“Saya minta maaf jika tindakan saya ‘selfie’ atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung memalukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya tidak mampu mengawal perasaan teruja dan seronok selepas menerima segulung diploma,” katanya memetik laporan dari Harian Metro. Tindakan Muhammad Hasrul Haris, graduan jurusan Fotografi dari UITM Lendu, Melaka, itu mengundang kritikan ramai apabila ia menjadi viral di laman sosial. Menurut Muhammad Hasrul lagi, idea untuk berselfie diatas pentas itu datang setelah dia melihat konvokesyen dari sebuah universiti tempatan yang menampilkan para graduannya dari jurusan Sarjana Muda Seni Persembahan Tari melakukan aksi tarian ketika mengambil skrol. Menurutnya, sebagai graduan jurusan Fotografi, berselfie adalah simbolik untuk jurusan itu. “Saya fikir tindakan itu tidak salah, mengambil gambar selfie juga simbolik untuk pelajar jurusan fotografi. “Tidak salah untuk saya ‘merakam’ detik bersejarah dalam hidup selepas bertungkus-lumus selama dua tahun setengah untuk mendapat segulung diploma,” katanya lagi. Sumber- Siakapkeli.my
|
rosmahisham replied at 17-5-2015 03:22 PM
sakainyer ..tp kesian jgk weyyy..teruja katanyer..thread dh ada org bkk..
ADVERTISEMENT