CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Mandi Malam Beri Kesan Buruk Pada Badan

1-6-2015 04:45 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3033| Komen: 0

Sering kali kita mendapat teguran dari orang tua atau orang-orang terdekat apabila kita mandi di malam hari. Kata mereka mandi malam-malam tidak baik bagi kesihatan. Kita boleh terkena macam- macam penyakit seperti kebas dan sebagainya. Benarkah apa yang mereka katakan itu? Berikut adalah kesan bahaya mandi malam hari bagi kesihatan tubuh manusia.




1. Mandi malam menyebabkan kebas
Kebas adalah penyakit autoimun, iatu penyakit yang terjadi akibat radang sendi, sehingga seseorang yang terkena penyakit ini akan merasakan sakit pada sendi yang terkena.

Penyebab kebas ini belum jelas, menurut para ahli kesihatan penyakit ini disebabkan oleh kelainan genetik yang menyerang orang yang tidak aktif.

Adapun gejala Kebas itu sendiri adalah sebagai berikut :
Sakit/pedih pada persendian
Terdapat warna kemerahan pada sendi
Kawasan sakit itu berasa panas dan sendi kaku saat pagi hari
Menurunnya fungsi bagian persendian yang terkena
Penyakit ini tergolong tidak berbahaya, akan tetapi jika terdapat gejala Kebas segeralah menghubungi doktor. Dan jika anda adalah penderita Kebas sebaiknya jika terpaksa mandi di malam hari, gunakanlah air yang hangat. kerana air yang dingin dapat menambah penyakit anda.

2. Mandi malam menyebabkan penuaan 
Mandi malam boleh mempercepat penuaan. Beberapa orang mengatakan bahwa tubuh tidak kuat menerima rangsangan air dingin saat kita mandi malam, hal ini kerana metabolisme tubuh meningkat. Untuk itu tubuh memerlukan kandungan kalori dan oksigen yang tinggi untuk menstabilkannya.

3. Mandi Malam Menyebabkan Paru Paru Basah
Mandi malam boleh menyebabkan paru-paru basah. Mitos ini juga tidaklah benar. Paru-paru basah disebabkan oleh infeksi virus dan bakteri yang berasal dari udara. Penderita biasanya mengalami batuk berkahak, sukar bernafas, hingga badannya menggigil.
Adapun beberapa gejala dari penyakit ini adalah :
Pada manusia berusia diatas 65 tahun, suhu tubuh akan lebih rendah dari suhu normal.
Penderita mengalami batuk berdahak
Terasa pedih pada dada saat bernafas dan batuk
Sesak nafas (asma)
Demam
Pusing/pening
Mual diikuti muntah-muntah
Diare
Penyakit ini tidak boleh sembuh dalam waktu yang lama. Gejala paru-paru basah ringan mirip dengan penderita flu dan batuk biasa.

5. Mandi malam menyebabkan metabolisme tubuh terganggu
Ketika anda mandi malam, maka anda harus berhati-hati kerana boleh mengganggu metabolisme tubuh, mengapa boleh demikian ? hal ini dikeranakan ketika malam hari, suhu tubuh cenderung mulai lemah dan memerlukan istirahat. Jika kita mandi dan pori-pori terbuka maka air akan masuk ke tubuh dan menyebabkan gangguan hormon tubuh.

6. Mandi malam menyebabkan masuk angin
Malam hari adalah waktunya tubuh beristirahat, mandi malam hari ternyata beberapa juga dapat menyebabkan tubuh masuk angin dan anda mula pening. Terutama jika suhu tubuh anda saat mandi masih tinggi dan panas.

7. Mandi malam boleh membuat demam
Berkait pori-pori tubuh dan panas tubuh mulai meningkat di malam hari, sebaiknya anda menghindarinya. Hal ini disebabkan jika tubuh “panas” kita disiram air dingin pada malam hari maka pori-pori yang sedang terbuka akan membuat badan panas dan dingin seperti demam.

8.Mandi malam boleh memberi kesan pada otot
Tidak kurang orang yang mandi malam hari merasakan pedih/sakit otot, hal ini disebabkan kerana air dingin pada malam hari seperti merasuki tubuh melalui pori-pori tubuh.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.023610 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top