CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hafizah Berjaya Miliki Rumah Dalam Masa 11 Bulan Sahaja

16-5-2015 09:21 PM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 24900| Komen: 246

Siapa Kata Sukar Miliki Rumah? Hafizah Berjaya Buktikannya Dalam Tempoh 11 Bulan Sahaja!



Kita sering mendengar pepatah, 'Bukan susah untuk menjadi susah, bukan senang untuk menjadi senang'. Namun apakah kita benar-benar memahami maksud disebaliknya?

Kami membawakan kisah inspirasi seorang wanita, Hafizah Wanasan, seorang pegawai farmasi di salah sebuah hospital kerajaan di Selangor yang menukar falsafah 'mustahil' kepada sesuatu yang mudah.

Sebelum itu, pernahkan kita bertanyakan kepada diri sendiri, apakah pencapaian paling hebat yang pernah kita lakukan sepanjang bekerja dan mendapat gaji dalam tempoh setahun pertama?

Hafizah berjaya membuka mata kami bagaimana kentalnya semangat beliau untuk memiliki sebuah rumah hasil daripada 11 bulan bekerja dan makan gaji, di kala nilai hartanah kini semakin tinggi!

Beliau memberitahu simpanannya adalah berdasarkan hasil pelaburan yang dilakukannya, termasuk unit trust.

Berikut adalah catatan Hafizah di laman Facebooknya pada 3 Mei 2015, tentang bagaimana sebuah impian boleh menjadi kenyataan. Semoga kita dapat mencontohi semangat beliau! — Siakapkeli.my



Hidup kena kuat.

Rumah pertama. Untuk pelaburan. Selepas sebelas bulan bekerja di Selangor, hasil simpanan gaji bulanan dan pelaburan, saya beli hartanah di Seksyen 7 Shah Alam. Memandangkan saya masih bujang, rumah ini bukan untuk saya diami, tetapi untuk disewakan. Duit bulanan sewa itu saya akan pusing lagi untuk pelaburan.

Setiap hari saya Google cari hartanah yang ingin dijual. Balik kerja dari hospital, saya cepat-cepat tarik kerusi mengadap komputer. Surat khabar saya beli hari-hari untuk lihat iklan bahagian hartanah. Panas mata panas kepala. Hujung minggu saya memandu 40km untuk lihat rumah. Untuk pelaburan, cari rumah yang pasaran bagus. Dekat universiti, dekat hospital besar, dekat pusat bandar. Ada rumah siling rendah, ada juga terkena agen yang asyik menjawab tidak pasti apabila diajukan soalan apa pun. Ada yang apabila nak pergi lihat rumah, agen tak bawa kunci! Banyak lagi untuk diceritakan. Perlu sabar dengan setiap masalah.

Akhirnya jumpa rumah. Saya tawar harga dengan pemilik asal. Pemilik asal bagi pilihan. Kurang RM10,000 jika saya ingin baiki sendiri. Saya pilih untuk baiki sendiri.

Ya… Memang boleh saya setuju RM10,000 lebih untuk pemilik asal selesaikan… buat apa mahu susah-susah..?? Tapi tidak, saya fikir lebih baik saya belajar sendiri. Saya tidak duduk dengan keluarga sejak saya tingkatan 1. Ketika menuntut di Australia, kereta Ford saya kemalangan, cat kereta rosak, saya pergi ke kedai aksesori kereta, minta mat saleh bancuh warna cat Burgandy, dan masuk dalam tin penyembur. 30 dollar. Saya beli 2 tin. Beli grid kertas pasir kasar dan halus. Imam Sabri Samson ajar saya baiki kereta kemalangan. Dua hari saya gosok Ford dengan kertas pasir. Sampai licin. Terima kasih imam ajar saya.

Berbalik kepada kisah rumah. Saya tanya tukang cat. Tukang cat tawarkan RM2,000. Selepas itu saya memutuskan nak cat sendiri. Malam-malam selepas bekerja saya Google kombinasi warna yang sesuai. Hujung minggu apabila tiada tugas atas panggilan (oncall), saya lari ke kedai perkakasan. Kaji selidik. Akhirnya memutuskan beli cat berkilat Jotun. Dan alatan mengecat. Adik datang tolong. Jumlah kos cat satu rumah RM1,000. Jimat Rm1,000. Ilmu pun dapat. Selepas cat, beli pengikis dan pencair untuk bersihkan sisa cat. Berpeluh menggigil sendi tangan nak gosok. Tak mengapa, saya suka belajar.

Ramai teman saya sudah ada rumah sendiri. Sebahagiannya anak orang berharta. Ibu bapa banyak menolong. Sertakan nama dengan mama, dengan papa, beli dua tiga rumah. Mama papa bagi deposit. Mama papa tolong belikan. Ada yang mama papa nak bagi rumah mereka pada anak. Jadi tak payah susah-susah. Ada yang selesa beli rumah cantik siap, tak payah susah-susah, mereka kata mahal berhutang pun tak apa… It’s ok. Itu pilihan mereka. Rezeki masing-masing.

Bagaimana pula dengan saya? Ibu bapa saya telah bercerai dan saya terima berita tersebut semasa hari graduasi saya. Ayah berkahwin dengan ibu tiri saya sebulan selepas itu dan ibu saya baru berkahwin pada Mac 2015. Mereka seperti hidup dalam dunia mereka dan saya dengan hidup saya. Sejak saya masih kecil, banyak perkara yang saya putuskan sendiri. Walaupun selepas banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya, kedua-dua ibu bapa saya sentiasa menjadi permata di hati saya.

“They kinda live in their world and i kinda live mine. Since i was a kid, lot of things i decide on my own. Even after so many things happened in my life, both my parents are always diamonds in my heart like forever.”


Inilah sebab mengapa saya belajar tentang masalah. Hidup kena kuat. Belum menyebut berapa lamaran pernah ditolak. Berapa yang patah hati. Saya bukan sengaja. Ada halangan yang hanya saya faham.

After all, again, saya suka kalau ramai antara kita yang belajar kemahiran hidup sendiri. Terutama perempuan. Belajar tukar mentol, tukar kalimantang, cat rumah, suka pergi kedai perkakasan, baiki kebocoran, baiki pam tandas rosak, tolong suami… Jika lelaki.. Apatahkan lagi. Haruslah.

Seorang lelaki Cina di tempat kerja saya pernah berkata kepada saya:
“Pija, I think you are the most wonderful independent women I’ve ever known!” ^___^ ~


Artikel asal The Vocket.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 16-5-2015 06:28 PM
yeahhh..bila dh kawen laki pulak mcm oku..hampeh je ::zz
Quote cmf_premierleag 16-5-2015 06:30 PM
Ramai je aku jmpe perempuan2 mcm pija ni
Semuanya diorg buat sendiri...dr soal nak beli rumah sampai la ke urusan kereta
Very independent
Dr apa yg aku tgk, diorg mampu buat semua tu sbb depa berduit dan bergaji besar
Life diorg lagi bagus dr bini2 yg asalkan berlaki..pastu masih menyewa sbb laki pun x cukup duit nak beli rumah
Quote mbhcsf 16-5-2015 06:34 PM
good lady !!! bless her.

Quote mbhcsf 16-5-2015 06:35 PM
Edited by mbhcsf at 16-5-2015 06:37 PM

beautiful actually kalau kita perhatikan life and  rezeki ni... tak  payah kisah org just focus je. i think 'harta' yg paling berharga buat dia yg i nampak ialah

kecekalan, ketabahan, kematangan and good thinking. ni money cannot buy.
Quote tightcherry 16-5-2015 06:36 PM
die beli rumah cash ke...
Quote AbukRokok 16-5-2015 06:40 PM
die beli rumah cash ke...
Quote bellaa 16-5-2015 06:44 PM
die beli rumah cash ke...
Quote dubuk 16-5-2015 06:46 PM
die beli rumah cash ke...
Quote ekod79 16-5-2015 06:50 PM
Peg farmasi kerajaan...loan kerajaan kan ada...bank pun tgk peg farmasi xde masalah punye..
Quote obelisk 16-5-2015 06:51 PM
perempuan camni best buat bini, bukan jenis yg merengek je tau, kepala pun tak pening...
Quote nikaido 16-5-2015 07:03 PM
Apa kaitan dia byk menolak pinangan org dgn tajuk artikel?
Quote xAthenax 16-5-2015 07:11 PM
jaga2 bila sudah kawin
kita perempuan kalau serba serbi tau ringan tulang independent
jantan naik lemak
jangan ambil laih tugas dan tanggungjawab dia
walaupun kita mampu lakukan semuanya
Quote fcl29 16-5-2015 07:15 PM
aku ada baca post ni.. sbb viral kan.. n somehow it reflects of myself... aku pon independant woman di bumi perantauan kl
segala hal kehidupan urus sndr.. termasuk aku jugak sudah beli rumah, tgh tggu developer nk bg kunci je ni.. sedeh sorg2 nnt nk kene check defect.. sedeh xde sapa nk tlg.. sbb aku pon x mgharapkan pertolongan org.. lgpon aku xnk kecoh2 sgt yg aku dah beli rumah
tp pompuan ni mmg dikagumi la sbb dlm masa 11bulan dia dah beli umah.. sgt kental... aku after 5years keje br mampu
Quote tightcherry 16-5-2015 07:15 PM
ramai adja yg beli umah lps kerja.. within setahun jua.. nak pulak pegawai kerajaan..sng buat loan gittew..
Quote ninanoni 16-5-2015 07:19 PM
aku 2 taun lepas keluar maktab dah beli rumah semi d 2 tingkat
bujang..  g jumpe pemaju ngan mak abah aku
its my dream home
Quote aechae 16-5-2015 07:19 PM
obelisk replied at 16-5-2015 06:51 PM
perempuan camni best buat bini, bukan jenis yg merengek je tau, kepala pun tak pening...

amboiii.... sbb tu pmpuan xleh berdikari sgt..nnt laki amek mudah, lps tgn...merengek bergantungan tu haruss tau hahaha..
Quote ninanoni 16-5-2015 07:20 PM
umo 36 aku baru kawin..actually aku tak expect pun aku akan kawin..
so aku buat decision  beli ape yg aku nak on my own..tak payah tunggu dah kawin baru nak fikir
Quote caprut 16-5-2015 07:22 PM
kjerr gov bolehlaa
Quote ninanoni 16-5-2015 07:24 PM
lepas kawin aku belakon jadi lembik sikit..so laki tak la amik kesempat
an..hehe

Lihat semua komen(246)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.048749 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top