CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bront Palarae Bintangi Drama Bersiri HBO 'Halfworlds'

28-5-2015 06:18 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 20586| Komen: 73


Penyandang gelaran Pelakon Lelaki Terbaik AIFFA 2015, Bront Palarae bakal membintangi drama bersiri HBO yang terbaru, 'Halfworlds' arahan sutradara terkenal Indonesia, Joko Anwar.

HBO Asia pada Isnin mengumumkan drama bersiri lapan episod itu akan memulakan penggambarannya pada minggu ini di Jakarta.

Dalam satu temu bual bersama Daily Seni, Bront berkata dirinya berasa bertuah kerana diberi peluang bekerjasama dengan nama-nama besar di rantau Asia.

“Pada awal saya terkejut bila menerima tawaran ini. Peluang ini saya rasakan menarik kerana inilah masa saya dapat bekerja dengan pelakon-pelakon yang bukan calang-calang di Asia. Namun, saya lebih teruja untuk melihat hasilnya nanti.

“Saya merasakan bahawa produksi  begini sepatutnya telah dilakukan lama dahulu. Mudah-mudahan, ini akan membuka jalan kepada banyak lagi peluang antarabangsa yang lain,” kata Bront.

Turut berlakon bersama di dalam drama bergenre seram ini adalah pelakon kanak-kanak yang juga Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014, Puteri Balqis.

Selain, Bront dan Puteri Balqis, drama bersiri satu jam ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon Indonesia ternama seperti  Arifin Putra (The Raid 2, Macabre), Reza Rahadian (Habibie & Ainun, Guru Bangsa), Aimee Saras (Musical Onrop), Adinia Wirasti (Tentang Dia, Laura & Marsha), Hannah Al-Rashid (Ritual, V/H/S/2), Tara Basro (Catatan HarianSi Boy, Pendekar Tongkat Emas), Alex Abbad (The Raid 2), Ario Bayu (Soekarno, Serangoon Road) dan Verdi Solaiman (The Raid, Java Heat) serta pelakon Singapura, Nathan Hartono.

'Halfworlds' terbitan HBO Asia dengan kerjasama Infinite Studios ini ditulis oleh Collin Chang dan Joko sendiri dan akan ditayangkan secara eksklusif di saluran HBO pada hujung tahun ini.


Sumber : astroawani


5

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 28-5-2015 02:20 PM
Tapi ko kerja dengan Joko Anwar beb. Dah cukup membanggakan tu walau sekadar watak tempelan saja.
Quote miabebe 28-5-2015 02:21 PM
Mia rembes bront palarae
Quote chazey 28-5-2015 02:22 PM
Dan tengok barisan pelakon Indo tu pun bukan calang2 film mereka.
Quote intriQue 28-5-2015 02:28 PM
Bront hensem
Quote willow12 28-5-2015 02:30 PM
Bangga la jugak... wpun iols agak skeptikal apakah jenis watak bront and putri balqis dlm drama ni.. tp nak buat mcmna... kalau nak compare industri pilem malaysia m indonesia mcm langit dgn bumi mmg tentu2 lah hbo akan lebih memihak kpd indonesia... padahal kat msia pun ramai pelakon yg bagus tapi production filem byk sgt yg sampah sarap mcmna nak dpt profile yg tinggi kan?
Tahniah and all the best bront n balqis..
Quote enchikfitz 28-5-2015 02:33 PM
chazey replied at 28-5-2015 02:20 PM
Tapi ko kerja dengan Joko Anwar beb. Dah cukup membanggakan tu walau sekadar watak tempelan saja.

I know Joko Anwar tu kira legend la dalam industri filem Indonesia. Tapi bila ambil pelakon luar, make sure watak diorang sama pentingnya dgn pelakon2 Indon jugak. Kalau setakat watak pak pacak je, baik bagi Mia Ahmad saja yg berlakon. Tak bazir masa nak panggil pelakon kelas A macam Bront shooting kat sana
Quote Suchi 28-5-2015 02:36 PM
enchikfitz replied at 28-5-2015 02:33 PM
I know Joko Anwar tu kira legend la dalam industri filem Indonesia. Tapi bila ambil pelakon luar,  ...

pelakon mesia ade ke yg berlakon sblm ni bawah dia? pilem apa ye yg jd tempelan tu?
Quote enchikfitz 28-5-2015 02:40 PM
Suchi replied at 28-5-2015 02:36 PM
pelakon mesia ade ke yg berlakon sblm ni bawah dia? pilem apa ye yg jd tempelan tu?

Tak de pun. Ni kira first time la dia ambik pelakon Msia.


Sis ingat tak filem "Badai Pasti Berlalu' sekitar 2005-2006 gitu. Fasha & Que Haidar pelakon Malaysia yg berlakon dlm movie tu. Alih2 Que jadi pak pacak, Fasha jadi bekas gf hero, ada scene kissing2 gitu.



Tapi dua2 x de dialog
Quote Lorra2411 28-5-2015 02:42 PM
Suchi replied at 28-5-2015 02:36 PM
pelakon mesia ade ke yg berlakon sblm ni bawah dia? pilem apa ye yg jd tempelan tu?

rasanya filem tu tajuk Badai Pasti Berlalu
Quote WawaRaRa 28-5-2015 02:48 PM
Suchi posted on 28-5-2015 02:36 PM
pelakon mesia ade ke yg berlakon sblm ni bawah dia? pilem apa ye yg jd tempelan tu?

a'ah iollss pon nak tau gak suchi... sbb x pernah tau pon...

Quote Suchi 28-5-2015 02:52 PM
enchikfitz replied at 28-5-2015 02:40 PM
Tak de pun. Ni kira first time la dia ambik pelakon Msia.



kira indo ni susah lah nk bg peranan besar pd pelakon kita gituh kan berbanding kita kt sini blh dikatakan kenal belaka artis dorang
dorang kt sana blk2 kenal dato ct
kenal amy search
Quote eazy 28-5-2015 02:59 PM
chazey replied at 28-5-2015 06:22 AM
Dan tengok barisan pelakon Indo tu pun bukan calang2 film mereka.

Adinia Wirasti & Reza is the main reason disamping bront & balqis for me to watch this series..
Quote chazey 28-5-2015 02:59 PM
enchikfitz replied at 28-5-2015 02:33 PM
I know Joko Anwar tu kira legend la dalam industri filem Indonesia. Tapi bila ambil pelakon luar,  ...

Eh ko, mantan gf si Malique yakni Dian Sastrowardoyo tu kira masuk dalam liga aktres kelas A juga di Indonesiaraya namun sedih diberi watak gadis kampung comot saja dalam film PGL - muncul tak sampai 30 saat pulak itu.

Walau jadi watak tempelan, kita positif saja anggap Bront sekadar mahu cari pengalaman sambil menimba ilmu. Dia pun sedang berjinak2 dengan dunia pengarahan film sekarang ini kan jadi sebagai aspiring direktor bekerjasama dengan sutradara berkaliber sepertI pak Joko adalah satu peluang emas rasanya.
Quote chazey 28-5-2015 03:02 PM
eazy replied at 28-5-2015 02:59 PM
Adinia Wirasti & Reza is the main reason disamping bront & balqis for me to watch this series..

Nama Joko Anwar tu dah cukup mantop untuk tarik kakak tengok film ni. Mudah-mudahan masuk cinema Malaysia. Paling busuk masuk Astro First pun jadi lah.

Tak pernah tengok film beliau selain Janji Joni - tapi satu film tu cukup berkesan untuk buat kakak minat beliau.
Quote makciktijah 28-5-2015 03:11 PM
reza rahadian   
Quote babydoll 28-5-2015 03:15 PM
abam bront yg ensem macho kacak bergaya..~~
Quote alieyrina 28-5-2015 03:16 PM
Aku rembes kat dia gak weyy  
Quote silampumeja 28-5-2015 03:23 PM
babydoll replied at 28-5-2015 07:15 AM
abam bront yg ensem macho kacak bergaya..~~

hehehe baru nak calling2...dah ade cik baby kat sini.... abam bront yang digilai ramai....
Quote babydoll 28-5-2015 03:28 PM
silampumeja replied at 28-5-2015 03:23 PM
hehehe baru nak calling2...dah ade cik baby kat sini.... abam bront yang digilai ramai....

hihih!! mesti la cik lampu. awal saye parking kt cni.hihih!!

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.146588 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top