CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Apartment Sembilan Tingkat Di China Runtuh Dalam Beberapa Saat

21-5-2015 11:07 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 6169| Komen: 9

foto AFP


SEBUAH apartment sembilan tingkat di barat daya China yang didiami 35 keluarga runtuh dalam  masa beberapa saat. Runtuhan berlaku pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan di wilayah Guizhou.

Operasi menyelamat telah dijalankan tetapi setakat ini bilangan mangsa masih belum diketahui. Sekurang-kurangnya lima daripada 114 penduduk hilang dan pihak berkuasa masih menyiasat tentang di mana 21 penduduk yang lain berada.

Laporan tempatan menunjukkan bahawa runtuhan tersebut berlaku akibat tanah runtuh. Penduduk lain di kawasan itu kini telah dipindahkan.

Menurut laporan tempatan, tanah runtuh di atas bukit di sebelah bangunan itu berkemungkinan menyebabkan apartment tersebut runtuh berikutan hujan lebat selama seminggu di rantau ini.



Seorang penduduk dari blok bersebelahan apartmen yang tidak mahu dinamakan, berkata: "Seluruh struktur bangunan telah runtuh."

"Saya berada di bilik mandi dan saya mendengar bunyi yang kuat. Saya fikir ia adalah gempa bumi."

Seorang ejen hartanah tempatan, yang hanya mahu dikenali sebagai Zhang berkata: "Runtuhan itu mungkin telah disebabkan oleh tanah runtuh."

"Berlaku hujan lebat baru-baru ini dan banyak tempat yang dinaiki air.'

Masih belum jelas sama ada terdapat sebarang kecederaan.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 20-5-2015 11:33 PM
ngerinya............
Quote edee_91 20-5-2015 11:40 PM
Highland towers versi china.
Quote bellaa 20-5-2015 11:41 PM
hope all R.I.P
Quote Artemesiaa 20-5-2015 11:46 PM
Ada tanah runtuh disebelah bangunan tu katanya bangunan tu pun ikut tombang ala Highland Tower
Quote binisupir 21-5-2015 08:27 AM
aah macam highland tower
Quote aTiKah_aYuNi 21-5-2015 09:05 AM
ngerinya............
Quote koliba 21-5-2015 11:24 AM
horror nya...
Quote MH37O 21-5-2015 11:28 AM
elok tumbang daripada runtuh...tp nak buat camna,dah runtuh
Quote Acong 21-5-2015 11:37 AM
bahalol2 nie buat rumah tak ada beam konkrit?  

atau guna buluh ganti besi?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.057569 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top