CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Penderitaan Rohingya Yang Masih Belum Berpenghujung!

21-5-2015 03:38 PM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 7447| Komen: 6


Oleh : Dean BZ



Apa itu Rohingya?


Rohingya merupakan satu etnik muslim yang merupakan minoriti di negara Burma atau kini dikenali sebagai Myammar. Etnik Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Benggali. Kebanyakan yang menetap di Arakan adalah berketurunan Arab, Parsi yang berhijrah semasa era pemerintahan Empayar Mughal.

Menurut sejarah, orang Rohingya sentiasa menderita akibat diskriminasi dan pencabulan hak kemanusiaan oleh tentera junta Myanmar sejak tahun 1978. Akibatnya, seramai 200,00 orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Sejak kempen ketenteraan yang juga dikenali sebagai operasi Nagamin (Raja Naga) oleh tentera Myanmar, orang awam ramai yang terbunuh, dirogol serta masjid dimusnahkan. Mereka juga dipaksa menjadi buruh tanpa bayaran.


Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai rakyatnya kerana kumpulan itu hanya memasuki negara mereka pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain. Menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali yang tinggal di negara mereka sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948 serta anak mereka akan dianggap sebagai warganegara. Undang-Undang Kerakyatan 1982 tidak mengiktiraf Rohingya sebagai satu daripada lebih 130 etnik di negara majoriti penganut Buddha itu.


Penindasan demi penindasan membuatkan Arakan menjadi titik mula untuk etnik Rohingya melarikan diri dengan menggunakan jalan laut. Krisis terbaru di laut Andaman dan Selat Melaka membuatkan negara-negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Indonesia terpaksa "menolak" rombongan pelarian yang terdampar dilautan yang tiada arah tujuan itu kerana jumlah mereka terlalu ramai. Di Malaysia sahaja lebih 45,000 etnik Rohingya mendaftar dengan UNHCR, malah pelarian dan pendatang dari Myanmar mewakili 92.7 peratus daripada 152,570 pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sehingga Februari lalu.


Sehingga kini, dianggarkan hampir 140,000 etnik Rohingya ditempatkan di kem-kem pelarian di pinggir Sittwe, ibu kota Rakhine, selepas tercetusnya perbalahan etnik dan agama pada penghujung 2012 yang turut mengorbankan lebih 240 nyawa.


Krisis penindasan etnik Rohingya ini juga mendapat perhatian dari negara timur tengah.. Setakat ini, memetik laporan laman web Eramuslim.com, Turki mula menggerakkan kapal tentera mereka bergabung dengan usaha antarabangsa menuju ke perairan Asia Tenggara untuk mencari dan memberi bantuan kepada golongan Rohingya yang terdampar di lautan.

Jadi adakah isu hak kemanusiaan etnik Rohingya ini tiada penghujung atau tidak akan ada jalan penyelesaian?

Jawapan mudah ia mampu diselesaikan jika kerajaan Myanmar mengiktirafkan Rohingya sebagai rakyat mereka. Kenapa tidak mahu iktiraf jika sejarah sudah membuktikan bahawa etnik ini memang warganegara Myanmar? - CARI Infonet.

Lagu yang dicipta khas oleh kumpulan Sahabat dari Malaysia untuk entik Rohingya


Sumber Foto - Google



19

Bagus
22

Marah
13

Terkejut
15

Sedih
9

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote cikRose91 30-5-2015 07:22 AM
Ooo br faham cite rohingya ni
Quote mamapot 23-5-2015 01:08 AM
Nak nangis tiba tiba baca komen atas ni bikin tersenyum.. Semoga mereka dilindungi allah.. Tahniah kerajaan turki
Quote chacon 22-5-2015 05:59 PM
mayaBB: sedih melihat kesengsaraan Rohingya.... thanks Cari bring up this isu.. sedih melihat saudara seislam diperlakukan mcm ni...
yeke sedih.. hari tu kat tred rohingya mana ntah nampak ko dok gelak kemain kan ckp dorang berkerak
Quote sikatkutu 21-5-2015 06:15 PM
sama la nasib macam palestin
Quote mayaBB 21-5-2015 04:08 PM
sedih melihat kesengsaraan Rohingya.... thanks Cari bring up this isu.. sedih melihat saudara seislam diperlakukan mcm ni...
Quote amersudahbesar 21-5-2015 03:53 PM
ahli2 syurga

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.038755 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top