Kecantikan yang dimilikinya ketika muda pernah membuatkan Damarys Ruiz disanjung sehingga mendapat gelaran Miss Venezuela dalam pertandingan Miss Universe. Diusia 26 tahun, Ruiz berjaya memukau setiap mata yang memandang kecantikannya. Malah Damaryz Ruiz pernah menjadi dinobatkan sebagai Miss Venezuela 1973 mempunyai latar belakang sarjana dalam jurusan undang-undang. Walaubagaimanapun, Ruiz membuat keputusan tidak meneruskan kerjaya dengan sarjananya dan mula menjual kraf tangan dan perhiasan dari bahan kitar semula di Caracas.
Namun, siapa sangka kehidupan berubah dipenghujung usianya. Ruiz dilaporkan meninggal dunia pada usia 68 tahun sebagai seorang gelandangan di Caracas. Lebih tragik lagi, tiada satu pun sanak saudara atau keluarga yang mahu memeriksa mayatnya. Pada 2005, media tempatan sempat membuat liputan tentang dirinya yang hidup bersendirian dan menjauhi para lelaki. Ruiz memberitahu bahawa beberapa bekas teman lelakinya kerap sensitif dan sering mengongkong, serta sering bertindak kasar terhadap dirinya. Difahamkan, Ruiz sempat tinggal bersama adik lelakinya namun dia sering diseksa, diancam, dan tidak diberi makan. Rosalba Gomes, seorang teman dekatnya menjelaskan Ruiz hidup dengan penuh tekanan dan kemurungan terutamanya pada dua tahun terakhirnya. |
ADVERTISEMENT