CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Rahsia Pucuk Betik

25-5-2015 04:11 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2498| Komen: 0

Pucuk betik atau di Malaysia ada yang membuat ulam pucuk betik ini memang mempunyai 1001 khasiat yang tinggi zat antaranta vitamin a, B1,c, protien, lemak,fosfor. Dengan begitu banyak khasiat yang terdapat didalam pucuk betik tersebut, ia dijadikan oleh sebahagian daripada kita ulam untuk kelihatan lebih muda.

Manfaat pucuk betik?


Mengubati Demam Berdarah
Demam berdarah mampu diatasi dengan menggunakan pucuk betik. Caranya ambil 5 lembar pucuk betik kemudian direbus dengan 3 gelas air. Air rebusan pucuk betik tersebut diminum sekaligus. Sebaiknya jangan terlalu bergantung pada pucuk betik ini tanpa anda berjumpa dengan doktor.


Meningkatkan Nafsu Makan
Untuk meningkatkan nafsu makan, siapkan pucuk betik segar berukuran telapak tangan, sedikit garam, dan air hangat setengah cawan. Semua bahan dicampur, ditumbuk atau diblender, kemudian ditapis untuk diambil airnya kemudian diminum. Ramuan ini juga baik untuk anak-anak.

Mengubati senggugut ketika Haid
Campuran pucuk betik dan asam jawa, cukup efektif dalam mengatasi rasa pedih akibat datang bulan. Caranya, sediakan 1 lembar pucuk betik, asam jawa, garam secukupnya dan air dicampurkan dan direbus hingga bertukar warna. Untuk khasiat yang lebih baik sebaiknya diminum selagi hangat.

Melancarkan Pencernaan
Kandungan yang terdapat didalaam pucuk betik yang dinamakan karpain sangat baik untuk saluran pencernaan kita kerana karpainlah yang membantu membunuh micro organisme yang mengganggu dalam pencernaan kita. Caranya dengan memakan pucuk betik sebagai teman makan nasi atau lalapan.

Masker Anti Jerawat
Selain bermanfaat bagi kesehatan, pucuk betik juga berkhasiat untuk kecantikan terutama dalam menghilangkan jerawat. Cara menggunakannya pucuk betik harus di keringkan terlebih dahulu, kemudian dilumatkan dan dicampur dengan air kemudian diusapkan ke wajah seperti halnya dengan masker pada umumnya.

Ubat Anti Kanser 
Dari beberapa penelitian yang dijalankan, batang dan pucuk betik mengandungi banyak getah putih seperti susu (white milky latex), yang berpeluang dikembangkan sebagai bahan anti kanser, sebagaimana ditulis didalam Journal Society of Biology. Getah ini kekal didalam pucuk betik walaupun ia dimasak dengan cara apa sekalipun.

Mengubati Kembung Perut
Bagi para mereka yang memiliki perut kembung, ia boleh dirawat dengan dengan menggunakan ramuan pucuk betik. Caranya sediakan 2 lembar pucuk betik, 3 tangkai pucuk dadap serep, dan kapur sirih. Semua bahan tersebut ditumbuk bersama sampai halus. Gunakan sebagai bedak dan dioleskan pada perut kembung yang sakit.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.034800 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top