Changsha: Seorang lelaki dirakam masih asyik bermain permainan dalam telefon bimbitnya walaupun terlantar di atas jalan raya selepas motosikalnya dilanggar kereta. Gambar ini dirakam di Changsha, ibu negeri wilayah Hunnan di selatan China. Menurut laporan People’s Daily Online, lelaki itu dilanggar di persimpangan jalan yang sibuk, kelmarin. Motosikalnya jatuh dan kotak dibawanya bertaburan. Bagaimanapun, apabila polis tiba, lelaki itu enggan bangun, sebaliknya memberitahu mereka, dia mahu tunggu ambulans. Kedegilan dan perbuatannya terus bermain dengan telefon bimbitnya menyebabkan kesesakan teruk. Polis mengesahkan dia dibenarkan keluar dari hospital pada hari itu juga selepas doktor mendapati dia hanya mengalami luka kecil. Beberapa media sosial percaya lelaki itu sengaja menjatuhkan dirinya untuk menuntut pampasan daripada pemandu kereta terbabit. Seorang pengguna laman sosial menulis: “Ini satu lagi penagih permainan online.” - Agensi
|
7
Bagus |
9
Marah |
6
Terkejut |
8
Sedih |
8
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sgbuloh replied at 1-6-2015 01:19 AM
game aper dia main tu yer?
game maslan 3.85 ke?
qronaldo7 replied at 1-6-2015 08:56 AM
COC la tu.. dah labur duit pastu xleh pause.
tapi kan camne die leh main game sambil bwk motor
ADVERTISEMENT