malaysia"-Wak Lan.

eh lari tajuk pulak

kesian ahmad maslan..
Quote hzln 13-5-2015 05:27 PM
liton replied at 13-5-2015 05:07 PM
Kerajaan setuju, tapi masalahnya telco setuju ke tidak.

digi dah setuju
celcom sudah setuju

tinggal maxis kepunyaan keling ananda masih diam membisu


alahaiiiii muntri...menda simple macam topup yg cuma libatkan player2 brp bijik syarikat jah pun berbulan tak selesai2 ding dong ding dong ...lagi mau gebang pasai beribu2 barang lain yg naik rega dan libatkan ribuan syarikat dan libatkan  berlapis2 peniaga sblm nak sampai ke pengguna
Quote asher 13-5-2015 05:33 PM
kes ni membuktikan kjaan xdak teloq..dgn telco pun takut....nmpk sgt telco main2 kan kjaan...
Quote mehmet 13-5-2015 05:42 PM
Edited by mehmet at 13-5-2015 06:18 PM
asher replied at 13-5-2015 05:33 PM
kes ni membuktikan kjaan xdak teloq..dgn telco pun takut....nmpk sgt telco main2 kan kjaan...

kepala pundekm telco mainkan gomen...  gomen yg dok mainkan telco la
-dulu2 masa gst mula2 nak buat masa raes yatim jaga telco tu... gomen yg instruct telco buat,,dah abis duit bagai telco nak buat2,,last gomen cuak,cancel
- gst round kali ni  lak,,dah discuss setahun dulu lagi dah... skmn sama kastamm lambat nak finalize..
-
-bila dah buat, nak tukar2,  dulu dah macam2 approach dirog discuss... last2 the best , GST masa recharge...  
- patut menteri bagi balik sbb apa GST masa recahrge dipilih,, cuma yg boleh argue kenapa RM10.60 ,, (part ni namanya tamak)

-skrg nak GST masa usage...ko tgk laa,,,jadi lagi mahal ada aa...   ko fikir ekk,, SMS 1 sen,,macam mana nak GST? 0.06 sen? gi check dulu aa telco mana support 0.06sen, baru amik dicision... bukan main taram je decide..
Quote kecimpret 13-5-2015 05:47 PM
kes bodo top up pun amik masa nak setel...smp kena tuko orang suh setelkan



Quote nurul_akmar 13-5-2015 06:12 PM
rindu nak dgr kata2 pujangga ahmad maslan. mcm suddenly hilang dari radar
Quote kudajantan77 13-5-2015 06:40 PM
GST tetap dikenakan ... tetapi bukan pada kad top up ... akan include dalam cas panggilan ... bijak tak? pi mai pi mai rakyat kena bayar jugak GST ... cuma dulu terang-terangan, skrg kasi lindung supaya tak nampak...


Maslan kena banyak belajar drp Shabery cara halus nak tipu rakyat ... walopun 60% rakyat Malaysia mudah ditipu, Shabery dah berjaya menipu 80% ... Syabas Shabery ... patut la Najib sayang kat hang...
Quote sgbuloh 13-5-2015 06:41 PM
topup 10 hengget ni kat, adalah satu masalah yang maha besar. itu sebab menteri pun terkial-kial nak uruskan.
Quote CrowneGlory 13-5-2015 07:36 PM
Senang2 telco buat perangai mcm samseng...
Quote dubuk 13-5-2015 08:08 PM
terasa selangkah ke alam misteri bunyi 'beli RM10 dapat RM10'

Quote adikfatin 13-5-2015 08:24 PM
Tah...bodo. Bodo bodo bodo
Quote revolusi_30 13-5-2015 08:47 PM
Senang je solusi... Telco tak payah ada GST... settle masalah.
Quote AyamHutanJantan 14-5-2015 08:18 AM
dh 2 bila hendak di kuatkuasakan?
Quote starbee 14-5-2015 09:06 AM
pendek kata GST still exist dlm cas teco cume lebih terselindung... bila rakyat dengar bayar RM10 dpt RM10 ramai yg lega padahal sesuatu sangat....
Quote piejja 14-5-2015 09:26 AM
hal kecik mcm ni pun nk amik mase sebulan...lepas 6 bulan...pospond lagik..mcm tu la seterusnya....

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.052268 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top