CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

4 Makanan Sihat Yang Anda Nikmati Dengan Salah

26-5-2015 01:18 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2450| Komen: 0


1. Ubi keledek
Tinggi dengan vitamin A yang kaya dengan antioksida dan agen penyembuhan luka. Menggoreng ubi keledek merupakan cara paling tak bagus menikmati ubi yang banyak khasiat ini. Cuba merebus ubi ini dan nikmatinya dengan secawan kopi, cukup. Jangan kamu merebus bersama dengan butter dan gula pula.

2. Epal
Epal merupakan snek sempurna bagi kamu yang ingin diet kerana ianya manis, berjus dan penuh fiber untuk memuaskan nafsu anda. Tapi kamu nikmatinya dengan membuang kulit epal terlebih dahulu. Jangan......! Kebanyakkan vitamin ditemui pada kulitnya iaitu vitamin A,c, kalsium, potassium, folat, zat besi. Pastikan anda membeli epal organik.


3. Brokoli
Bagi yang biasa makan ulam, untuk makan brokoli macam itu sahaja pasti tiada masalah. Namun sering kali kita merebus brokoli untuk melembutkan brokoli tersebut. Salah yea kawan-kawan, LadyLista ulang salah!Untuk mengekalkan zat pada brokoli cukup jika anda menumis ala-ala kadar sahaja bersama bawang untuk melembutkannya dan bukan merebus.

4. Kekacang
Memang sedap makan kekacang apabila tengah bersembang nak-nak bergosip! Dapat kacang badam. Krup krapnya memang sudah dihenti. Namun kejap, jika kamu memakan kacang alangkah sayangnya jika kamu beli kacang yang sudah diproses atau di dalam tin. Ada baiknya kamu beli kekacang mentah di pasaran dan panggang sendiri. Anda juga boleh jauhi daripada kanser kerana kacang didalam tin mengandungi kandungan BPA yang tinggi.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.021698 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top