Baru-baru ini Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA) telah melancarkan penjelajahan, Suzuki Rock the Road 3.0, yang melibatkan model Jimny dari Kuala Lumpur menuju ke Tanjung Malim, Perak. Dengan melalui pelbagai cabaran laluan termasuk off-road, sekali gus dapat menguji ketahanan dan kemantapan model Jimny ini.
Merentasi pelbagai corak laluan off-road, peserta yang menyertai Suzuki Rock the Road 3.0 ini berkhemah selama tiga hari dua malam di Teratak Bernam Riverview, Lubuk Kawah, daerah berkenaan.
Program anjuran bersama dengan Eco Rainforest Adventure Team (eRAT) 4×4 Club melibatkan ahli daripada Kelab Jimny Samurai Malaysia (KJSM) bersama keluarga mereka yang melibatkan hampir 100 unit model lama dan baharu Jimny.
Menurut Keiichi Suzuki, Pengarah Urusan SMA, “Jimny merupakan antara model paling ikonik Suzuki yang sesuai digunakan untuk aktiviti gaya hidup masa kini. Model kompak penuh lagenda ini antara yang digemari sejak lebih empat dekad yang lalu. Di mana Jimny memenuhi kehendak semasa termasuk mendominasi aktiviti off-road“.
Sambungnya lagi, “Suzuki Rock the Rock merupakan inisiatif di mana sebelum ini ia pernah dianjurkan untuk pemilik model Swift. Ia sebagai menambahkan lagi pengalaman yang lebih bermakna buat pemilik model Suzuki. Malah ia juga sebagai salah satu penghargaan daripada pihak SMA terhadap para pelanggan yang menyokong jenama kami”.
infokereta.com
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|