CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pemerdagangan Orang Dan Kesan Besar Pada Negara.

26-5-2015 04:13 PM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 15981| Komen: 5


Oleh : Dean BZ


Apakah itu pemerdagangan orang?

Pemerdagangan atau perniagaan orang bermaksud aktiviti jenayah penyeludupan migrasi manusia secara haram.

Kebiasaanya tujuan permerdagangan manusia adalah untuk memaksa orang yang didagang melakukan aktiviti seks seperti pelacuran dan buruh paksa. Kanak-kanak pula biasanya dijadikan pelacur, pengemis, anak angkat secara tidak sah atau untuk tujuan perkahwinan kanak-kanak.


Menurut statistik Pemerdagangan Manusia 2011, Malaysia menjadi negara destinasi bagi banyak imigran dari luar negara khususnya dari Indonesia, Nepal, India, Thailand, China, Filipina, Burma, Kemboja, Bangladesh, Pakistan, dan Vietnam dengan tujuan untuk mencari peluang ekonomi yang lebih besar.

Antara faktor yang mendorong kepada bertambahnya aktiviti pemerdagangan orang adalah masalah kemiskinan, krisis ekonomi, konflik dalaman dan ketidakstabilan politik di rantau Asean. Malaysia turut dijadikan antara negara tumpuan "aktiviti ini" kerana keamanan yang dikecapi dan pertumbuhan ekonomi dinegara ini adalah antara yang terbaik di Asia .

Kebiasaannya aktiviti haram ini didalangi oleh ahli perniagaan dan juga sindiket jenayah antarabangsa yang besar. Sehingga 31 Disember 2011, statistik mangsa yang telah diselamatkan dan mendapat perintah perlindungan tetap (PO) direkodkan seramai 261 adalah lelaki, 545 wanita dan 118 adalah kanak-kanak.

Terkini, kita digemparkan pula dengan penemuan lebih 30 kubur besar dipercayai pendatang asing dari Bangladesh dan Myanmar di daerah Sadao, wilayah Songkla,Thailand. Kesan penempatan dipercayai etnik Rohingya dan Bangladesh yang menjadi mangsa pemerdagangan orang turut ditemui. Kubur dan kem yang dianggarkan mungkin sudah lebih dari lima tahun di Wang Kelian dan sempadan Thailand di Padang Besar turut ditemui oleh anggota komando VAT69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) minggu lalu.


Berikutan penemuan kubur besar ini, pelbagai persoalan dari semua pihak mula timbul. Ada yang mempersoalkan tentang kelonggaran penguatkuasaan yang dijalankan disempadan negara Malaysia dan Thailand.  


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau amat memandang berat terhadap penemuan kubur besar yang terletak di kawasan Malaysia dekat sempadan Thailand yang dikaitkan dengan aktiviti pemerdagangan manusia dan akan menjejaki mereka yang bertanggungjawab.


Apakah kesan negatif pemerdagangan orang kepada negara?

Antara kesan negatif pemerdagangan orang kepada negara akan menyebabkan nama negara tercemar dimata dunia serta ekonomi negara turut terkesan.

Kesan yang paling ditakuti iaitu peningkatan kadar jenayah dan ancaman keselamatan di dalam negara. Dengan kebanjiran beribu-ribu pendatang asing tanpa rekod sah, tidakkah ia satu perkara yang harus dibimbangi?

Pihak berwajib dengan kerjasama serantau perlu membanteras aktiviti pemerdagangan orang hingga ke akar umbi. Jika tidak, kesannya akan lebih buruk dimasa hadapan dan apakah nasib generasi anak-anak kita nanti? - CARI Infonet.


Sumber foto : Carian Google

31

Bagus
39

Marah
34

Terkejut
36

Sedih
30

Lawak
56

Bosan

Friends Rank (226 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote jay_07 28-5-2015 12:55 AM
Dunia akhir zaman... Nyawa orang cam nyawa ayam je
Quote adikfatin 27-5-2015 11:16 PM
Teringat cerita korea "the man from nowhere" atau "ajusshi" ...menyeramkan seh. Ambil organ pastu jual. Budak jdi mangsa. Ya rabbi. Korek mata. Ambil sgala organ la. Sbb boleh buat duit. Tengkorak dia!
Quote bioessence 27-5-2015 04:03 PM
Tred kat bod gossip ada ayah artis popular terlibat aktiviti ini
Quote AR101 27-5-2015 03:30 PM
Peaceful multiculturalism & diversity - cool
Pemerdangan manusia - not cool.
New World Order Overlords Elites - celaka punya species
Quote wnwa05 26-5-2015 05:29 PM
teringat cerita lakonan van damme yang bekas askar. dia tolong cari anak peninju US kena culik masa datang bercuti kat itali tak silap. kalau tak jadi pelacur dah budak tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.037463 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top