Britain menegaskan Eropah patut menimbang memboikot Piala Dunia jika Sepp Blatter tidak meletak jawatan sebagai pemimpin badan induk bola sepak dunia itu berikutan skandal rasuah, manakala pihak berkuasa Switzerland menafikan mereka akan menyoal presiden FIFA yang baru dipilih semula itu. Pemimpin FIFA kelahiran Switzerland merungut beliau tidak menerima penghormatan sepatutnya akhir-akhir ini, mendedahkan bagaimana beliau menolak nasihat pengkritiknya, pemimpin badan induk bola sepak Eropah, untuk melepaskan jawatan pada kongres FIFA minggu lalu. John Whittingdale, menteri kerajaan Britain yang bertanggungjawab menangani sukan, mengulangi pendirian meminta Blatter meletakkan jawatan kelmarin, menyatakan semua aspek harus diambil kira untuk memaksanya melepaskan jawatan, termasuk memboikot Piala Dunia, sesuatu yang mungkin boleh memecah belahkan sukan itu. Blatter, 79, menang undian bagi menerajui FIFA untuk penggal kelima Jumaat lalu sekalipun Jabatan Kehakiman AS mendakwa sembilan pegawai bola sepak terbabit rasuah ketika pihak berkuasa Switzerland menjalankan siasatan mereka.
Beliau menolak impak skandal itu terhadap satu daripada badan sukan paling berkuasa di dunia, yang meraih pendapatan berbilion dolar hasil hak pemasaran TV dan penajaan. Blatter tidak didakwa sebarang salah laku dan menyatakan tindakan Amerika Syarikat mengenai pertuduhan itu cuba menjejaskan proses pemilihannya semula. Sumber : Reuters |
9
Bagus |
13
Marah |
17
Terkejut |
18
Sedih |
24
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT