Oleh: CMFreporter2 Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham menerusi laman web rasminya, kpkesihatan individu yang disabitkan kesalahan menjual air zam zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000. 00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya. Ini bermaksud, bukan sahaja peniaga-peniaga yang menjual air zam zam palsu bakal dikenakan hukuman, malah yang turut menjual atau mengkomersilkan air zam zam asli turut dikenakan hukuman.
"Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad semasa berlepas dari Arab Saudi. Sehubungan itu, penjualan air zam zam tidak dibenarkan di Malaysia," ujar Noor Hisham. Katanya lagi, di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, mana-mana orang yang disabitkan kesalahan menjual air zam zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali. Oleh itu, Kementerian Kesihatan menyeru semua pengguna agar tampil membuat aduan sekiranya mendapati adanya penjualan air zam zam di pasaran. Pengguna boleh membuat aduan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau menerusi laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di http://fsq.moh.gov.my atau media sosial BKKM www.facebook.com/bkkmhq Ayuh sama-sama kita membanteras mereka yang mengambil kesempatan terhadap mereka yang memperdagangkan nama dan kesucian agama Islam semata-mata demi mengaut keuntungan! - CARI INFONET |
26
Bagus |
18
Marah |
24
Terkejut |
18
Sedih |
23
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT