CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Azli Ahmad ketuai pasukan Terengganu

20-5-2015 02:31 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1331| Komen: 0

Description: PELUMBA yang sedang mencipta nama Azli Ahmad akan mengetuai pasukan Terengganu ke kejohanan lumba basikal ABC Race Challenge di Sarawak 24 Mei ini. Ketua jurulatih Terengganu Syed Mohd Hussaini S ...


PELUMBA yang sedang mencipta nama Azli Ahmad akan mengetuai pasukan Terengganu ke kejohanan lumba basikal ABC Race Challenge di Sarawak 24 Mei ini.
   
Ketua jurulatih Terengganu Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata Terengganu menyenaraikan sembilan pelumba lelaki untuk membawa cabaran pada kejohanan sehari itu.
   
"Sempena kejohanan itu, kami juga akan mengambil peluang untuk mengenali secara lebih dekat laluan Sukan Malaysia 2016 yang akan berlangsung di Sarawak nanti," katanya kepada Bernama.
   
Menurut Syed Mohd Hussaini, matlamat utama Terengganu menyertai kejohanan itu ialah untuk memberikan pengalaman kepada pelumba-pelumba baharu.
   
Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa puas hati atas pencapaian pasukan Terengganu pada kejohanan berbasikal Grand Prix LCC Siri 1 di Calacap Indonesia yang berakhir semalam.
   
Syed Mohd Hussaini berkata, pasukan Terengganu memenangi semua kategori dan sekali gus muncul johan keseluruhan kejohanan selama tujuh hari itu.
   
Beliau berkata Terengganu yang menghantar 10 pelumba lelaki dan empat pelumba wanita, menguasai acara lebuh raya lelaki, acara kreterium lelaki dan wanita. - Bernama

3

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.029826 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top